CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

"Tujuh Dari 10 Orang"- Makin Ramai Kanak-Kanak Malaysia Alami Karies Gigi

17-10-2019 06:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5095| Komen: 29

Description: Colgate-Palmolive Malaysia (Colgate) meraikan perjalanan mereka ke arah mencapai 'Masa Depan yang Cerah dengan Sifar Kaviti' hari ini, bersama-sama dengan The Alliance.Ia diadakan bersempena dengan Wo ...
Colgate-Palmolive Malaysia (Colgate) meraikan perjalanan mereka ke arah mencapai 'Masa Depan yang Cerah dengan Sifar Kaviti' hari ini, bersama-sama dengan The Alliance.

Ia diadakan bersempena dengan World Cavity-Free Future Day 2019 (WCFFD 2019), di mana Colgate juga mengumumkan ubat gigi Colgate Maximum Cavity Protection yang baharu dan ditambah baik dengan Amino Power.


Statistik kini mendedahkan bahawa 7 daripada 10 kanak-kanak di Malaysia mengalami karies gigi. Dengan itu, Colgate mahu memupuk kanak-kanak dan keluarga untuk mengamalkan kebersihan oral mereka melalui produk dan usaha pendidikan yang dibawakannya. 

Kajian menunjukkan masalah ini boleh menjejaskan kualiti hidup kanak-kanak dari segi keyakinan diri, pembangunan sosial, kualiti tidur, gaya makan, penyertaan di sekolah, serta kehidupan ibu bapa mereka. 



Dalam pada itu, Colgate turut terlibat dalam acara yang diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yak Chee, Puchong, dalam usaha memecah rekod semasa di Malaysia Book of Records untuk 'Penyertaan Terbesar dalam Acara Berus Gigi (Sekolah Rendah)'. 

Seramai 3,245 pelajar dari sekolah berkenaan bersama-sama memberus gigi secara serentak seterusnya berjaya menetapkan rekod baru di Malaysia.
3

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
2

Sedih

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 17-10-2019 07:09 PM
Ingat lagi dulu2 darjah 1, kunyah pil merah utk tanda kotoran kat gigi...then belajar gosok gigisampai hilang tanda merah tu
Quote blekkep 17-10-2019 08:00 PM
Comelnye betol budak pompuan dlm gmbar atas tuh...
Quote Eric.n9 17-10-2019 08:42 PM
Gigihnya semata2 nak masuk buku rekod, huhuh.
Quote beloomberk 17-10-2019 09:36 PM
Bnyk sgt minuman kt pasaran yg claim sunnah2 bagai..susu kurma la,choco dates la, susu kmbing la..kndungan gula mmg tggi..
Ada plak parents yg gna susu2 ni gntikn ngn susu formula, ikot sunnah katanya..hmmm
Quote umbut 17-10-2019 09:59 PM
blekkep replied at 17-10-2019 08:00 PM
Comelnye betol budak pompuan dlm gmbar atas tuh...

Yg kot merah tu ke.. Alyssa dezek..
Quote DARSITA 17-10-2019 10:29 PM

Sini umur 18 bulan dah start hantar anak jumpa dentist. Kalau umur 5 tahun ada cavities dan budak takut  dgn doktor gigi siap ada pilihan utk dpt laughing gas or go under sedation. Go under sedation tu kurang kurang 12 Ribu Malaysia ringgit!! bila umur 12 tahun (gigi dewasa semua sudah keluar) pakai pulak braces.

Segalanya mudah sebab ada insurance gigi. Kalau Msia ada insurance gigi pasti gigi kanak kanak Msia di masa akan datang tidak ada kerosakkan etc. :-)
Quote nono86 17-10-2019 10:43 PM
Banyak makanan sedap zaman sekarang
Quote misuke 17-10-2019 11:06 PM
payah nk elak. kecuali ko disiplin betul anak tu dr kecik.. tp payah la
Quote CinnamonR 18-10-2019 05:37 AM
DARSITA: Sini umur 18 bulan dah start hantar anak jumpa dentist. Kalau umur 5 tahun ada cavities dan budak takut  dgn doktor gigi siap ada pilihan utk dpt laug ...


