CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Beli Rumah 300k, Bayar 1.4k Sebulan, Sewakan 2k"- 'Ejen Hartanah' Ini Dihentam Bersikap Kapitalis

8-1-2020 04:01 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 18282| Komen: 113

Description: Isu pembelian rumah memang panas di Malaysia. Sementelah lagi harga rumah tersangat mahal walaupun saiznya tidak sampai 1,000 kaki persegi.Namun, apabila ada 'ejen hartanah' menyatakan anak muda sekar ...


Isu pembelian rumah memang panas di Malaysia. Sementelah lagi harga rumah tersangat mahal walaupun saiznya tidak sampai 1,000 kaki persegi.

Namun, apabila ada 'ejen hartanah' menyatakan anak muda sekarang membuat kesilapan dengan membeli kereta terlebih dahulu berbanding rumah, ramai yang bengang.

Lebih-lebih lagi perbuatannya itu lah yang menaikkan lagi harga rumah di sesebuah kawasan.


Modus operandi mereka ialah membeli rumah lalu mencari penyewa dan untung hampir RM1,000. Rumah tersebut pula kecil tetapi boleh memuatkan antara enam hingga 10 orang. Sememangnya tuan rumah untung atas angin, tetapi penyewa? Terpaksa berhimpit kerana tiada pilihan.



Pelbagai jawapan diberikan untuk menegakkan hujahnya, namun ia berjaya dipatahkan oleh warganet. Setelah dihentam beramai-ramai, 'ejen' tersebut akhirnya mengunci akaunnya.


Satu demi satu rahsia terbongkar, iaitu lelaki itu bukanlah 'ejen hartanah' seperti digemburkan. Dia adalah penjual produk timbang kilo iaitu ubat kuat dan lain-lain.


Lebih mengejutkan, Shazmie inilah orang yang dipukul oleh seorang wanita dalam insiden kesesakan jalan raya. Video tersebut tular tahun lepas.

Twitter

Ini menambahkan kegeraman warganet yang lain. Ramai meminta campur tangan pihak berkuasa supaya bertindak ke atas pembeli rumah untuk disewakan ini. Jika ia tidak dibendung, kapitalis akan makin kaya dengan jurang kemiskinan semakin besar.


Alahai, macam-macam 'scammer' sekarang. Jual ubat kuat pun boleh jadi 'ejen hartanah'.
Google
Kasihan pada penyewa yang terpaksa hidup dalam keadaan tidak selesa serta keluarga yang tidak mampu membeli kerana golongan ini telah membolot hak pihak yang sepatutnya. - CARI 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HujanBatuTiga 8-1-2020 04:14 PM
Rumah 300K. Masuk interest loan rumah dgn bank dah jadi brapa total semua.
Quote Kurex 8-1-2020 04:14 PM
sebab tu aku sinis je bila orang terangkan aku pasal pengurusan kewangan.. konon kalau beli ni dulu, rugi.. beli yg tu boleh untung..

siap perlekehkan orang lain..

kebanyakkan orang yg konon bagi tips itu ini la orang yg paling kedekut, paling banyak berhutang, paling suka mintak harga lagi murah.
Quote zulka 8-1-2020 04:15 PM
kaya atas kesusahan org lain tak kan bertahan lama...
Quote NazRysha 8-1-2020 04:28 PM
selalu kena perli sebab tak beli rumah lagi
huhuu
Quote fliphair8 8-1-2020 04:28 PM
Kurex replied at 8-1-2020 04:14 PM
sebab tu aku sinis je bila orang terangkan aku pasal pengurusan kewangan.. konon kalau beli ni dulu, ...

ni hakak setuju...pepuak acah2 financial consultant ni...puak kedekut pahit sekali

kalau jumpa kompem org lain yg bayar bil makan minum....suruh pick up, malas drive save minyak tol
sebab tu bole savings banyak, hardly buat makan2 kat umah dia....

