CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Benarkan Pencarum Keluarkan Wang Akaun 2 KWSP, Netizen Sokong Cadangan Najib

19-3-2020 10:44 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 37892| Komen: 51|Original author: Tukang Tulis

Description: Bantu rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Gambar hiasan. Kredit foto: The Malaysian Reserve

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seharusnya mempertimbangkan cadangan memberi kelonggaran kepada para pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada baki akaun 2 mereka ketika negara dilanda pandemik COVID-19.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak percaya langkah itu boleh membantu mereka mengharungi masa yang amat sukar ketika ini.

Najib Tun Razak. Kredit foto: Facebook
"Sebagai ganti rugi dan juga untuk memulihkan simpanan usia tua pencarum yang telah terjejas, kerajaan Perikatan Nasional (PN) patut memberi peluang kepada KWSP untuk mendapat projek-projek khas yang memberi pulangan besar.


"Seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) masa saya Perdana Menteri dengan projek Battersea, projek Kwasa Damansara dan pampasan tahunan kepada Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS)," katanya melalui laman Facebook beliau.

Saranan Najib yang popular dengan gelaran Bossku itu disambut baik oleh para netizen.

Mereka berpandangan, pengeluaran sebahagian wang akaun 2 KWSP akan mengelakkan mereka daripada berhutang untuk menampung kos sara hidup.

Lebih-lebih lagi, kata netizen, kedudukan kewangan mereka terjejas teruk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.

Kredit foto: Facebook
Sekiranya cadangan itu dilaksanakan, netizen berharap KWSP membenarkan proses permohonan pengeluaran dilakukan secara dalam talian.

Kaedah itu bertujuan mengelakkan risiko penularan COVID-19 sekiranya urusan permohonan dilakukan melalui kaunter.

Kredit foto: Facebook
Keprihatinan kerajaan dan KWSP dalam cadangan ini pasti sangat membantu ramai rakyat yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19. - CARI
177

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
5

Sedih
13

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (205 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 19-3-2020 10:46 AM
Semoga DSN kembali jd Men. Kewangan..
#rinduzamannajib
Quote Ina8895 19-3-2020 10:59 AM
Hidup Bossku!
Quote chicozinn 19-3-2020 01:18 PM
Hidup bossku..ade btul gak kata somi kak mah ni..time kuarantin yg 14hari ni mgkin bos masih boleh bagi lagi cuti bergaji..misal kata kalu kuarantin dipanjangkan konfem kena cuti tanpa gaji punya..so time tu la perlunya duit dari sumber lain utk cover time takde gaji tu
Quote Ina8895 19-3-2020 02:26 PM
chicozinn: Hidup bossku..ade btul gak kata somi kak mah ni..time kuarantin yg 14hari ni mgkin bos masih boleh bagi lagi cuti bergaji..misal kata kalu kuarantin d ...


Sekarang ni pun kelam kabut lagi. Ada majikan tak  nak bayar gaji. Atau suruh datang kerja jugak.
Quote husna_amal 19-3-2020 04:02 PM
sokong cadangan DSNR
Quote LadyCarefree 22-3-2020 03:21 PM
Apa ramai xde planning kewangan ke? Cemaner la hidup apatah klau ada anak bini? Sungguh xbertanggungjawab. Tu la beli keta beli tudung mahai beli mekap beli segala produk timbang kilo suplemen pi jenjalan air aisia bagai beli phone beli internet tp baru xkerja 2 minggu dh meggelupor
Quote sarahmirza 22-3-2020 03:28 PM
LadyCarefree replied at 22-3-2020 03:21 PM
Apa ramai xde planning kewangan ke? Cemaner la hidup apatah klau ada anak bini? Sungguh xbertanggung ...

Sedihkan...
Selagi ada bukit nak ditarah, selagi itu tak penat2 tarah...
Quote Naatasha 22-3-2020 03:30 PM
Sapa yg bru withdraw akaun ke 2 kesian betul. Bg je la option nk keluar akaun 1 or 2, dah tentu2 kwsp duit kita bukan duit gomen. Suka hati kita la buat keputusan.
Quote harizs 22-3-2020 03:32 PM
setuju kalau akaun 2 sahaja.  akaun 1 jgn diusik
Quote LadyCarefree 22-3-2020 03:35 PM
sarahmirza replied at 22-3-2020 02:28 PM
Sedihkan...
Selagi ada bukit nak ditarah, selagi itu tak penat2 tarah...

