CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Seram! Perkenalkan Wrinkles Si Badut, Pennywise di Dunia Nyata

23-9-2019 11:02 AM| Diterbitkan: ramossterritory| Dilihat: 4991| Komen: 3

Description: Siapa kat sini dah tengok It Chapter 2 di pawagam? Adakah korang rasa Pennywise di Badut tu dah cukup menakutkan? Macam mana kalau badut seram dan psiko macam tu betul-betul wujud di dunia nyata, buka ...
Siapa kat sini dah tengok It Chapter 2 di pawagam? Adakah korang rasa Pennywise si Badut tu dah cukup menakutkan? Macam mana kalau badut seram dan psiko macam tu betul-betul wujud di dunia nyata, bukannya sekadar fiksyen?

Perkenalkan Wrinkles Si Badut.

 
Kredit Foto: Carian Google
Mungkin ini kali pertama anda mendengar nama Wrinkles si Badut, tetapi badut ini sudah mula berkeliaran sejak 2014, apabila sepasang suami dan isteri telah membayarnya untuk menakutkan anak mereka yang bersikap nakal. Wrinkles telah menyelinap di bawah katil budak perempuan tersebut dan menakutkannya, dan video berdurasi seminit dua puluh saat itu telah tular. Video itu masih lagi dapat dilihat melalui akaun YouTube HvUSeen Wrinkles.



Sejak itu, gambar dan risalah berkenaan Wrinkles telah disebarkan di serata Florida, berserta nombor telefon bagi orang umum untuk menelefonnya dan menyuruh badut seram itu menakut-nakutkan anak mereka yang berperangai tidak elok. Menurut Tampa Bay Times, nombor telefon itu masih berfungsi hingga hari ini, iaitu 407-734-0254. 

Kredit: Instagram
Pada November 2015, Wrinkle si Badut (atau orang yang menyamar sebagainya) telah ditemubual oleh The Washington Post, mengatakan dia akan muncul di parti atau sebagai gimik untuk prank selepas dibayar beberapa ratus dolar secara tunai. Badut seram itu juga muncul dari semasa ke semasa, kali terakhir ia dilihat pada Jun 2018.

Menjelang 2019, sebuah dokumentari berkenaan Wrinkle si Badut akan ditayangkan di pawagam pada 4 Oktober 2019, dan setakat ini tiada info akan kemunculan dokumentari ini dari pawagam tempatan. Dokumentari ini diarahkan oleh Michael Beach Nichols, dan menurutnya, Wrinkle si Badut masih lagi aktif mendengar panggilan-panggilan orang awam. Ya, dia masih berkeliaran.


Jadi macam mana? Korang berani tak nak tengok filem ni? - CARI 
2

Bagus
2

Marah
3

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (9 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote crazybeach 23-9-2019 04:45 PM
tak nampak seram pon. nampak menyedehkan jahh. macam aiskrim yang dah cair gituh
Quote CARI-MAMS 23-9-2019 04:52 PM
seram la..hahaha takut
Quote Perawankota 23-9-2019 10:46 PM
Nmpk Sgt dah tua.. Kesiannya

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.050334 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top