CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cadangan Potong Gaji Pegawai Awam Cuma Pandangan Peribadi - Ameer Ali Mydin

23-4-2020 11:35 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 15314| Komen: 96|Original author: Tukang Tulis

Description: Tidak bermaksud campur tangan dalam urusan kerajaan.
Gambar hiasan. Kredit foto: Facebook

Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Ameer Ali Mydin tampil menjelaskan bahawa cadangan pemotongan gaji pegawai awam seperti yang dilaporkan portal Free Malaysia Today adalah berdasarkan kepada situasi semasa ekoran pandemik COVID-19.

Beliau berkata, cadangan yang merupakan pandangan peribadi itu dibuat atas kapasitinya sebagai seorang usahawan dan pemerhati ekonomi yang melihat ekonomi negara semakin meruncing.

"Yang dimaksudkan dengan gaji atas RM3,000 adalah hanya contoh cadangan kepada kerajaan agar penjimatan dapat dilakukan dan ia sudah dilakukan oleh menteri-menteri termasuk Perdana Menteri kita sendiri. 

"Tidaklah bermaksud untuk campur tangan dalam urusan kerajaan sama sekali namun ia sekadar cadangan dan menggunakan pengalaman MYDIN sendiri yang sudah melakukan pemotongan gaji termasuk gaji saya sendiri 100 peratus," jelasnya dalam kenyataan melalui Facebook.


Datuk Ameer Ali Mydin. Kredit foto: Facebook
Ameer menyatakan beliau memahami kepayahan yang dihadapi golongan B40 dan M40 di mana lebih banyak bantuan seperti Bantuan Prihatin Nasional dapat disalurkan kepada golongan berkenaan jika kerajaan boleh berjimat.

Pada masa yang sama, Ameer berkata, MYDIN tidak pernah berhenti menyokong peranan dan kesungguhan semua penjawat awam dalam memastikan urusan pentadbiran negara berjalan lancar.

Sementara itu, memetik laporan Free Malaysia Today, Ameer mencadangkan dana yang dijimatkan melalui pemotongan itu digunakan untuk membantu golongan kurang berkemampuan yang terjejas akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mydin telah melaksanakan pemotongan gaji pekerja termasuk pengurusan tertinggi (gambar hiasan). Kredit foto: Facebook
Beliau menyuarakan kebimbangan tentang kemampuan kerajaan untuk membayar pegawai awam dalam keadaan negara berdepan situasi hasil cukai yang menyusut serta kejatuhan harga minyak mentah dan minyak sawit.
 
Mungkin lebih baik jika kenyataan kepada media dibuat secara bertulis agar maksudnya lebih jelas dan tidak mencetuskan salah faham. - CARI
2

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 23-4-2020 11:44 AM
Gaji penjawat awam suruh potong. Warga pati suruh suap. Kepala bana lah.
Quote sharlenetexas 23-4-2020 11:45 AM
Takutlah tu. Dibuatnya acik2 gomen boikot mydin putrajaya baru tau.
Quote bungarose 23-4-2020 11:45 AM
Dia lupa ker penjawat awam yang membeli dikedainyer
Purchasing power nak sekat buat aper
Quote slyfynx 23-4-2020 11:46 AM
Hahahaha, damage control.
Pasni mesti tibe2 ade diskaun untuk penjawat awam
Quote ufc148 23-4-2020 11:47 AM
munchkin: Gaji penjawat awam suruh potong. Warga pati suruh suap. Kepala bana lah.

warga pati suruh tanam sayur atau buat apa saja
Quote pasa 23-4-2020 11:49 AM
Harga barang kat mydin pun semua kene potong 50%.

Mydin u-turn
Quote Akumagoukioni 23-4-2020 11:52 AM
Bising la dia nie
Quote bulalof 23-4-2020 11:57 AM
see how is your sales revenue from now on...
Quote CiliPadiSedap 23-4-2020 11:59 AM
sharlenetexas replied at 23-4-2020 11:45 AM
Takutlah tu. Dibuatnya acik2 gomen boikot mydin putrajaya baru tau.

mampus acik2 boikot mydin
Quote Akumagoukioni 23-4-2020 11:59 AM
Die ni pun kene hantar balik Tamil Nadu
Quote CiliPadiSedap 23-4-2020 12:05 PM
habis acik2 bawang boikot mydin berjemaah.

baik2 tikar tak perlu gulung . kalau nak berniaga fokus berniaga jgn jd cm businessman nak bailout syarikat. siap main golf dengan politician
Quote Catpaw 23-4-2020 12:14 PM
Potongle, baru tau nanti takda org nak membeli sebab fulus dah kurang. Duit yg ada tu buat bayar bill je makan bercatu
Quote Ina8895 23-4-2020 12:15 PM
Bos mydin ni penjilat mahathir
Quote ais_kosong 23-4-2020 12:20 PM
Pedia la yang dengki sangat kat penjawat awam ni. Masa untung berjuta2 xingat. Masa PKP kalut nak suruh potong gaji orang
Quote awanearisu 23-4-2020 12:23 PM
Ketam hendak mengajar berjalan. Bukan anak ketam pula tu yang nak diajar. Tolong perbaiki dulu atap rumah sendiri.
Quote ad_hoc79 23-4-2020 12:36 PM
habislah ko dah viral...gulung tikar..staff mydin pun ramai org asing kan.
Quote pelicano 23-4-2020 01:36 PM
It doesn't matter personal opinion or not, you are a public figure people will scrutinise any statements you've made....
Quote nefnefnef 23-4-2020 01:38 PM
Nope. Damage has been done. Scarred for life. Its time for the rise of small sundry shops. Ko saba jap mydin
Quote fahima80 23-4-2020 01:42 PM
Business dia essential, tetap berjalan musim Covid ni and yet dia potong gaji pekerja2 dia juga? Apa kejadahnya? Konon2 nak membantu negara? Itu maksudnya ko paksa pekerja ko potong separuh gaji sedangkan diorang tetap kerja macam biasa. Ko dah ambik hak pekerja ko jugak yg maybe ramai B40. Konon2 nak suruh penjawat awam ni potong gaji sebab nak bantu B40 tapi ko sendiri dah aniaya pekerja ko. Pigidah boss mydin, sibukkan gaji penjawat awam, pegi jaga gaji staf ko dulu la.

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.067136 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top