CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Jangan Balik Kampung, Kekal Di Kawasan Masing-Masing"

17-3-2020 01:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8502| Komen: 96

Description: Selepas perintah kawalan pergerakan dikeluarkan oleh Perdana Menteri malam tadi, ada yang mendakwa ramai masyarakat mahu mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung.Sebaliknya hal tersebut sangat ...
Selepas perintah kawalan pergerakan dikeluarkan oleh Perdana Menteri malam tadi, ada yang mendakwa ramai masyarakat mahu mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung.

Sebaliknya hal tersebut sangat tidak disyorkan kepada mereka kerana ia menyebabkan banyak pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. 

Ahli pasukan petugas Covid 19 Selangor, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman menyeru agar semua orang tidak balik ke kampung. 

Kredit foto: Awani

"Jangan balik kampung, kekal di kawasan masing-masing."

"Apa yang penting di sini adalah jangan pulang ke kampung atau mereka dari kampung pun jangan datang ke bandar.

"Kekal di mana anda berada. Kurangkan perjalanan," katanya memetik laporan Astro Awani. 

Dr Adeeba memberi respon itu berhubung kerisauan ramai yang akan pulang ke kampung ketika dua minggu perintah kawalan pergerakan ini. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 17-3-2020 01:21 PM
Aku tgk ramai je kawan aku siap buat rombongan lagi..sakit plak hati ni haha
Quote RatuDunia94 17-3-2020 01:22 PM
Kan.. student2 u pon duk je la kat asrama tu..

Pergerakan terhad means.. stay di mana ko berada.. bukan berpusu2 balik kampung..
Quote Kenabertaubat 17-3-2020 01:31 PM
I tak rasa orang pakai pun nasihat ni. Sebab parking area rumah i ni dah kosong. Tak kira bangsa, pakat beria balik kg. Masing2 pakat selfish
Quote emptybotol 17-3-2020 01:32 PM
Betul. Tgk jiran2 banyak yg dah balik kampung, alang2 cuti sekolah dipanjangkan. Adoiiii {:freak
Quote saladin780 17-3-2020 01:34 PM
itula pasal..restrictive movement ni dah jadi pesta la plak nak pulang ke kampung..adoiii
Quote ipanimanz1 17-3-2020 01:34 PM
Lpas PM buat pngumuman malam td, ade je jiran i sumbat brg dlm kereta..toto,beg...nk blik kg la agaknye..xkn p bcuti kot...area taman i sunyi sepi hri ni...kalau x,dengar jgk bdk2 naik moto + kete lalu lalang...
Quote CinnamonR 17-3-2020 01:35 PM
Mslhnye ipt u kolej pun semua suruh pelajar balik...
Quote sekngucing 17-3-2020 01:36 PM
aku. memang plan nak balik lama dah

tak kira!.. hahaha
Quote RooneyMara 17-3-2020 01:38 PM
Mmg ipt suruh pelajar balik. Sbb groceries n kedai runcit je bukak, restaurant tutup. Pelajar takde dapur nak masak ke apa. So balik saja
Quote munchkin 17-3-2020 02:24 PM
Betul lah tu. Depa ni tak faham. Depa siap tag location based on outbreak website.

Human to human transmission.

Best to praktis social distancing
Quote Meiizu 17-3-2020 02:41 PM
adeihhh risau plak..diorang bergerak reramai balik kg / bercuti ...takut tau kalau partial lockdown ni not success nanti govmt announce full lockdown.
time tu lagi ramai tak bergaji.
korang tak sedar diri jgn buat main oiii
Quote husna_amal 17-3-2020 02:42 PM
duduk kat rumah layan movie drama je lah...tak payah pergi mana2 sangat
Quote elzy 17-3-2020 03:03 PM
Kakak ipar dan adik ipar sekeluarga sibuk plan balik kampung esok.. Tak peka langsung  
Quote merrissa 17-3-2020 03:17 PM
RatuDunia94 replied at 17-3-2020 01:22 PM
Kan.. student2 u pon duk je la kat asrama tu..

Pergerakan terhad means.. stay di mana ko berada.. ...

xde makna nya...uitm suh balik dah

x faham aku

bukan punca kat wuhan tu sb semua balik kg ke....x mustahil kat msia boleh jd benda yg sama

tp tula after a month, uitm katanya akan buat saringan dekat setiap students (time deme balik uitm semula)..xtau la mcm mn perlaksanaan nya
Quote merrissa 17-3-2020 03:18 PM
Kenabertaubat replied at 17-3-2020 01:31 PM
I tak rasa orang pakai pun nasihat ni. Sebab parking area rumah i ni dah kosong. Tak kira bangsa, pa ...

khennn deme juga yg bising marah org p travel luar negara tu selfish...deme pon sama...

wpon dalam negara....tp selangor tu dh ramai...nanti bawa virus tu g negeri2 lain pula

kawan2 aku ni pun duk sedih2 bising2 mesti jalan jam...sebab nak balik kg

tak yah balik la.....stay je la kat rumah
Quote mawar_mustika 17-3-2020 04:01 PM
adoi pls lah tlg stay kat mana korang duduk...kesian kitaorg yg duk kampung ni
Quote vespa_oren 17-3-2020 04:16 PM
aku stay jer kt rumah, org rmh aku decided xnk balik, lgipun dok kampung pun ramai kt rmh tu
Quote Artemesiaa 17-3-2020 04:21 PM
Menakutkan lagi banyak pergerakan pasti akan lebih banyak jagkitan baru.  Bukan semua orang tahu dimana mereka yang disyaki berada dan yang dah diarahkan untuk 14 hari self kuarantin tapi tetap merayap sana sini berada.  
Quote Bergosip 17-3-2020 04:35 PM
elzy replied at 17-3-2020 03:03 PM
Kakak ipar dan adik ipar sekeluarga sibuk plan balik kampung esok.. Tak peka langsung

Aduhai, kalau ramai balik kampung. Tak berguna lah restrictive movement tu.

Harap yang balik kampung tu, tak singgah dekat mana-mana RnR atau kedai2. Dah sampai, sembur beg2 dengan disinfectant spray. Kalau boleh dengan manusia sekali sembur. Mandi bersih2, tolong mak dekat kampung cuci lantai semua bersih2.

Janganlah ada orang bangang yang balik kampung lepastu pergi berkhelah, ronda2 kampung pulak. Haihhh.

Harap yang balik kampung tu menolong parents dorang lah. Kemas rumah, beli barang dapur. Jangan ada yang tau kangkang depan TV, habiskan beras sudahlah. Semoga disumpah menjadi batu.

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.210788 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top