CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ada Apa Dengan Ungku Ismail Dan Kek Batik?"- Ungku Ismail Pulun Kek Batik Demi Tambah Berat Badan

9-1-2020 11:00 AM| Diterbitkan: inspiro92| Dilihat: 26047| Komen: 150|Original author: Vanilla Thunder

Description: Macam-macam teknik sanggup dilakukan oleh pelakon yang benar-benar komited demi menjayakan watak yang diberikan dalam sesebuah filem atau drama.Ini termasukah dengan mengubah fizikal mereka daripada k ...





Macam-macam  teknik sanggup dilakukan oleh pelakon yang benar-benar komited demi menjayakan watak yang diberikan dalam sesebuah filem atau drama.



Ini termasukah dengan mengubah fizikal mereka daripada kurus kepada berisi demi memenenuhi tuntutan watak dan jalan cerita.


 Bagi pelakon kacak yang dahulunya popular menerusi drama Teman Lelaki Upahan dan kini sedang hangat diperkatakan menerusi watak Firdaus dalam drama bersiri slot Akasia berjudul Adellea Sofea, Ungku Ismail  mempunyai kaedah yang berbeza demi mendapatkan tubuh berisi.











Seperti lazimnya,  kita mengetahui bahawa makanan manis dan terkandung gula berlebihan  merupakan penyumbang kepada masalah peningkatan berat badan.


Justeru, Ungku Ismail  sebagai penggemar kek batik  mengakui kepada Mstar, dia akan memakan pemanis mulut   kesukaan ramai itu setiap hari terutama di set penggambaran dan nampaknya kaedah itu berkesan kerana hasilnya dapat dilihat dalam masa yang singkat sehingga mendapat teguran daripada pengarah mengenai berat badannya yang meningkat dengan mendadak.














Sebelum itu, bagi  anda yang meminati Ungku Ismail, jangan bimbang kerana tubuh badannya yang berisi  ini hanya bersifat  sementara kerana aktor itu terpaksa menaikkan berat badan bagi menunjukkan perubahan fizikal watak Firdaus yang  dilakonkannya   sebagai seorang penagih yang berusaha meninggalkan najis dadah.



Namun, diharapkan  Ungku Ismail kembali mengamalkan pemakanan sihat dan tidak terbawa-bawa dengan amalan memakan kek batik yang menyelerakan itu sejurus penggambaran drama tersebut tamat  kerana bimbang tubuhnya akan  kekal berisi lantas  menjejaskan kekacakannya . Tak gitu?



Buat pengetahuan anda, Ungku Ismail kini akan beraksi pula dalam teater muzikal  berjudul 'Semarak Pertiwiku' bergandingan dengan barisan pelakon seperti Sherie Merlis, Anding serta Taufik Hanafi yang bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai keburukan gejala rasuah yang  akan dipentaskan secara percuma di panggung Sari, Istana Budaya pada penghujung bulan ini. - CARI 
5

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fliphair8 9-1-2020 11:37 AM
muka UI ni muka desa yang manis dipandang dengan ketinggian and build dia...sedap ler mata memandang
Quote bottombikini 9-1-2020 11:41 AM
macam muhung je

percubaan melakukeraskan kek batik IG ke ape ni
Quote helicornia 9-1-2020 11:42 AM
wah! jarang ada gosip pasal ungku ismail kat cari forum.i likeee{:hooray
Quote Ritacomels 9-1-2020 11:45 AM
Tall & handsome, ala sian like kat pic tu x sampai 5k
Quote yeepi_33 9-1-2020 11:47 AM
kek batik belik ke sponsor punya?
Quote doubleA 9-1-2020 11:49 AM
Iols suka @ungkusado mail ni berlakon. Menjadi sangat aksi heols dalam adelia sopia ni
Quote MadameOnion 9-1-2020 11:54 AM
doubleA replied at 9-1-2020 11:49 AM
Iols suka @ungkusado mail ni berlakon. Menjadi sangat aksi heols dalam adelia sopia ni

yesss memang menjadi..tapi sofeanya kalau marah terpusing2 biji mata..rimas aku
Quote MadameOnion 9-1-2020 11:55 AM
mael ni aku suka sbb jenis manusia bijak
Quote Melur1 9-1-2020 11:56 AM
iolls respect kat ungku ni.. berlakon versatile dan tak depend on gossip utk tetap relevan. Cuma drama terbaru ni iolls skip sebab heroin tapi kipidap ungku
Quote doubleA 9-1-2020 11:57 AM
MadameOnion replied at 9-1-2020 11:54 AM
yesss memang menjadi..tapi sofeanya kalau marah terpusing2 biji mata..rimas aku

Belum masuk bab menjerit lagi, iols dengar pun bingit sopia menjerit
Quote adelea 9-1-2020 11:57 AM
Edited by adelea at 9-1-2020 11:59 AM
MadameOnion replied at 9-1-2020 11:54 AM
yesss memang menjadi..tapi sofeanya kalau marah terpusing2 biji mata..rimas aku


hahahhah
dia marah menjerit2
annoying gilaaa

pastu mimik muka sama jer
boring betul

patutla lakonan dia berkesan dlm sweet dreams
sbb dia bisu
Quote Kurex 9-1-2020 12:47 PM
semoga ungku ismail dapat menyuapkan kek batik untuk kurex sambil kurex mengelak manja
Quote tembamgirl09 9-1-2020 12:55 PM
Kurex replied at 9-1-2020 12:47 PM
semoga ungku ismail dapat menyuapkan kek batik untuk kurex sambil kurex mengelak manja

euwwwww hahaaa
Quote LadyCarefree 9-1-2020 12:59 PM
Whoryus tungku wat?
Quote damian_lee 9-1-2020 01:00 PM
Aku xboleh la bila ngan dia ni

Kat luar pun feeling ada berjuta paparazzi nak skodeng dia

Padahal aku sorang jer kalu time tu kat kawasan tu

Kelakar tau
Aku gelak guling2 tengok peel dia

Sedangkan siti pun aku why bortherkan lalu tepu aku
Ngan mariah carey aku sendukan jer time lambai2 mcm perempuan senget kat tepi hotel


Apa tah lagi ko
Koserrr nokk
Quote RumiMenari 9-1-2020 01:01 PM
Maafkan i UI.....
I tak dapat nak support ur lakonan ini kali..... Tahap moontawwhhh tgk heroin u..
Quote RumiMenari 9-1-2020 01:02 PM
adelea replied at 9-1-2020 11:57 AM
hahahhah
dia marah menjerit2
annoying gilaaa

zalim ayat last chuols psl lakonan berkesan sbb bisu
Quote Aunty_Acid 9-1-2020 01:08 PM
2 minggu lepas kot, ms tgh tgk tv keluar muka dik miwa
tiba2 abg aku yg no 3 tu kata, ppuan ni ada blakon citer apa taktau dgn hero tua
abg aku kata dia nk tgk xde mood sbb hero tua
puas aku pikir siapa hero tua
rupanya pakcik ni
aku suruh abg aku gugel umo pakcik ni sbb aku kata umo dia mungkin belum masuk 50
sekali check baru 34 thn umo dia
Quote EvieWanKenobi 9-1-2020 01:18 PM
drama ni je malas nak tengok sebab
ada Mira Filzah..

Lihat semua komen(150)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.067957 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top