CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Semua Kena Tapau, Peniaga Tak Menang Tangan Siapkan Makanan

18-3-2020 06:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4413| Komen: 24

Description: Tidak menang tangan, itulah yang dapat dikatakan kepada peniaga makanan dek kerana terpaksa menyediakan ratusan bungkusan makanan.Ia berikutan arahan atau perintah kawalan pergerakan dikeluarkan pihak ...
Tidak menang tangan, itulah yang dapat dikatakan kepada peniaga makanan dek kerana terpaksa menyediakan ratusan bungkusan makanan.

Ia berikutan arahan atau perintah kawalan pergerakan dikeluarkan pihak kerajaan yang bermula hari ini.


Memetik laporan Harian Metro, peniaga dari Kampung Kolam, Padang Besar, berkata arahan diberikan turut menuntut mereka supaya tidak menyediakan makanan kepada pelanggan di premis.

Kredit foto: Harian Metro

Menurut Rosmawati Setiu, 46 ia membuatkannya sibuk untuk mendapatkan bekas makanan kerana makanan yang disediakan akan dibawa pulang pelanggan.

Katanya, sejak tengah hari tadi sebanyak hampir 150 bungkus makanan dijual kepada pelanggan untuk dibawa pulang.


“Sejak berniaga 10 tahun lalu, ini kali pertama saya bungkus makanan 100 peratus untuk pelanggan bawa pulang.

“Saya bersama pembantu bagaimanapun dapat menyediakan makanan mengikut keperluan dan syukur, ia mencukupi,” katanya.

Meskipun keadaan di premis tidak meriah seperti biasa namun peniaga ini akur dengan arahan kerajaan. 

“Sebelum ini memang ramai pelanggan yang singgah, namun kami akui jumlah pelanggan sedikit berkurangan daripada kebiasaan.

“Namun kami akur arahan ini demi kebaikan bersama,” katanya lagi.

Apa pendapat anda? - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote merrissa 18-3-2020 06:58 PM
bersyukur la masih ada pelanggan...x mng tgn pon ucap lah Alhamdulillah
Quote LH76 18-3-2020 07:47 PM
tanda org kita masih mampu bbelanja wlu ada setengah di kenakan cuti tanpa gaji dan jgk cuma mkn gaji basic ja
Quote edee_91 18-3-2020 08:33 PM
LH76 replied at 18-3-2020 07:47 PM
tanda org kita masih mampu bbelanja wlu ada setengah di kenakan cuti tanpa gaji dan jgk cuma mkn gaj ...

atau pun tanda orang malas masak?
Quote LH76 18-3-2020 09:13 PM
edee_91 replied at 18-3-2020 08:33 PM
atau pun tanda orang malas masak?

Iyea jgk tu. malas nk masak sb sibuk main tenet nk tgk okembangan terkini covid
Quote Gingerly 18-3-2020 10:45 PM
Maunya tak menang tangan. Nak terbalik dapur diknon.
Quote tukul 18-3-2020 10:48 PM
edee_91 replied at 18-3-2020 08:33 PM
atau pun tanda orang malas masak?

Seronok pulak masak2 time cuti ni...x keluor kita...masak dan mkn je apa yg ada...telur grg kicap.pun mkn...selama ni anak2 byk songeh..bila sebut takut corona ..tau pulak deme mkn telur
Quote RatuDunia94 18-3-2020 10:52 PM
Better bawa bekas sendiri dr rumah lah kalau nak tapau tu.. bukan ape. Kalau semua tapau masalah pencemaran alam sekitar plak meningkat dgn lambakan plastik n polistrin.
Quote marla69 18-3-2020 10:53 PM
Masalah nya dah dok rumah kenapa malas masak?  Sehingga nak tapau bagai.  Tanak nasi,  goreng telor,  buh kicap , buat ulam.. Malaysian.. Please  lah.
Quote tagas 19-3-2020 12:30 AM
aku da habaq dah

beratur pjg2 kulu kilir mcm haramjadah

bertroli2 soping bagai esok mcm dah tadak hari

hujung2 malas masak

sibuk pi tapaw luar jgk

kamjat betul
Quote supernaturalee 19-3-2020 12:43 AM
tagas replied at 19-3-2020 12:30 AM
aku da habaq dah

beratur pjg2 kulu kilir mcm haramjadah

Org msia ni kn mmg suka macam macam

Kerajaan xbuat lockdown
Depa p buat petition suruh lockdown
Dh keluar perintah
Dia p keluar merata jgk