Tu la nnti habis duit, dh tua lg menyusahkan. Zaman medsos ni rasanya ramai yg hidup diluar kemampuan.
Quote underground 22-3-2020 03:41 PM
LadyCarefree replied at 22-3-2020 03:21 PM
Apa ramai xde planning kewangan ke? Cemaner la hidup apatah klau ada anak bini? Sungguh xbertanggung ...

Aku pernah ada contigency plan 6 bulan.

Tapi, sebab biz sendiri, aku plan 2 tahun cash simpan baik dalam UT, ASB, TH, Emas, REIT just in case.

(tak termasuk cash simpan obc )


FP aku terbaik kan? Aku yakin kau pun takde FP sebegini. Tapi sembang.



Tapi Allah uji aku masa tu, biz melingkup selain asbab member baik as partner lari dan sempat juga bawa lari cash company.

Steady beb, lepas setahun tutup company dan sub-comp.

Buat biz macam2 lepas tu.. melingkup juga.

Perkara ni terjadi sampai 5 tahun. Habis semua cash dan aset. Murung kejap.

Tapi sekarang Alhamdulillah.


Inikan pula orang lain yang mungkin baru lepas jatuh nak bangun.
Orang lain yang baru kerja.
Orang lain yang struggle kerja macam2 tapi kos hidup semakin tinggi.

Bila kena MCO ni, dah tentu amat terjejas.

Siapa lah KAU nak kecam orang lain takde financial planning. Good-good jew


Quote kuihbakar 22-3-2020 03:47 PM
underground replied at 22-3-2020 03:41 PM
Aku pernah ada contigency plan 6 bulan.

Tapi, sebab biz sendiri, aku plan 2 tahun cash simpan b ...

Nanti kongsilah pengalaman
Quote prizadane 22-3-2020 03:49 PM
Good initiative kalau boleh withdraw acc 2 for current time.

Tapi, acc 2 iols dah nazak. Baru je withdraw untuk bayar rumah
Quote lurve82 22-3-2020 03:53 PM
setuju je...kesian yg ada anak ramai tu tp yg keje sorg je...nk beli barg dapur bukan murah skrg ni...
Quote LadyCarefree 22-3-2020 09:20 PM
underground replied at 22-3-2020 02:41 PM
Aku pernah ada contigency plan 6 bulan.

Tapi, sebab biz sendiri, aku plan 2 tahun cash simpan b ...

Ofcoz ada financial planning. Klau x, iols xlah amek sabbatical setahun untok enjoy life.
Quote Imkhai 23-3-2020 02:00 PM
Dh blh kluar dh x lebih rm500 selama 12bln
Quote DARSITA 24-3-2020 06:45 AM
Imkhai replied at 22-3-2020 10:00 PM
Dh blh kluar dh x lebih rm500 selama 12bln



Hotel terus tutup business ke?


Ada dpt saguhati ke tidak? kalau corona tamat boleh dpt balik jwt dlm hotel or kena interview balik?


Quote DARSITA 24-3-2020 06:49 AM
LadyCarefree replied at 21-3-2020 11:21 PM
Apa ramai xde planning kewangan ke? Cemaner la hidup apatah klau ada anak bini? Sungguh xbertanggung ...



Duduk rumah dua minggu pun dia orang gigih masak itu ini (bukti dari IG & FB) - berjimat celah mana lagu tu? PAtut 2 minggu makan la ala kadar. Ini aii tgk siap order ice-cream Malaysia berpuluh batang utk anak anak di rumah. Order segala makanan yang orang jual online utk dihantar ke rumah.

Hishh .. seriau tgk cara orang Malaysia (some lah kan karang ada pulak yang melompat kata aii tuduh semua orang) berbelanja diketika mereka bakal hilang sumber pendapatan.


Quote DARSITA 24-3-2020 06:51 AM
underground replied at 21-3-2020 11:41 PM
Aku pernah ada contigency plan 6 bulan.

Tapi, sebab biz sendiri, aku plan 2 tahun cash simpan b ...


Banyak dah Allah bagi awak ujian. Dgn ujian perniagaan juga ujian kesihatan maka dgn itu adalah baiknya awak insaf dan jaga budibahasa sesama maknusia bila berforum.

Semoga kesihatan awak diberi keringanan dari Allah SWT.


Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.060574 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top