CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

The Rock Jadi Hero Dalam Black Adam, Boleh Ke DC 'Meletup' Dengan Filem Ini?

31-1-2020 12:09 PM| Diterbitkan: PDOT777| Dilihat: 8073| Komen: 33|Original author: PDOT777

Description: Artikel ini menceritakan secara ringkas tentang kejayaan dan kegagalan DC Extended Universe, DCEU di box-office, serta mengenai box-office terbaru mereka yang akan diterbitkan pada 2021, Black Adam.

Kredit foto: Black Adam s Rockem ma datum premiery, moviezone.cz


Sejak 10 tahun yang lepas, DC Extended Universe, DCEU, telah mengalami kemerosotan dan peningkatan. DCEU, yang juga dimiliki oleh Warner Bros., telah terbitkan pelbagai filem yang berkisarkan tentang superhero yang diambil daripada DC Comics seperti Superman, Wonder Woman, Aquaman dan juga Batman. 


Tidak seperti pesaing mereka iaitu Marvel Studios, yang sangat hebat sejak 10 tahun yang lalu menerusi Marvel Cinematic Universe (MCU), DCEU bergelut untuk menambat hati penonton di luar sana.


Sekiranya MCU melakukan debut mereka menerusi Iron Man pada 2008, DCEU pula terbitkan filem pertama mereka, Man of Steel pada 2013. Berjaya mendapat 668 juta dollar dari kutipan di seluruh dunia menurut sumber Wikipedia, Man of Steel dikira satu kejayaan buat Warner Bros. Malang apabila Batman Vs Superman : Dawn Of Justice gagal dengan hanya mengutip 330 juta dollar, menurut sumber Wikipedia.


Selain itu, Suicide Squad & Justice League juga gagal menambat hati penonton. MCU pula terus popular dengan mempertaruhkan filem yang berjaya pecah panggung dan menang pelbagai anugerah seperti Black Panther, Avengers: Infinity War dan juga Avengers : Endgame.


Kredit foto: 'Justice League': An Absolute Disgrace, ourmovielife.com


DCEU berjaya bangkit dengan filem Wonder Woman (2017), Aquaman (2018) dan juga Shazam (2019). Aquaman yang dilakonkan Jason Momoa merupakan kejayaan terbesar setakat ini dengan memperoleh lebih 1.148 billion dollar secara keseluruhan menurut sumber Wikipedia.


Ibarat satu sinar buat DCEU, mereka tekad untuk terus bangkit dan menyaingi MCU, dan kini, mereka mungkin boleh membuat satu lagi pertaruhan dengan filem terbaru mereka yang masih dalam proses pembikinan, Black Adam.


Aquaman arahan James Wan, pengarah dari Australia kelahiran Malaysia berjaya menjadi satu fenomena
Kredit foto: ‘Aquaman’ is already on par with other big superhero movies at the US box office, and is expected to beat ‘Mary Poppins Returns’, businessinsider.my


Mengikut komik DC, Black Adam ialah musuh kepada Shazam pada zaman silam. Permusuhan Black Adam dan juga Shazam sangat hebat. Bagaimanapun, memasuki abad ke-21, penulis DC Comics, Jerry Ordway, Geoff Johns dan David S. Goyer tukar watak Black Adam kepada seorang antihero yang telah tercemar namanya, yang berusaha untuk membersihkan semula namanya dan juga reputasinya. 


Menurut sumber Wikipedia, Black Adam telah muncul dalam series buku komik seperti Justice Society of America (JSA), Villains United, Infinite Crisis dan 52.



Dijadualkan untuk ditayangkan pada 2021, Black Adam arahan Jaume Collet-Serra akan membawa satu revolusi yang baru dalam dunia perfileman DCEU. Pelakon Hollywood terkenal yang juga merupakan pengarah, penerbit dan penggusti professional yang telah bersara iaitu Dwayne Johnson akan menjadi Black Adam.


Dwayne Johnson sendiri memberitahu dalam sebuah post Instagram miliknya yang beliau sedang menjalani latihan untuk membawa watak tersebut, yang akan memulakan penggambaran pada musim panas hadapan.



Berjaya  bersama francais Fast & Furious, spinoff kepada Fast & Furious iaitu Hobbs & Shaw, serta pada dua filem Jumanji, Dwayne/Black Adam akan menolong DCEU untuk bangkit. Dalam post Instagram miliknya itu, aktor berusia 47 tahun tersebut turut berikrar bahawa “hierarki kuasa untuk keseluruhan francais DCEU akan berubah sepenuhnya”.


