CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Filem M4M4 Lakonan Nabila Huda 'Best Gila', Tapi Katanya Sama Dengan Filem Korea, Hindi?

21-1-2020 10:10 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 21772| Komen: 68

Description: Akan muncul di pawagam pada Februari nanti, filem thriller, M4M4 yang mempertaruhkan aktres versatile, Nabila Huda dalam kisah yang sangat menarik untuk ditonton. Genre yang jarang-jarang dimainkan ol ...




Akan muncul di pawagam pada Februari nanti, filem thriller, M4M4 yang mempertaruhkan aktres versatile, Nabila Huda dalam kisah yang sangat menarik untuk ditonton.

Genre yang jarang-jarang dimainkan oleh filem tempatan ini mengisahkan tentang konflik, kesedihan dengan apa yang terjadi kepada seorang ibu apabila anak kesayangannya pulang dari sekolah dalam keadaan mengerikan.


Ramai warganet tidak sabar menantikan tarikh keramat untuk menyaksikan kisah filem ini yang turut dibintangi pelakon handalan seperti Faizal Husin dan lain-lain.


Bagaimanapun, ada pula yang menyatakan filem ini ada persamaan dengan beberapa filem dari luar negara seperti Korea, India dan negara barat lain. Adakah peristiwa filem Misteri Dlaila akan berlaku lagi?

Twitter

Twitter

Bagaimanapun, rata-rata warganet memandang positif hal ini kerana sekurang-kurangnya ia tidaklah secara penipuan kerana ramai yang menyedari ianya mungkin versi Malaysia pula.

Apatah lagi dengan lakonan yang dipamerkan oleh Nabila Huda ini diharapkan ia mampu mengatasi filem-filem yang disebutkan tadi atau sekurang-kurangnya setanding dengan filem tersebut.
Tidak hanya itu, segelintir pelajar Institut Pengajian Tinggi telah pun menonton filem ini dan menyatakan ianya dalam skala yang berbaloi ditonton.

ig

Jadi, bagaimana? Jika konsepnya hampir sama sekalipun, ia adalah versi Malaysia dan pastinya lakonan masing-masing akan berlainan. Ayuh, sokong fiem Malaysia. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote realist_13 21-1-2020 10:34 AM
Takmo meletakkan hope yg tinggi, sbb besenya krik2, kdg pelakon ok, scene je melebih2...
Quote miss_strangers 21-1-2020 10:36 AM
Abil mana pernah berlakon X best...semua lakonan abil menjadi
Quote cikatilia 21-1-2020 10:47 AM
i hope citer dia best
dilaila tu pon ok whatt...
ok la dari cerita bodoh congkak  dorm melati and few others yg ko tgk mmg stock nak tidur
Quote ReginaGeorge 21-1-2020 10:52 AM
Mana ada.. I love u abil... {:love
Quote Cicisweets 21-1-2020 10:54 AM
Mmg sama,kalau Hindi anak dia kena rape,yg versi malayu mcm sama.
Quote Kurex 21-1-2020 11:03 AM
iols taknak letak harapan tinggi walaupun pelakon dia gred A...
Quote aiva 21-1-2020 11:14 AM
dah tahu dah jalan cerita
so apa yang bestnya
Quote RatuDunia94 21-1-2020 11:15 AM
Yg cite mom india tu iols ada tengok.. pasal anak tiri dia x suka kat dia sbb dia anggap mak tiri dia tu merampas tempat arwah mak dia.. tp mak dia tu baik je sayang gila kat anak dia. Then dia balas dendam kat org2 yg rogol anak sheols. Sorang2 kena tangkap polis. Dia ada sangkut paut dgn geng kongsi gelap jual dadah pd remaja bawah umur gak. Best citenye..
Quote husna_amal 21-1-2020 11:37 AM
Skop pasaran filem Malaysia ni kecik. Kalau keluar budget promosi besar pun tak balik modal agaknya. Target penonton pula tak besar. Hidup segan mati tak mahu je industri perfileman Malaysia ni.
Quote beta_carotene 21-1-2020 11:41 AM
Cerita MOM lakonan arwah sridevi tu best
Quote beta_carotene 21-1-2020 11:43 AM
RatuDunia94 replied at 21-1-2020 10:15 AM
Yg cite mom india tu iols ada tengok.. pasal anak tiri dia x suka kat dia sbb dia anggap mak tiri di ...

Best kan. Ada 1 scene yg sheols guna biji Epal hancur2 tu... Out of the box sgt.. Sbb watak sheols cikgu sains kan
Quote Bergosip 21-1-2020 11:47 AM
Filem india tu iols tak tengok lagi tapi filem korea (Dont Cry Mommy) tu sangat best.

Filem Dont Cry Mommy tu sebenarnya inspired dari beberapa sex assualt case. Dekat Korea dulu ada sorang perempuan ni kena rogol then dia sendiri bunuh perogol tu. Then, director filem ni ada interview mangsa dan penjenayah kes rogol yang lain. Dalam salah satu interview dia, ada mak mangsa rogol yang kesal sebab tak pertahankan anak dia (mangsa rogol) sampailah anak dia bunuh diri. Mak mangsa pon state yang dia sebenarnya memang nak bunuh orang yang rogol anak dia untuk revenge. Filem ni pon ada inspired sikit dari kisah Miryang Gang Rape (budak sekolah yang dirogol dengan ramai lelaki dan kejam). Lagi teruk, budak sekolah yang kena rogol tu dihina dan dimaki dengan parents perogol atas alahan tak pandai jaga diri sebab tu kena rogol. So, director dia pon gabungkan kisah2 sex assault ni dan jadikan sebagai filem Dont Cry Mommy. Tujuan Director buat filem ni sebab nak tunjuk dekat masyarakat sengsara mangsa dan keluarga mangsa.

Kalau cerita M4M4 ni inspired dari filem Dont Cry Mama. Tak rugi rasanya nak tengok filem M4M4. Lagi2 Nabila Huda berlakon, mesti gempak. Kalau betul inspired dari filem Dont Cry Mommy, watak anak Nabila Huda pon perlu mantap. Rasanya berbaloi kalau tengok dekat wayang.
Quote apedehal 21-1-2020 11:49 AM
Bangang....sape rogol tu cer citer..x dpt iols bayangkan perasaan mak bila ank kna mcm tu
Quote alien88 21-1-2020 12:12 PM
iolls xkisah kalau adaptasi dr filem luar, tp bg la credit & make sure filem tu lebih kurang sama or lagi best~~ tp iolls xleh nk tgk tema mcm ni, mesti sedih nt, lepas tu budak tu kena rogol lak
Quote Pujangga22 21-1-2020 12:15 PM
cikatilia replied at 21-1-2020 10:47 AM
i hope citer dia best
dilaila tu pon ok whatt...
ok la dari cerita bodoh congkak  dorm melati and  ...

dorm melati paling hauk..
Quote masdiana-ana 21-1-2020 12:48 PM
bestttt nak tgk ..lg2 abil yg belakon
Quote masdiana-ana 21-1-2020 12:49 PM
dilaila tue okay tapi turn off pasal hero.
Quote immaryjane 21-1-2020 01:11 PM
Pengarah ni under mig kn dulu2? Sampah gle movie dia and suke lucah2 sikit.
Quote bambimbom 21-1-2020 01:15 PM
aku tgk mom versi tamil tu...mmg best! tak lama lepas aku tgk cite tu kuar berita sri devi mati...

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.058692 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top