Kat sini tu kat mana??
Quote isseliparjepun 18-10-2019 08:51 AM
Perlu dipupuk sedari kecil tu kan. Kurangkan makanan manis and air manis. Contohnya gula gula atau coklat, air kotak da air bergas. Plus kena ajar anak gosok gigi sedari umur 2 tahun. Bawah dari tu mak ayah gosokkan gigi anak ye.

Quote awanysss 18-10-2019 09:19 AM
isseliparjepun replied at 18-10-2019 08:51 AM
Perlu dipupuk sedari kecil tu kan. Kurangkan makanan manis and air manis. Contohnya gula gula atau c ...

anak2 cousin sy, ramai gigi yg jd rosak masa kecik2.. faktornye susu badan doktor ckp.. tp tak tahu macam mana nak handle..
sbb cousin sy tu bila anak kedua, dia jaga elok2 gigi.. tp still jd rosak jugak.. dia control tak makan manis bagai.. maybe ade faktor2 lain kot..
Quote isseliparjepun 18-10-2019 10:03 AM
awanysss replied at 18-10-2019 09:19 AM
anak2 cousin sy, ramai gigi yg jd rosak masa kecik2.. faktornye susu badan doktor ckp.. tp tak tah ...

Susu badan punca gigi rosak ke? Ke i salah faham? Anak anak I susu badan jugak tapi tak lama la and gigi elok walaupun gigi susu. Gigi tu tercabut pun sebab dah sampai masa gigi kekal tumbuh. I notice kengkawan dia rata rata gigi rosak. Tapi i assume sebab makan makanan manis je lah.
Quote blekkep 18-10-2019 10:08 AM
umbut replied at 17-10-2019 09:59 PM
Yg kot merah tu ke.. Alyssa dezek..

thanks!dh gugel..talented budak nie...pndai main gitar lak tuh...anak sape lar nie
Quote blekkep 18-10-2019 10:10 AM
isseliparjepun replied at 18-10-2019 10:03 AM
Susu badan punca gigi rosak ke? Ke i salah faham? Anak anak I susu badan jugak tapi tak lama la an ...

susu bdn x rusak gigi...kalo susu botol pon x rusak gigi kalo kene gaya...kalo jenis isap botol smbil tido tuh yg buat gigi rusak...
Quote awanysss 18-10-2019 10:38 AM
isseliparjepun replied at 18-10-2019 10:03 AM
Susu badan punca gigi rosak ke? Ke i salah faham? Anak anak I susu badan jugak tapi tak lama la an ...

aah.. jenis anak suka ngempeng pun gigi boleh rosak.. sbb cousin2 i mmg jenis tak bg anak makan manis2 bagai..
dia pun control makanan dia bila breastfeed anak dia.. tp last2 jd camtu jugak semua anak2 dia.. cousin i yg bg susu formula, elok2 pulak giginya..
somehow susu badan boleh jadi punca.. tp i dah igt2 lupa mcm mana relation nye..
Quote rospinki 18-10-2019 10:44 AM
mintak maaf ckp..aku tgk anak2 zmn skrg mcm mudah kena penyakit..aku tgk kt fb kt berita2 ada je kes budak skit kronik seawal usia 3 tahun kena penyakit kronik..tu tgk gigi budak2 gongak je
Quote faraway1 18-10-2019 10:46 AM
Jaga gigi anak, bulan ni aje dua kali jumpa dentist, alang alang free under 8 tahun kalau tak silap, so profit bebetul kelebihan free tu..

Quote lee_sakura 18-10-2019 10:48 AM
pelik2 rekod malaysia ni
Quote haruslah 18-10-2019 11:11 AM
xleh nak kata ape

puas dah control/jaga gigi anak no3 teruk gak

abg n kakak dia elok jer

dia gosok hari2 pon itam gak
utk gigi tertentu, yg lain elok cantek jer

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.062085 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top