CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buat Aksi Berbahaya, Dua 'Superman' Cilik Ini Diburu Polis

23-7-2019 10:58 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 3327| Komen: 7|Original author: Oleh: intan

Description: Akibat buat aksi merbahaya, dua 'Superman' cilik ini diburu polis.
Semalam, tular di media sosial apabila seorang pengguna twitter memuat naik beberapa foto yang memaparkan dua orang kanak-kanak membuat aksi merbahaya di atas sebuah kereta. Yang dikatakan berbahaya itu apabila kereta tersebut dipandu oleh seorang pemandu, atau lain kata, kereta tersebut sedang bergerak! Tak sayang nyawa ke?

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Taman Scientex, Johor Bahru. Terkini, Ketua Polis Daerah Seri Alam,Superitendan Ismail Dollah telah mula menjalankan siasatan dan memburu mereka yang terlibat. 


Pihak polis juga telah meminta pihak yang terbabit untuk tampil ke balai polis berhampiran ataupun IPD Seri Alam untuk membantu siasatan. Saksi kejadian dan sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai insiden tersebut turut diminta tampil atau boleh saja menghubungi balai polis /IPD Seri Alam di talian 07-386 4222 untuk membantu siasatan.



Menurut pihak polis lagi, insiden tersebut akan didakwa mengikut Seksyen 336 Kanun Kesiksaan atas kesalahan membahayakan nyawa dan keselamatan orang lain. Tak pasal-pasal!

Netizen yang sentiasa cakna mengenai isu semasa telah memberikan komen dan ternyata mengecam tindakan pihak tersebut kerana boleh mengancam nyawa. Nak tunggu ada yang mati baru menyesal agaknya!


Apa pendapat anda? - CARI 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 23-7-2019 11:08 AM
Tred dh ada semalam
Quote ketambangkang 23-7-2019 01:53 PM
dh kena saman pon apaknye
Quote Artemesiaa 23-7-2019 02:56 PM
Apaknya dah mengaku kesalahannya dan denda pun dah dikenakan
Quote kaklong32 23-7-2019 04:30 PM
bongok apak eh
Quote bawangkecik 23-7-2019 04:49 PM

Freelance write tak berapa aware sgt thread ada dah ke belum. Artikel yang penulis sambilan tulis biasanya admin cari tapis dulu. Mungkin terlepas pandang
Quote Foxey 25-7-2019 11:53 PM
Ayah dia takkan tak beringat malang tu tak berbau. Kang jadi tragedi, nyesal pun tak guna
Quote ReginaGeorge 28-7-2019 03:12 PM
Wow pinterrrrnya.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.903720 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top