CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Zulin Aziz Bantu Peniaga Sambil Belanja Makan Untuk 10 Keluarga

12-4-2020 08:53 AM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 6481| Komen: 26|Original author: Straya


Kredit foto: Instagram zulinaziz

Di saat 'perang' antara netizen dengan artis tanah air masih tidak menunjukkan tanda-tanda akan surut, pelakon dan penyampai radio, Zulin Aziz nampaknya mengambil pendekatan berkecuali dan sering memuatnaik status positif di Instagramnya.

Selepas perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak perniagaan yang terjejas teruk terutama mereka yang mengusahakan kedai makan secara kecil-kecilan. Apabila rakan artis lain menghulurkan bantuan dengan memberi barangan keperluan serta menyediakan perkhidmatan review percuma untuk produk perniagaan, Zulin Aziz pula membantu peniaga makanan menerusi Instagram.


Kredit foto: Instagram zulinaziz

Zulin membeli makanan daripada peniaga-peniaga makanan ini dan kemudian mengagihkan kepada keluarga yang memerlukan. Minggu ini, Zulin memuatnaik status ingin membelanja nasi kerabu dan nasi dagang kepada 10 keluarga dan meminta para pengikut Instagramnya untuk memberi komen 'Saya Nak'. 


Pada permulaanya, Zulin mengedarkan makanan itu pada keluarga di sekitar Lembah Klang dahulu. Kemudian, bantuan makanan turut dibuat di sekitar Kelantan dan Ipoh, Perak.


Rata-rata Zulin mendapat komen positif daripada netizen yang memuji sikap permurah pelakon itu. Ramai pengikut yang mendoakan agar Zulin sentiasa dimurahkan rezeki dan cepat dipertemukan jodoh. 

Tindakan murni Zulin Aziz ini wajar dipuji. Syabas diucapkan kepada Zulin yang bukan sahaja menolong para peniaga makanan tetapi juga keluarga yang terkesan akibat bencana Covid-19 ini. - CARI



4

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 12-4-2020 08:54 AM
Pape je la.. tak minat pun
Quote krustykrab 12-4-2020 09:04 AM
Dia ni cantik wpun agak chubby
Quote kukukatablog 12-4-2020 09:35 AM
suara dia sedap bila bercakap...
Quote bakingsoda 12-4-2020 09:50 AM
aku rasa zulin likeable je
Quote kiah_mai_pulak 12-4-2020 09:52 AM
yawnnnnnnnnnnn
Quote Sham143 12-4-2020 11:09 AM
Edited by Sham143 at 12-4-2020 11:12 AM

Alhamdulillah..Bagus la mcm tu.. Semoga Zulin Aziz dimurahkan rezeki dn dirahmati Allah.. Drpd perangai setengah2 orang yg suka mencari kesalahan orang lain, lepas tu suka menghentam orang tk tentu pasal.. Setiap hari rasa seronok buat dosa sesama manusia..
Quote chicozinn 12-4-2020 11:51 AM
Ok









Quote supermum 12-4-2020 03:36 PM
Video dia lawak hahaha tak tau cmne org boleh tak suka dia. Dia ni entertaining
Quote barfi 12-4-2020 04:30 PM
supermum: Video dia lawak hahaha tak tau cmne org boleh tak suka dia. Dia ni entertaining


Bagi iols biasa2 je lawak dia. Kadang2 tu try hard sgt pun ada..
Quote codenamedream 12-4-2020 04:37 PM
supermum replied at 12-4-2020 03:36 PM
Video dia lawak hahaha tak tau cmne org boleh tak suka dia. Dia ni entertaining

Sebab dia try hard and repetitive.  
Quote munchkin 12-4-2020 05:03 PM
Alhamdulillah semiga murah rezeki
Quote Tinot7 12-4-2020 05:17 PM
semoga dimurahkan rezeki
Quote MsIda 12-4-2020 05:34 PM
Alhamdulillah.. semuga murah rezeki dia
Quote LadyCarefree 12-4-2020 06:24 PM
supermum: Video dia lawak hahaha tak tau cmne org boleh tak suka dia. Dia ni entertaining



Annoying namatey
Quote supermum 12-4-2020 06:33 PM

hahaha lain taste kot
Quote nowhite 12-4-2020 06:35 PM
Suka zulin..kelaka
Quote RatuDunia94 12-4-2020 10:30 PM
Dah x terdampar lagi ke sheols??
Quote monsterwife 12-4-2020 10:38 PM
Aku ok je dgn dia.
Sakinah tu lagi annoying lah.dah.mcm retarded pun ada
Quote ikanmasin 13-4-2020 01:31 AM
alhamdulillah dlm keadaan skrg ni sgt2 membantu pd org2 yg dlm kesusahan...janji dia ikhlas nak bg..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.044005 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top