CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Sharifah Shahira Bertudung Ikhlas, Bukan Kerana Takut Covid-19

9-4-2020 11:30 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8790| Komen: 39

Description: Sharifah Shahira bertudung ikhlas, bukan kerana takut Covid-19PELAKON, pengacara dan penyampai radio popular, Sharifah Shahirah berkongsi sudah mengenakan tudung sejak hari pertama Perintah Kawalan Pe ...




Bagi para pengikut pelakon dan deejay popular Sharifah Shahirah di Instagram pastinya mula perasan selebriti tersebut mengenakan tudung secara kasual sejak Februari tahun ini lagi. Manakala sejak musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, nampak Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera mula mengenakan tudung penuh.

IG


Memetik portal Harian Metro, Shiera memberitahu pada mulanya niat bertudung itu timbul apabila menyedari wabak Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia adalah dugaan Allah SWT. Apatah lagi apabila PKP dijalankan, ia menambahkan kegusarannya.

"Memang pada mulanya saya bernazar, jika wabak ini ada penawar saya nak pakai tudung. Terlalu banyak dugaan Allah berikan sekarang. Tapi, saya fikir semula kalau tak ada penawar, takkan saya tak pakai tudung. Jadi, saya bulatkan hati dan berniat untuk terus pakai."

Bagaimanapun Shiera turut menjelaskan yang dia masih dalam proses belajar lalu meminta netizen tidak menghakiminya.

"Sebelum PKP saya memang pakai on-off dan suka-suka saja. Sekarang, saya sudah pakai dengan betul. Tapi, saya tidak boleh terus menjadi sempurna. Saya masih dalam proses belajar dan memperbaiki diri," 


Shiera yang juga penyampai radio Suria FM berkata, keputusannya itu mendapat sokongan suami, anak-anak, ahli keluarga dan rakan.

"Suami tak cakap apa. Dia sentiasa sokong saya. Walaupun ada ketika dia terlupa saya sudah bertudung. Begitu juga rakan-rakan yang sangat menyokong. Malah, ada siap bagi tudung. Azah pun siap tanya adakah betul saya sudah bertudung. Insya-Allah, saya tetap berkawan dengan semua orang."

IG

Bagi Shiera, dia masih dirinya yang dahulu cuma penambilan dan karektornya perlu lebih dijaga, terutamanya kalau tiba-tiba menjerit, dia cepat-cepat beristighfar. Tahniah Shiera yang berterus-terang mengenai penampilannya yang kini berhijab. Jadi, netizen berlembutlah kala menegur mereka yang baru berhijrah ya. - CARI 


2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Beribear 9-4-2020 11:54 AM
Iolss tengok dia ni mcm tak pernah serious. Selalu je buat lawak haha. Tp betul ke dia tak pandai masak?
Quote Fatyzana 9-4-2020 11:55 AM
Alhamdulillah. Semoga istiqamah kak Rara. Suka dengar celoteh kak Rara sesi Suria Petang
Quote kukukatablog 9-4-2020 12:11 PM
anak dia yg kecik skali tu speaking comel jer,
walaopun maknya balas bahasa kampung jer....
Quote ajinomotonosuga 9-4-2020 12:15 PM
Dah kertuuu..uban da kuo..elok ler pakai macit oiiii
Quote adelea 9-4-2020 12:20 PM
tak perlu kot nak tanya mengapa kenapa bagaimana bila , dia bertudung semua ni
Quote hyie 9-4-2020 12:30 PM
folo lah ig sheols...memang kelakar pastu dia selalu suka order kuih la kek la biskut la...
Quote nazzse 9-4-2020 12:39 PM
Follow ig dia buat ubat stress dok umah. Caption  susah nak faham kena baca banyak kali, kelakar la jgk. Video semalam lawak, boleh tengah rakam sheols pusing baju yg pakai terbalik tu ..hahaha
Quote awenda507 9-4-2020 12:41 PM
Moga istiqomah kak rara{:love
Quote Kurex 9-4-2020 12:45 PM
Rindu nak dengar celoteh rara tezo dgn kundur
Quote unguaurora 9-4-2020 12:55 PM
Ajak kinah tingtong sekali sis
Quote Kangkung1M 9-4-2020 01:01 PM
Fatyzana replied at 8-4-2020 11:55 PM
Alhamdulillah. Semoga istiqamah kak Rara. Suka dengar celoteh kak Rara sesi Suria Petang :loveliness ...

Aha memang best sangat segmen Suria Petang.
Cuma satu je masalah dgn radio Suria ni, kerap sangat ulang siar teaser Team Pagi Suria, sakit telinga dengar si Issey gelak terjerit-jerit...menjengkelkan sungguh.


Quote teen_angelJB 9-4-2020 01:09 PM
Klu tkt.covid pun ape salahnye..
Maknanye dia tahu.Allah turunkan musibah utk husnuzon..betulkan diri..dari merempan x tentu Hala..baikla buat Amal dekatkn diri dgn Maha pencipta
Quote imanjannah 9-4-2020 01:33 PM
video yang dia cakap. loghat pahang tu, kelakarnya,  disuruh anknya cakap jugak
Quote cik_nit 9-4-2020 01:39 PM
Kangkung1M replied at 9-4-2020 01:01 PM
Aha memang best sangat segmen Suria Petang.
Cuma satu je masalah dgn radio Suria ni, kerap sanga ...

ko sama perasaan dengan aku, rimas dengan si Issey tu. kadang rasa dia tu macam perasan bagus je.

Quote timah03 9-4-2020 03:04 PM
Beribear replied at 9-4-2020 11:54 AM
Iolss tengok dia ni mcm tak pernah serious. Selalu je buat lawak haha. Tp betul ke dia tak pandai ma ...

Ya rasanya.... Sebab masa program Raya tahun bila tah... Dia kata ijoy yg selalu masak untuk anak2.... Anak2 pun kata ijoy masak lagi sedap dari mak nya...
Quote timah03 9-4-2020 03:07 PM
Kangkung1M replied at 9-4-2020 01:01 PM
Aha memang best sangat segmen Suria Petang.
Cuma satu je masalah dgn radio Suria ni, kerap sanga ...

Lepas tu post kat ig terpakai kain batik wife...
Tak tahu lah apa dia cuba sampai kan...
Tahu lah baru kahwin...
Tapi anak tiri nya memang comeyyy kan sis kangkung....
Quote missbigrockstar 9-4-2020 03:21 PM
Lawa shira pakai tudung
Quote RatuDunia94 9-4-2020 03:34 PM
Caption sheols mmg masuk air.. dia punya caption tu ibaratnya dr KL nk g Melaka boleh sampai ke singapore, patah balik ke pahang, naik ke kedah turun balik ke perak. Ujung2 x sampi pun ke Melaka.. haha
Quote biozipstar 9-4-2020 03:35 PM
harap shira jangan meroyan mcm artis yg takde otak... moga istiqamah ya

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.200404 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top