CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Menggiurkan! SEIKO Perkenal Jam Tangan Prospex dan Presage Edisi Terhad

15-8-2019 05:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4596| Komen: 7|Original author: Kandungan Tajaan

Description: SEIKO, salah satu pembuat jam tangan paling disegani di dunia dengan kejayaan yang revolusionari melebihi 130 tahun, mempamerkan beberapa model menarik ke dalam rangkaian Prospex dan Presage.Pengenala ...
SEIKO, salah satu pembuat jam tangan paling disegani di dunia dengan kejayaan yang revolusionari melebihi 130 tahun, mempamerkan beberapa model menarik ke dalam rangkaian Prospex dan Presage.


Pengenalan jam tangan yang inovatif itu untuk meraikan pelancaran rasmi butiknya di pusat membeli-belah Mid Valley Megamall.


SEIKO Prospex

Komited untuk terus memelihara persekitaran marin, jam tangan penyelam Prospex yang mendapat pengiktirafan dunia telah bekerjasama dengan peneroka lautan dan pemulihara marin, Fabien Cousteau untuk menghasilkan tiga jam tangan edisi khas “Save the Ocean” bagi meyebarkan kesedaran mengenai kepentingan hidupan marin. 


Fabien Cousteau ialah cucu pertama lagenda Jacques-Yves Cousteau,perintis usaha pemuliharaan marin dan menjadi pengasas bersama Aqua-Lung; peralatan menyelam yang semakin popular di seluruh dunia.



Dengan ketahanan sehingga kedalaman 200 meter dan menampilkan ciri Solar Chronograph SSC741P1, reka bentuk jam tangan Turtle SRPD21K1 serta Samurai SRPD23K1, ciri-ciri reka bentuk tiga variasi ini diinspirasikan oleh ikan pemangsa yang cukup dikenali iaitu jerung putih.


Model baharu yang pasti menggembirakan peminat SEIKO yang semakin ramai, acara itu turut memperkenalkan rangkaian terkini dalam keluarga Prospex – siri LX, terdiri daripada enam utas jam tangan yang eksklusif di butik sahaja. Peminat jam tangan sukan dan peneroka tegar pasti teruja kerana siri LX dibangunkan bersama lagenda pereka bentuk industri Jepun, Ken Okuyama yang hasil kerjanya diiktiraf oleh gergasi industri automotif.


SEIKO Presage

Mereka yang sedang mencari jam tangan yang elegan dan bergaya pasti kagum dengan model-model Cocktail Time edisi terhad - Presage SRPD36J1 dan SSA392J1. Gabungan semangat seni pertukangan Jepun tulen dan kemahiran tinggi SEIKO dalam menghasilkan mekanikal jam tangan, rangkaian jam mekanikal yang menarik perhatian ini terhad kepada 8,000 utas sahaja di dunia. 

Ia diinspirasikan daripada gabunga warna koktel klasik yang dihasilkan oleh bartender yang memenangi anugerah dan berpangkalan di Tokyo, Hisashi Kishi.


Untuk senarai pengedar sah, maklumat lanjut mengenai SEIKO serta koleksi lain yang terdapat di Malaysia, sila layari laman web www.thongsia.com.my, halaman Facebook SEIKO Malaysia di www.facebook.com/seikomalaysia atau halaman Instagram SEIKO Malaysia di www.instagram.com/seikomy.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 15-8-2019 07:03 PM
Cantik.. Tapi entah kenapa aku x minat seiko walaupun aku kekadang suka beli jam lelaki
Quote Boomibulat 15-8-2019 07:27 PM
sarah82 replied at 15-8-2019 07:03 PM
Cantik.. Tapi entah kenapa aku x minat seiko walaupun aku kekadang suka beli jam lelaki

Nampak sepesen je jam seiko dari dl..mcm berat je kalau pakai
Quote sarah82 15-8-2019 07:31 PM
Boomibulat replied at 15-8-2019 07:27 PM
Nampak sepesen je jam seiko dari dl..mcm berat je kalau pakai

Tak pernah cuba..tapi jam yg selesa pakai Fossil dan Casio.. Tapi casio cermin mudah pecah.. Huhuhu.
Quote CiliPadiSedap 15-8-2019 08:09 PM
yang design ni mesti muka cm sis vokuru jenis nerd
Quote AbukRokok 15-8-2019 09:25 PM
mcm lebihkurang sama je
Quote shernazz 15-8-2019 09:40 PM
Iols suka...
Tp latest ni cm biasa je
Quote diggerr 15-8-2019 11:59 PM
Cantik helookk

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.057147 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top