Lawak betui lh

Quote LautBiru52 19-3-2020 12:46 AM
tagas replied at 19-3-2020 12:30 AM
aku da habaq dah

beratur pjg2 kulu kilir mcm haramjadah

Haah kan. Sanggup beratur panjang tunggu pasaraya bukak. Beli megi penuh bonet last2 tapaw. Hahahahahaha
Quote haznor 19-3-2020 12:50 AM
Aku jadi paranoid lak nk order makanan dr luar. Entah sape2 yg prepare, kita xtau. Bekas bungkusan tu pun x tau tahap kebersihan & keselamatannya.
Quote delia3003 19-3-2020 01:03 AM
tagas replied at 19-3-2020 12:30 AM
aku da habaq dah

beratur pjg2 kulu kilir mcm haramjadah

Ramai lagi yang tak sempat beli barang dapur sebab tak nak bersesak kat supermarkets sekarang ni. Kalau yang memang jenis jarang masak, stok makanan pun takde kat rumah.
Quote Meiizu 19-3-2020 01:04 AM
Edited by Meiizu at 19-3-2020 01:06 AM
haznor replied at 19-3-2020 12:50 AM
Aku jadi paranoid lak nk order makanan dr luar. Entah sape2 yg prepare, kita xtau. Bekas bungkusan t ...

Eeehh you ni penah jadi kawan I ke ahhahah ada laaa sorang kawan ni memang jenis jarang beli home made sebb alasan kita tatau camna food handling org tu,baik beli dari well known restaurant / big co sebb diorang ada sop dan dipantau.
Gitulah alasannnya.
Lama2 I pun terpengaruh gak lah dgn dia.
Quote slipar_jepon 19-3-2020 07:09 AM
Weh mcd xde ayam smlm hahaha. Kesian ada sorg kakak ni dgn husband. Br dtg dia tny kitorg yg br tapau..ayam ada x sini. Aku ckp xdela kak..dia ckp br balik dr branch lain pn sama. Aku tgk dia peknen..mst dia mengidam tu. Aku pn berlalu pergi..
Quote TravellingBear 19-3-2020 07:15 AM
tagas replied at 19-3-2020 12:30 AM
aku da habaq dah

beratur pjg2 kulu kilir mcm haramjadah

Aku yg tak sopink  pon gigih makan apa yg ada kat dlm rumah.... (tak sopink sbb area aku org tabligh ramai gilerrrrr tanak aa beratur kat pasaraya lagi la tak tahu siapa yg beratur depan & belakang kita)

kelakar la dorang ni
Quote TravellingBear 19-3-2020 07:16 AM
Edited by TravellingBear at 19-3-2020 07:18 AM
haznor replied at 19-3-2020 12:50 AM
Aku jadi paranoid lak nk order makanan dr luar. Entah sape2 yg prepare, kita xtau. Bekas bungkusan t ...


Yeah me too

Even delivery man pon kita tak tahu sejarah perjalanan dia. Ntah ntah serumah dgn positif corona yg tkde simptom

Agak paranoid jugak laaa
Quote domestobot 19-3-2020 08:36 AM
LautBiru52 replied at 19-3-2020 12:46 AM
Haah kan. Sanggup beratur panjang tunggu pasaraya bukak. Beli megi penuh bonet last2 tapaw. Hahaha ...

beli mee maggi sampai tayar sagat fender. pastu hari esoknya pegi mamak tapau maggi goreng. kalau masak sendiri tak feel kata diaorang ni.
Quote diss69 19-3-2020 10:37 AM
Kebetulan akk baru kluar wad.. Masih xberapa sehat, tp ttp jugak masak.. Mlm ank nk mcd, dia order food panda...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.069253 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top