CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

ConceptD, Jenama Komputer Terbaru Untuk Pereka Cipta Di Malaysia

31-10-2019 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2249| Komen: 8

Description: Acer Malaysia hari ini, secara rasminya melancarkan ConceptD, jenama baharu bagi komputer meja, komputer riba dan monitor bermutu tinggi, yang direka khusus untuk pereka grafik, pembikin filem, juruan ...
Acer Malaysia hari ini, secara rasminya melancarkan ConceptD,  jenama baharu bagi komputer meja, komputer riba dan monitor bermutu tinggi, yang direka khusus untuk pereka grafik, pembikin filem, juruanimasi, pengilustrasi, jurutera, pembangun-pembangun dan apa sahaja bidang kreatif. ConceptD membolehkan pereka cipta menumpukan sepenuh perhatian dalam proses kreatif dan menzahirkan potensi sebenar mereka.  


“Peranti ConceptD adalah direka bagi keperluan kreatif kerana pemprosesan berprestasi tinggi dan kad grafik boleh menangani beban kerja yang rumit, namun kekal senyap. Prestasi yang sarat dengan kuasa itu dipersembahkan di dalam reka bentuk minimal bagi menginspirasi pereka cipta untuk melahirkan idea kreatif dengan lancar. Pilihan peranti di bawah jenama ini bakal memberi kelainan dan membuka landasan baru di dalam industri kreatif,’’ kata Chan Weng Hong, Pengurus Besar Produk, Jualan dan Pemasaran Acer Sales & Services Sdn Bhd.



Reka bentuk ConceptD tidak lekang dek masa menginspirasi kreativiti

Komputer meja dan riba ConceptD didatangi dengan reka bentuk yang menggiurkan, berwarna putih atau hitam (matte-black) yang tak lekang dek masa. Diganding pula dengan warna kuning jingga sebagai cahaya pada papan kekunci, dan estetika reka bentuk yang licin dan menyeluruh, peranti ConceptD membolehkan profesional kreatif menumpukan perhatian sepenuhnya kepada proses mereka cipta.

Bagi memastikan Siri ConceptD adalah rakan paling sempurna bagi pereka cipta, peranti tersebut mengeluarkan bunyi kurang daripada 40 db semasa dalam keadaan terpaku. Ini dicapai dengan mengoptimumkan sistem penyejukan senyap di dalam komputer meja ConceptD 500 dengan tiga kipas penyejukan manakala komputer riba ConceptD 3 Pro, 5 Pro, 7, 7 Pro, 9 Pro kekal senyap dengan Kipas 3D AeroBlade™ Generasi Ke-empat Acer.

Dibina untuk kejituan, komputer riba ConceptD didatangkan dengan paparan Pantone® Validated sehingga 4K IPS. Meliputi 100 peratus gamut warna Adobe® RGB di dalam model spesifik, pereka cipta boleh yakin bahawa warna yang dipilih adalah setepat yang mungkin. Dengan pilihan luas gamut warna, paparan monitor boleh mencapai ketepatan warna mengagumkan setinggi Delta E<1. 



Komputer riba siri ConceptD memenuhi segala keperluan pereka cipta yang kerap bergerak 

Pilihan komputer riba ConceptD bermula daripada peringkat permulaan (entry-level) sehingga jentera kreatif paling termaju bagi pereka cipta yang memerlukan peranti berkuasa dan boleh diharapkan. Reka bentuknya telah menerima anugerah dan menonjol, serta diiktiraf oleh Anugerah Reka Bentuk Terbaik 2019.

Barisan pilihan komputer riba ConceptD Pro mengandungi pemprosesan grafik terhebat dengan kad grafik profesional NVIDIA® Quadro® dan ciri-ciri Intel® Core™ i7-9750H. Dengan menggunakan pengantaramuka pengguna ConceptD Palette yang mudah dan intuitif, pereka cipta kini boleh mengubah profil warna, sistem monitor dan menukar penetapan secara mudah. Terdiri daripada ConceptD 3 Pro, ConceptD 5 Pro, ConceptD 7, 7 Pro dan ConceptD 9 Pro, pilihan siri ini adalah untuk pereka cipta yang tidak mahu berkompromi apabila  bekerja sambil kerap bergerak. 