Dwayne Johnson as our new Black Adam. Not bad huh?
Kredit foto: Dwayne Johnson's Spectacular Rise, muscle&fitness.com


Wonder Woman dan Aquaman sudah jadi penanda aras buat DCEU pada masa ini. DCEU tentu nak harapkan Dwayne ataupun Black Adam jadi hero mereka yang seterusnya. Kepada fans DCEU, are you already excited for this? - CARI 

3

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jofizo 31-1-2020 12:13 PM
Xde pelakon lain ke....boring plak byk sgt filem asyik muka dia je...
Quote Kurex 31-1-2020 12:27 PM
suka tengok dia berlakon.. suka tengok dia jugak
Quote MsKathryn 31-1-2020 12:35 PM
I mmg minat The Rock sejak zaman dia wrestling smp jd pelakon.
Quote fliphair8 31-1-2020 12:37 PM
hmmmm....tak minat laaa...so far perfect actor for DC pada hakak:-
christian bale and ben affleck - batman
henry caville - superman
jason momoa - aquaman
patrick wilson - ocean master

yang lain2 so so sajer
Quote ohnoLia 31-1-2020 12:52 PM
Kurex: suka tengok dia berlakon.. suka tengok dia jugak

Agree. Ai pun suka...
Quote Mfzg89 31-1-2020 01:20 PM
jofizo replied at 31-1-2020 12:13 PM
Xde pelakon lain ke....boring plak byk sgt filem asyik muka dia je...

ok lagi la tu dari si kayu laki kek nis tu..
Quote Quinharley 31-1-2020 01:34 PM
Macam takde pelakon lain. Asyik the rock je dalam banyak movie. Hmmm
Quote misz_sanggul 31-1-2020 01:44 PM
msti kaya gile the rock ni..asal filem baru kuar je muka die..
tp aku suke jgk tgk die blakon..bgla watak pe pun
Quote ctaz 31-1-2020 02:25 PM
black adam tu di jadikan hero...
cam tak best la pulak...
setau aku black adam antara penjahat paling power dalam DC...
superman pon kalah.....
Quote ctaz 31-1-2020 02:26 PM
misz_sanggul replied at 31-1-2020 01:44 PM
msti kaya gile the rock ni..asal filem baru kuar je muka die..
tp aku suke jgk tgk die blakon..bgla ...

kat hollywood
rock carta no 1 pelakon paling kayo
Quote shark_eow7 31-1-2020 02:52 PM
nk cakap bosan pon xleh.. sebab layan jugak dia ni berlakon..
Quote husna_amal 31-1-2020 03:16 PM
harap2 jalan cerita movie tu best la...
Quote misz_sanggul 31-1-2020 04:16 PM
ctaz replied at 31-1-2020 02:26 PM
kat hollywood
rock carta no 1 pelakon paling kayo

mmg patutla no 1 pun..cte die blakon smua boom jrg yg flop

Quote mdhelmi 31-1-2020 04:34 PM
lama lagi ni
samada akhir 2021 atau awal 2022
Quote MadameOnion 31-1-2020 08:19 PM
Dulu smackdown tetiap minggu berkelahi dgn triple h..minggu ni aku debik hang..minggu depan hang debik aku..the best feud of the era..
Quote amukgemuk 1-2-2020 01:18 AM
Gila kaya the Rock ni, semua yg besar-besar dia pegang
Quote kroit92 1-2-2020 02:00 AM
hmm.. tunggu dan lihat je la

harap2 beliau dapat menaikkan semula DC universe.

tak dinafikan, movie superheroes DC agak kurang menambat hati penonton.
tapi tu pendapat peribadi aku saje.
mungkin ada yang prefer mereka.
Quote CikB 2-2-2020 08:15 AM
tggu aje lah movie ni keluat..nnti tgk ok ke x
Quote beatgirlX 2-2-2020 02:27 PM
Aku peminat DC..dr kecik mmg Superman hero dihati smpai skg..
Superheroes Marvel lagi ohsem sebab jalan cerita dan watak digarap dgn baik..
Shazam a big NO for me..
Harap the Rock blh naikkan blk team JL ni

Selain The Rock..Van Diesel x ok ke?

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.056343 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top