CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ambiga Desak Kerajaan PH Salur Peruntukan Tanpa Syarat Dan Had Kepada Bersih

23-7-2019 11:12 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 2637| Komen: 9|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Sepadan dengan tugas penting dilaksanakan NGO itu.
Bersih memainkan peranan dalam membantu PH menumbangkan Barisan Nasional. Kredit foto: Carian Google


Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa menyalurkan peruntukan untuk membiayai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tanpa syarat dan had.

Permintaan itu disuarakan oleh bekas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga ketika berucap dalam majlis mengutip dana untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut di Petaling Jaya pada 20 Julai.

S. Ambiga. Kredit foto: Carian Google

Memetik laporan Free Malaysia Today, aktivis dan peguam itu berkata, kewujudan Bersih adalah penting kerana ia melakukan banyak kerja semasa pilihan raya.


Jelasnya, Bersih perlu memantau keadaan bagi memastikan semua pihak bersikap secara bertanggungjawab dalam pilihan raya termasuk Pilihan Raya Negeri Sarawak yang bakal diadakan pada 2021.

"Jadi, saya ingin melihat kerajaan ini, walaupun dikritik Bersih, berkata mereka akan memberi Bersih bentuk pembiayaan supaya mereka dapat menjalankan tugas penting mereka," katanya.

Demonstrasi jalanan Bersih dicemari dengan insiden keganasan. Kredit foto: Carian Google

Ambiga menambah, peranan Bersih juga akan berubah sebagai gerakan untuk demokrasi dengan mengemukakan tuntutan baharu seperti mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada dua penggal.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis berkata, kerajaan PH memang patut membiayai Bersih yang banyak 'berjasa' kepada mereka.

"Tapi jika ambil duit dari PH, bagaimana masih nak mengaku diri adalah berkecuali?" soalnya melalui status dalam laman Facebook beliau.

Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa bertindak apabila peserta-peserta demonstrasi Bersih mula merusuh. Kredit foto: Carian Google

Ada betulnya juga kata Najib itu kerana Bersih pasti akan berdepan dilema untuk mengkritik kerajaan yang menyalurkan peruntukan kepadanya.  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ina8895 23-7-2019 11:48 AM
Bersih ni jabatan kerajaan ke?
Quote EmaAsmadi 23-7-2019 12:56 PM
Kacang lupakan kulit
Quote mizzmimi 23-7-2019 12:58 PM
Bodohnyaa..
Quote palmolive 23-7-2019 01:01 PM
hahaha..sampai masa mintak hak jugak..dia boleh org lain tak boleh
Quote AbukRokok 23-7-2019 01:05 PM
urbanisers pun nak tongkat
Tongkat
Tongkat
TONGKAT

Quote Ina8895 23-7-2019 01:07 PM
Gelap mata tengok duit berbilion
Quote Zalimohd 23-7-2019 08:20 PM
Tak perlu bersih dah.. Bubarkan saja.. Lagi  mintak dana..mcm hebat sgt..
Quote Ina8895 23-7-2019 09:42 PM
Zalimohd: Tak perlu bersih dah.. Bubarkan saja.. Lagi  mintak dana..mcm hebat sgt..


Standby duit nak buat demo bila ph kalah nanti
Quote nono86 24-7-2019 05:28 PM
Haha, tu dia udang dah tak sembunyik belakang batu dah

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.063592 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top