CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Jika Tak Dapat Membantu, Janganlah Sampai Menyusahkan" - Pembelian Panik Cetus Pembaziran Pula

18-3-2020 12:27 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 4906| Komen: 24

Description: "Jika Tak Dapat Membantu, Janganlah Sampai Menyusahkan" - Pembelian Panik Cetus Pembaziran Pula


Susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 hingga 31 Mac ini, nampaknya ramai pengguna membuat pembelian panik terutamanya bekalan makanan.

Akan tetapi tindakan tersebut sebenarnya akan menyebabkan pembaziran kerana terdapat makanan seperti roti yang ada tarikh luput, malah akan menyukarkan peniaga untuk menambah bekalan dalam masa yang singkat, sekali gus menyukarkan mereka yang benar-benar memerlukannya.

Perkara sama dikongsi pemilik akaun F@cebook ini. Lihatlah berapa banyak pembaziran telah berlaku.

Loading FB Post...


Pembelian panik berlaku sampai tak mampu nak beratur panjang, akhirnya troli yang penuh dengan bekalan makanan ditinggalkan begitu sahaja. 

Akhirnya barang jadi rosak dan pihak pembekal terpaksa pula menanggung kerugian dan menyusahkan petugas premis pula.

Kredit Foto : Facebook Anuar Zara

Dalam perkongsian lain, ada juga warga maya sampai tersalah membeli minyak yang disangka minyak masak.

Kredit Foto - Ihsan Pembaca Facebook

Wargamaya turut berasa kecewa dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab ini.




Kredit Foto : Facebook Anuar Zara

Memetik laporan Astro Awani, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin, berkata orang ramai tidak seharusnya bimbang seterusnya membuat pembelian panik kerana bekalan makanan sebenarnya mencukupi.

Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bukan perintah berkurung. Kedai barangan dibuka seperti biasa maka pembelian panik tidak seharusnya berlaku.

Dalam keadaan sekarang ini sila patuhi saranan dan larangan kerajaan. Jangan panik, jangan cemas, dan sentiasalah bertenang semua warga Malaysia. - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Gingerly 18-3-2020 12:43 PM
Sudahla bodoh. Tak bertanggungjawab pula. Terserlah perangai kepam rakyat Malaysia
Quote belilies 18-3-2020 12:50 PM
Hmmm..... Padahal jenis ni laaa yg patut pupus dijangkiti covid-19. Membazir n bodo.
Quote CatMiow 18-3-2020 01:03 PM
Dah membazir,  komen pula,  tauke cina makin kaya....

Asyik dengar khabar angin gini la jadinya.  Bukan perintah berkurung,  just penghadan pergerakan je kan.
Quote bloodyamuk 18-3-2020 01:03 PM
yang bodoh2 je gagal merancang...

beli roti dan makanan2 cepat expired buat ape?

beli la can goods...

tengok banyak filem2 post apocalypse, makan untuk survive bukan nak makan sedap2 oih
Quote Bholatchomel 18-3-2020 01:11 PM
Walaupun bunyinya jahat to ku padankan muka yg salah beli minyak tu... Panik x bertempat. Dhlah main tinggal barang kat dlm troli. Merosak kan barang jer dan menyusahkan pekerja pasaraya. Jadilah manusia bertanggung jawab kita mudah kan kerja org. Org lain akan mudahkan kerja kita.
Quote palmolive 18-3-2020 01:12 PM
rakyat malaysia ni dh lama pentingkan diri..
bila ada bencana cmni, lagi menyerlah perangai dlm diri..

sebelum ni kalo nak raya, kt pasaraya ada sstgh pelanggan yg amik sekali bakul kecik dlm troli..
kalo que panjang, dia pindahkan barang ke dalam bakul..pahtu troli tinggal jek situ..sorg buat, pahtu ada hak lain tgk ikut jek..mcm takder kepala otak takleh pikir kesusahan pekerja kt situ nak kena susun balik troli..

belum citer tinggal troli belakang kereta org..

last 2 week aku balik kampung..singgah jap lepak kt pantai..
ada 1 grup family ni..bertudung litup..sorg tu makan makanan yg dibeli kt gerai area situ..
lepas makan selamba dia letak bekas makanan dia atas tunggul kayu situ..
yg 1 lelaki ni aku rasa bapak kot, larang anak main pasir bukan main kuat (apa gila gi pantai tak bagi anak main pasir???)..bekas makanan main tinggal atas tu sorang pun takder nak larang..patut la org lain pandang rendah pada kita
Quote any42 18-3-2020 01:16 PM
adoi mngekek gelak tang bli minyak smbhyang ingat minyak msak  

wah terbaik sikap rakyat malaysia. {:nose
Quote Catpaw 18-3-2020 01:30 PM
palmolive: rakyat malaysia ni dh lama pentingkan diri..bila ada bencana cmni, lagi menyerlah perangai dlm diri..sebelum ni kalo nak raya, kt pasaraya ada sstgh p ...



Yang suka tingal troli belakang kereta ni memang spesies makan maki, macam tak boleh fikir sikit tinggal troli kat situ, kedekut kederat nak hantar balik
Quote Kurex 18-3-2020 01:32 PM
Semalam pergi nsk pun ramai buat pbelian panik..bodohnya
Quote top5complete 18-3-2020 01:45 PM
kalau saya ..pajak tu beras banyak2... dapat makan bubur hari2 pun dah cukup
Quote fishcracker 18-3-2020 02:00 PM
Bila panic buying ni berenti?tak selesa betul iol nak restock barang dapo..moga minggu depan dah tak ramai la orang buat pembelian panik
Quote AbukRokok 18-3-2020 02:08 PM
cash is king...
card is not king



Quote AbukRokok 18-3-2020 02:09 PM
elok je hari ni beli roti..xluak pulak tu kat rak
Quote AbukRokok 18-3-2020 02:11 PM
beli barang makanan xmembazirlah
walaupun dah tamat tempoh boleh guna janji belum rosak
di zaman apocalyptic ni


emmmm xsangka zaman apocalyptic ni boleh menaip...igtkn mcm zaman world war 2
Quote MissVixen 18-3-2020 02:38 PM
Sayangnya sayur dalam troli tu. Tinggalkan macam tu je.
Quote Jorja 18-3-2020 03:24 PM
Yg terbeli minyak fukui tu kelakar. Minyak bau
Quote Artemesiaa 18-3-2020 04:34 PM
Sebab lebih percaya gossip kawan2 dari kenyataan yang pihak pemerintah berikan mana tak kelam kabut huru hara macam kena serang garuda.  Tu yang sampai terbeli salah minyak.  Tapi tak per dah terbeli nak buat macam mana boleh le buat pasang pelita malam remdan yang bakal menjelang tak lama lagi.
Quote salmon-suki 18-3-2020 04:41 PM
belilies: Hmmm..... Padahal jenis ni laaa yg patut pupus dijangkiti covid-19. Membazir n bodo.

ai setuju!
Quote salmon-suki 18-3-2020 04:47 PM
Nampak kan org kita caner..xde ke kursus panic management?stress management dah ada..bila dah panik mmg xde fikir waras lgsg..

Benda y perlu tak dibeli,beli bnde y tak perlu,i.e bnde tak tahan lama buat apa..hmm..pastu ayam2,kalau ada y amek udang/sotong/ikan lagi laa haru..bnde2 mahal tu..dah rugi byk penjual..membazir..pastu komen bekalan makanan xckup..smh!

Lihat semua komen(24)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-8-2022 03:05 PM GMT+8 , Processed in 9.855135 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top