CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kawan Rapat Dedahkan Agama Sebenar Dianuti Glen Fredly

23-4-2020 10:30 AM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 38018| Komen: 207|Original author: Straya

Description: Kredit foto: Trends MapSudah hampir 2 minggu, penyanyi terkenal Indonesia, Glen Fredly meninggal dunia akibat meningitis. Walaupun masih bersedih, rata-ratamasyarakat diIndonesia tertanya apakah agama ...

Kredit foto: Trends Map

Sudah hampir 2 minggu, penyanyi terkenal Indonesia, Glen Fredly meninggal dunia akibat meningitis. Walaupun masih bersedih, rata-rata masyarakat di Indonesia tertanya apakah agama yang dianuti oleh mendiang Glen Fredly lebih-lebih lagi kerana isteri Glen, Mutia Ayu seorang penganut agama Islam.


Menurut laporan dari suara.com, bekas Menteri Agama Indonesia, Lukman Hakim Saifuddin mendedahkan bahawa mendiang Glen Fredly menganut agama 'kemanusiaan'. Agak pelik dengarnya, namun perkara ini juga disahkan oleh bekas pengurus Glenn FredlyAdib Hidayat melalui akaun Twitternya.


Lukman Hakim kemudian menjawab kenyataan Adib Hidayat itu dengan mengatakan bersyukur kerana ada pihak yang bersetuju dengannya.



Kredit foto: Twitter


Lukman Hakim berkata pada suara.com, kemanusiaan adalah menjadi semangat Glenn Fredly dalam muzik dan aktiviti yang dilakukannya. "Karena kemanusiaanlah yang selama ini menjadi spiritnya," kata Lukman.

Lukman Hakim. Kredit foto: padangkita.com

Lukman juga menyebut bahawa Glen Fredly bukan sahaja pemuzik yang boleh dipercayai, tetapi gigih dalam aktiviti kemanusiaan. Glenn Fredly, kata Lukman lagi, adalah pendamping dan sahabat kaum marjinal (masyarakat minoriti) dan tidak peduli dengan kepelbagaian agama yang menjadi ciri Indonesia, tetapi dia lebih menfokuskan dengan nilai-nilai kemanusiaan.

Lukman Hakim adalah salah seorang tokoh yang kenal rapat dengan mendiang Glenn Fredly. Pada tahun 2018, Lukman dijemput untuk bercakap mengenai muzik di Persidangan Muzik Islam di Ambon. Ketika itu Lukman Hakim, yang masih bertugas sebagai Menteri agama, dijemput khas oleh Glenn Fredly yang berasal dari Ambon.

Penyanyi dan komposer, Glenn Fredly meninggal di Hospital Setia Mitra Fatmawati, Jakarta Selatan kerana meningitis. Glenn Fredly meninggalkan seorang isteri yang juga penyanyi dangdut bernama Mutia Ayu dan seorang bayi berusia 40 hari. - CARI 


Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 23-4-2020 10:33 AM
Retis malaysia ker nyah
Quote djzara81 23-4-2020 10:45 AM
Ramai retis indon mendukung konsep agama kemanusiaan walopon beragama Islam. Sbb tu ade je yg selamba sambut hari Nyepi, Natal, Easter, buat ritual nenek moyang etc. Jawapan retis ni kdg2 tergantung bila netizen indon tny agama ape yg retis ni anuti sebenarnya. Kalo ko muslim, jawab jelah im still muslim. Ni siap bagi hujah2, backfire netizen blk as if netizen ni penyibuk. Soalan yg simple x bole ke jwb?
Quote beta_carotene 23-4-2020 11:03 AM
Agama apakah itu..
Quote Nes3in1 23-4-2020 11:04 AM
Agama kemanusiaan? Pagi islam, petang buddha, mlm christian gitteww
Quote mohdcrow 23-4-2020 11:08 AM
So agama lain takde kemanusiaan?
Quote hyunniesSS501 23-4-2020 11:12 AM
1st time dgr agama kemanusiaan
Quote ninjago 23-4-2020 11:13 AM
tapi kebumi ikut agama mana?

Quote tikusmontok 23-4-2020 11:21 AM
Indon dan bodo berpisah tiada
Quote MatDeghem 23-4-2020 11:28 AM
djzara81 replied at 23-4-2020 10:45 AM
Ramai retis indon mendukung konsep agama kemanusiaan walopon beragama Islam. Sbb tu ade je yg selamb ...

Cakap aje... Free thinker. Agama nya bukan Islam. Habis cerita.  
Tapi nak bagi Sedap dengar di kupeng.. agama kemanusian lah...

Yg penting jgn di sibarkan di tanah melayu.  Ini Indon boleh kelaim....




Quote samax 23-4-2020 11:33 AM
kemanusiaan merentasi batas agama. teringat filem PK. watak aamir khan tu bawak idealogi kemanusiaan walaupun dia alien.
Quote Esel768 23-4-2020 11:42 AM
Alam dan manusia kah
Quote mieymiey 23-4-2020 11:43 AM
Dalam IC dan surat beranak memang tulis agama kemanusiaan ker caner?
Quote gugunogaga 23-4-2020 11:57 AM
Mula2 baca tajuk ingatkan dia peluk agama islam diam2.. Baru nak ucap Alhamdulillah
Quote Aunty_Acid 23-4-2020 11:58 AM
dia ni dulu pernah kawin dgn dewi sandra kan? mmmm
Quote cm_matjawasp 23-4-2020 12:00 PM
gugunogaga replied at 23-4-2020 11:57 AM
Mula2 baca tajuk ingatkan dia peluk agama islam diam2.. Baru nak ucap Alhamdulillah

Dia peluk orang islam la
Quote YomiuriLandMae 23-4-2020 12:24 PM
haih pelik2 je org yindon ni..
Quote kiah_mai_pulak 23-4-2020 12:29 PM
bini dia tu islam dari lahir je kn? bukan prktis pun kn?
Quote beatgirlX 23-4-2020 12:46 PM
Kebumi tgk mcm style kristian..tp entah laa
Quote matjerk 23-4-2020 12:49 PM
So agama kemanusiaan ni ada solat jenazah x?

Lihat semua komen(207)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.069468 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top