ni pengalaman hakak laaaa....
Quote awanysss 8-1-2020 05:15 PM
aku personally support orang yg promote utk beli rumah awal ni..
tp aku tak support kapitalis..
kapitalis dgn agent skrg ni sama naik..
kalau kat kedah bagai, harga rumah 600 sebulan, tp sewakan 450 je.. sbb tu hartanah sana masih terkawal/murah lg.. sbb takde kapitalis nak rugi..
kapitalis ni, harga rumah 1.4k, sewa 2k.
pastu bila ade org nak jual rumah, valuer geng dgn agent ikut harga kapitalis tu..
pastu jd mahal.. siot betul.. ni personal thought aku je laa
Quote Zack8hunter 8-1-2020 05:23 PM
rumah ni dh kene jadi antara bahan kawalan.. limitkan jer la sorg utk beli max 2 rumah jer.. baru la harga rumah stabil.. tp ni puak2 ni ckp pemilikan hartanah bumiputera tak sampai 10% jer.. kita kene banyakkan lagi pemilikan ni.. ko beli utk tambah hartanah bumiputeraa, lps tu ko sewa/jual balik harga zionis.. choii
Quote ina_na 8-1-2020 05:23 PM
Blm lg kes penyewa lari x bayar monthly.. Blm lg Api air pun x bayar..Silap2 rumah jahanam dikerjakan
Quote cikkut 8-1-2020 05:29 PM
ramai skrg tak mampu membeli rumah disebabkan golongan kapitalis ni.for me,rumah adalah keperluan.meniagakan rumah sbg pendapatan satu penganiayaan kpd golongan yg tak mampu.especially rumah2 yg bawah 300k.sedih tgk harga rumah skrg.diluar kemampuan bg mereka yg baru bekerja.
Quote Artemesiaa 8-1-2020 05:32 PM
ina_na replied at 8-1-2020 05:23 PM
Blm lg kes penyewa lari x bayar monthly.. Blm lg Api air pun x bayar..Silap2 rumah jahanam dikerjaka ...

Betul tu sebab tu makin ramai dah malas nak buat sewa rumah, kalau dapat penyewa baik tak mengapa kalau jenis yang bermasaalah tuan rumah pulak yang pening kepala dibuatnya.
Quote dekmieDandy 8-1-2020 05:44 PM
especially untuk orang yang single, mimpi jelar umur 30 ke bawah nak beli

makan timun jelar jawabnya
Quote ina_na 8-1-2020 05:55 PM
Artemesiaa replied at 8-1-2020 05:32 PM
Betul tu sebab tu makin ramai dah malas nak buat sewa rumah, kalau dapat penyewa baik tak mengapa  ...

Negetif oo.. Ssh dah skrg ni.. Bl umah dah la lama berhutang, 30thn tu.. Mcm2 kn hadap
Quote AbukRokok 8-1-2020 06:06 PM
siapa lah yg sewa 2k sebulan sedang dengan 2k sebulan boleh own rumah terus?
Quote Lagubestbest 8-1-2020 06:43 PM
PS: Sewa pun jangan bagi, semua masuk listing airbnb.
Quote Lula2 8-1-2020 06:53 PM
HujanBatuTiga replied at 8-1-2020 04:14 PM
Rumah 300K. Masuk interest loan rumah dgn bank dah jadi brapa total semua.

Rumah 300k monthly around 1.5k.
Bila dia ckp bayar monthly 1.4k maksudnya termasuk interest bank la tu
Quote Lula2 8-1-2020 06:56 PM
ina_na replied at 8-1-2020 05:55 PM
Negetif oo.. Ssh dah skrg ni.. Bl umah dah la lama berhutang, 30thn tu.. Mcm2 kn hadap

Kenapa tak duduk je rumah tu?
Dah rumah kita, kita la yg bayar. Kalau taknak hutang 30 thn tak payahla beli.
Utk mslh penyewa tu burn je la deposit kalau buat hal.
Minta deposit selalu 2+1 kan
Quote Lula2 8-1-2020 06:57 PM
dekmieDandy replied at 8-1-2020 05:44 PM
especially untuk orang yang single, mimpi jelar umur 30 ke bawah nak beli

makan timun jelar jawab ...

Luar kl masih ada rumah murah.
Tp tu la kalau keje kl mesti nak beli rumah kl kan
Quote salmon-suki 8-1-2020 07:34 PM
AbukRokok replied at 8-1-2020 06:06 PM
siapa lah yg sewa 2k sebulan sedang dengan 2k sebulan boleh own rumah terus?

Ni budak2 y xmampu,tp dorg akn sewa ramai2..bknn sewa seorg 2k..kalau y tu,better beli rumah sndiri..

Quote salmon-suki 8-1-2020 07:40 PM
Lula2 replied at 8-1-2020 06:57 PM
Luar kl masih ada rumah murah.
Tp tu la kalau keje kl mesti nak beli rumah kl kan

Rumah flat dah nak roboh pun owner caj hrga firaun okayyy..tp sbb kekangn hidup,tpkse laa sewa jgk..

Bilik A: Rm170/person x 2org=340
Bilik B:rm220(single)
Bilik C:rm170/person x 2org=340
Total:340+220+340 = 900/month..

Tu sewa rumah flat y dah nak roboh..hrgaa sewa sama mcm aprtment y baru sikit drpd ni..tu pn b4 sy pindah owner ckp nak tmbh 1 lg bilik n nak buang ruang tamu..choiiiii~kapitalis merata2

Lihat semua komen(113)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.062505 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top