CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Indonesia Tunda Cuti Hari Raya Aidilfitri Hingga Disember

20-4-2020 09:24 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 3582| Komen: 5|Original author: Tukang Tulis

Description: Mengurangkan risiko penularan COVID-19 jika puluhan juta umat Islam pulang ke kampung.
Suasana mudik menjelang Aidilfitri di Indonesia gambar hiasan). Kredit foto: MenitIni

Kerajaan Indonesia memutuskan cuti Hari Raya Aidilfitri di negara itu ditangguhkan sehingga Disember tahun ini bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19 dalam kalangan rakyatnya.

Memetik laporan Jakarta Post, Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Indonesia, Muhadjir Effendy berkata, dasar itu adalah susulan arahan Presiden Joko Widodo.

Cuti empat hari sempena Hari Raya Aidilfitri yang pada mulanya dijadualkan pada 26 hingga 29 Mei ditunda ke 28 hingga 31 Disember.

"Langkah menunda cuti terkumpul hingga hujung tahun dilakukan atas pertimbangan bahawa COVID-19 telah ditangani ketika itu.


"Selain itu, pada hujung tahun, murid-murid cuti sekolah dan keluarga mereka akan mempunyai masa untuk merancang percutian," jelas Muhadjir.

Muhadjir Effendy. Kredit foto: Facebook
Indonesia terkenal dengan budaya 'mudik' di mana umat Islam lebih-lebih lagi yang tinggal di bandar-bandar besar pulang ke kampung untuk bersama keluarga pada penghujung Ramadan.

Dianggarkan kira-kira 20 juta rakyat Indonesia terlibat dalam tradisi tahunan itu.

Malah, sebahagian daripada mereka telah pulang ke kampung walaupun pakar-pakar kesihatan awam menasihatkan rakyat Indonesia supaya tidak berbuat demikian.

Dua pertubuhan Islam terbesar di Indonesia, Nahdatul Ulama dan Muhammadiyah turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudik menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Sambutan Aidilfitri di Indonesia. Kredit foto: Jakarta Globe
Walau bagaimanapun, kerajaan Indonesia tidak melarang acara mudik atas pertimbangan ekonomi.

Sebaliknya, kerajaan Indonesia menyalurkan bantuan sosial kepada keluarga berpendapatan rendah dengan harapan untuk memujuk mereka supaya tidak pulang ke kampung.

Perlu dijelaskan bahawa yang ditunda hanya cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri manakala perayaan penting dalam kalendar Hijrah itu masih disambut bila tiba 1 Syawal. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Xim 20-4-2020 09:26 AM
Adoi x yah la celebrate meriah sgt....raikan sesame family trdkt dh ler....raya haji ade lg...
Quote Tinot7 20-4-2020 11:15 AM
Apa acara mudik ni?
Quote Ina8895 20-4-2020 11:17 AM
Tinot7: Apa acara mudik ni?

Balik kampung
Quote umbut 20-4-2020 11:24 AM
Tak payah tunda.. sambut je cam biasa dlm umah
Quote biozipstar 21-4-2020 11:55 AM
sambut je kt rumah... cuma xde mak ayah kita... sabar ajelah... dah pandemik lagi mau bising!

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.220365 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top