CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Done Claim! Anwar Kata Mandela Kecewa Sebab Tidak Dapat Bantu Beliau Semasa Dalam Penjara

19-7-2019 11:06 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 4114| Komen: 24|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Mandela didakwa berkata demikian semasa menerima kunjungan Anwar dan keluarga di Afrika Selatan.

Anwar Ibrahim berdiri di sebelah gambar Nelson Mandela yang dibesarkan mengikut saiz sebenar. Kredit foto: Facebook

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menceritakan butiran perbualannya dengan tokoh-tokoh besar dunia ketika menyampaikan ucapan atau ceramah dalam khalayak ramai.

Antara nama yang selalu disebut beliau ialah ulama terkemuka, Dr. Yusuf al-Qaradawi dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Port Dickson itu mendakwa, bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela pernah meminta maaf kerana tidak dapat membantunya semasa beliau dipenjarakan.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Anwar menyatakan, Mandela dikatakan berusaha bersungguh-sungguh untuk membebaskan beliau serta cuba mendapatkan rawatan untuknya di Johannesburg.


Anwar menunjukkan gambar beliau bersama Mandela. Kredit foto: Facebook

Anwar berkata, Mandela berkata demikian ketika beliau dan keluarganya dijemput bertemu ikon perjuangan melawan kezaliman rejim aparteid itu di Afrika Selatan selepas dibebaskan dari penjara.

"Beliau sangat emosi ketika itu (tambahan pula) apabila memandang wajah anak-anak saya, beliau tahu betapa beratnya penderitaan yang mampu ditanggung oleh seseorang lelaki tetapi bukan buat anak-anak.

"Beliau meminta maaf. Katanya: "Anwar, saya minta maaf kerana tidak mampu membantu anda."

"Saya kata kepadanya, "relaks, anda sudah lakukan yang terbaik."

"Katanya sebagai seorang Presiden Afrika Selatan, beliau tidak mampu membantu seorang sahabat. Itulah Mandela," katanya ketika berucap dalam program sambutan Hari Antarabangsa Nelson Mandela di Kuala Lumpur pada 18 Julai.

Mandela telah meninggal dunia lebih lima tahun lalu. Kredit foto: Voice of America

Anwar turut mengagumi Mandela sebagai seorang negarawan yang hebat kerana melayannya seperti ahli keluarga sendiri.

Tidak dapat dipastikan sama ada Mandela benar-benar berkata begitu kepada Anwar kerana tiada cara untuk mengesahkan dengan mendiang yang telah meninggal dunia pada 5 Disember 2013. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Ina8895

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bersotong 19-7-2019 11:16 AM
sah citer sal turki pn tipu pliwat tua ni kn @Maideen.
Quote Nonones 19-7-2019 11:32 AM
Quote EJALTI 19-7-2019 11:39 AM
Boriinggggggggggggggggggggggg la penjubur...
Quote Ina8895 19-7-2019 11:49 AM
Hampeh, aku ingat betul2 mandela berdiri sebelah nuar. Rupanya gambar besar. Gila isim betul orang tua ni.
Quote EmaAsmadi 19-7-2019 12:37 PM
Relaks anda sudah melakukan yang terbaik. Kata Anwar kepada Anwar sendiri.
Quote kabukiman 19-7-2019 12:42 PM
Hairflip.

Quote multinicky 19-7-2019 12:44 PM
so?         
Quote Maideen. 19-7-2019 12:50 PM
Alahai peliwat tua nih..........Prrrrrrrrrrrrrrrpffftght
Quote Ina8895 19-7-2019 01:08 PM
Maideen.: Alahai peliwat tua nih..........Prrrrrrrrrrrrrrrpffftght


Kali ni aku sokong hang maideen
Quote matamata 19-7-2019 01:24 PM
Waktu tu apa dan sapa yang dia lawan?
Quote mieymiey 19-7-2019 01:40 PM
Dengar boleh, percaya ......................
Quote dewimalam78 19-7-2019 01:50 PM
Tuhanku....sampi akhir hayat pun anwar ni tak boleh berubah.
TunM tu brp byk ketua negara dia jumpa..tak pernah pulak dengar dia sebut2 nama pemimpin luar.
Putin dtg rumah, fon call direct dr rusia pun tak pernah lak dengar tunM sebut2.
Najib yg ai pernah dengar dia ckp dgn trump..
Quote QueenIsolde 19-7-2019 01:51 PM
Ambik brg ke pocik ni
Quote Ina8895 19-7-2019 02:06 PM
dewimalam78 replied at 19-7-2019 01:50 PM
Tuhanku....sampi akhir hayat pun anwar ni tak boleh berubah.
TunM tu brp byk ketua negara dia jump ...

Najib penah cakap dengan alexander borodai masa kes mh17
Quote Ina8895 19-7-2019 02:06 PM
matamata: Waktu tu apa dan sapa yang dia lawan?


Atok madey la
Quote missDollie 19-7-2019 02:39 PM



Hanya mampu tersenyum sinis..
Quote lazim 19-7-2019 02:46 PM
Petik2 nm org ni ciri2 org xdak keyakinan diri

Quote creep_bite 19-7-2019 02:48 PM
Boleh laaa Bung Nuwar risik2 nk pemimpin kt Afrika Selatan plk lps ni....
Quote Ina8895 19-7-2019 06:05 PM
creep_bite replied at 19-7-2019 02:48 PM
Boleh laaa Bung Nuwar risik2 nk pemimpin kt Afrika Selatan plk lps ni....

Ntah2, dia jumpa mandela pasal nak lari duk afrika selatan

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.083082 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top