Model ConceptD 9 Pro didatangkan dengan 32GB RAM and 1TB PCIe NVMe SSD. Dipasang dengan NVIDIA® Quadro® RTX5000 bagi memberi kuasa kreatif paling canggih, ConceptD 9 Pro adalah komputer riba ideal untuk tugas-tugas 3D yang rumit. Paparan sentuh 17.3-inci berciri Pantone® Validated 4K UHD IPS menyajikan ciri 100% Adobe® RGB dan 100% sRGB gamut warna dengan ketepatan warna Delta E<1. ConceptD 9 Pro juga menawarkan Ezel Aero Hinges yang membolehkan pereka cipta mengubah paparan mengikut keperluan mereka.

Dengan kawalan tepat, pantas berserta 4,096 tahap sensitiviti tekanan, ConceptD 9 Pro memberi simulasi pengalaman tulen menulis dan melakar dengan pen Wacom EMR, yang boleh dilekat pada komputer riba secara magnetik. ConceptD 9 Pro yang direka khusus boleh didapati pada harga RM18,999. Pereka cipta boleh membuat tempahan menerusi emel kepada ama.marcom@acer.com. 

Sementara itu, ConceptD 7 dan ConceptD 7 Pro adalah direka untuk tugasan kreatif seperti yang dilakukan oleh editor video dan pereka grafik bergerak. Komputer riba bertenaga yang boleh memasukkan video atau mencipta animasi 3D secara pantas dan lancar, adalah apa yang boleh dilakukan oleh ConceptD 7 dan ConceptD 7 Pro. Ia dicapai dengan kad grafik profesional NVIDIA berkuasa dan 16GB RAM serta 512GB PCIe NVMe SSD.



Model ConceptD 7 dan 7 Pro juga membolehkan pereka cipta mempamerkan hasil kerja mereka menerusi paparan 15.6-inci Pantone® Validated 4K UHD IPS dengan 100% Adobe® RGB gamut warna dan ketepatan warna Delta E<2.

ConceptD 7 Pro dijual runcit pada harga RM8,699 dan RM12,999 untuk NVIDIA® Quadro® RTX3000 dan NVIDIA® Quadro® RTX5000; manakala ConceptD 7 dilengkapi NVIDIA® GeForce® RTX2060 dan 6GB VRAM dijual pada harga RM9,999. ConceptD 7 boleh didapati sekarang di stor dalam talian rasmi Acer terpilih dan Acer Concept Store seperti tersenarai pada Jadual 1, manakala ConceptD 7 Pro boleh didapati menerusi tempahan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Acer Malaysia atau hubungi Infoline Produk Acer di talian 1800-88-1288 (9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat). 
6

Bagus
4

Marah
5

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Austronesian 31-10-2019 01:34 PM
Pakai McBook pro la. Rosak boleh jumpa Genius Bar.
Quote kucingkarate 31-10-2019 02:34 PM
tgk dia punye processing, RAM, isi dlm2... mulut otometik sebut WOW....
tp tgk harga...pun WOW jgk...hahaha

hard disk x la menarik sbb dh biasa guna 1Tb
Quote natrahn 31-10-2019 03:30 PM
tudia harga dia....
Quote batmana 31-10-2019 03:55 PM
kreativiti sbnr brgntung bukan pada hardware sgt, tapi kreativiti pengguna tu sendiri

cth cm mamat chinese malaysia, tan jin ho, wat maya pakai pentium 700Mhz aja, render 3d
smpai menang award, smpai dia pnah keje wat iklan MAS yg pesawat WAU tu, dgn terlibat dgn  NASA
https://www.youtube.com/watch?v=KLfk9H5ljR8


tapi
ko pakai icore 9,  ram 32gb, 1tb ssd ,tapi tkde bakat, pn tk guna jugak..
Quote dekmieDandy 31-10-2019 04:09 PM
CPU dia macam mesin Coway
Quote nono86 31-10-2019 10:26 PM
Walaupun aku takpaham apa2 pasal perincian tu, tapi harganya aku paham
Quote myoujin 1-11-2019 01:18 AM
Harga mahal sebab rm murah.. Kalau 1usd = rm1.. Rm2k je kan.. Keje sebulan dua bole beli.
Quote CiliPadiSedap 1-11-2019 01:45 AM
Kaka beli illgear je. Laptop lain harga cap kapak

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.049820 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top