CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

5 Sitkom Paling Popular Tahun 90-an, Siapa Sempat Melayan?

16-7-2019 10:34 AM| Diterbitkan: Bakie| Dilihat: 35178| Komen: 212|Original author: Oleh: Bakie

Description: Tahun 90-an, bertapa nostalgiknya apabila kita bercakap tentang tahun yang juga dianggap tahun kegemilangan bagi sitkom di Malaysia.

Tahun 90-an, bertapa nostalgiknya apabila kita bercakap tentang tahun yang juga dianggap tahun kegemilangan bagi sitkom di Malaysia. 


SITKOM atau SITCOM yang dipendekkan daripada perkataan  SITUATION COMEDY memaparkan kehidupan di sesuatu kawasan yang mana akan memfokuskan tentang permasalahan harian mereka.



Sumber : Kipaszz


Yang menariknya, sesebuah sitkom di Malaysia menampilkan pelakon berbilang bangsa dan akan menyelitkan elemen kemasyarakatan buat penonton.


Pada kali  ini, kita akan kembali ke tahun 90-an untuk  menghilangkan kerinduan kepada 5 SITKOM PALING POPULAR DI TAHUN 90-AN.

Jom lihat senarai sitkom seperti dipetik dari Iluminati ini!



1) 2+1



Sumber : Internet


Sitkom ini mendapat sentuhan Othman Hafsham atau lebih dikenali sebgai Raja sitkom Malaysia kerana kredibilitinya menghasilkan bukan satu, tetapi dua sitcom yang berjaya menarik perhatian masyarakat Malaysia.

 

Belatarbelakangkan kehidupan tiga rakan yang tinggal serumah dan kehidupan mereka diisi dengan kehadiran jiran-jiran yang mempunyai pelbagai ragam.

Sitkom ini  juga boleh dianggap seperti 'Friends' versi Malaysia.

 

Pada  tahun  kegemilanganya, sitkom yang ditayangkan secara langsung ini boleh mencapai  purata lima juta penonton untuk setiap episod dan ini semua adalah hasil daripada barisan pelakonnya yang hebat, antaranya Susan Lankester, Ziela Jalil, Louisa Chong, Allahyarham Ahmad Busu, Jaafar Onn, Sabri Yunus dan juga bintang siri ini, Imuda yang membawa watak Sam, seorang lelaki lembut yang mencetuskan kontroversi ketika itu.



2) Jangan Ketawa



Sumber : Internet


Senarai sitkom Malaysia tidak akan lengkap jika kita tidak meletakan sitcom ini di dalamnya.

 

Jangan ketawa adalah salah satu sitkom yang mendapat rating tinggi di Malaysia ketika eranya walaupun mendapat kritikan masyarakat dan terpalit dengan beberapa konrtroversi sepanjang tayangannya.


Sama seperti sitcom 2+1 yang menampilkan watak lelaki lembut, Jangan Ketawa arahan  Louisa Cheong and Harith Iskander ini lebih berani dan terbuka


Mana tidaknya, bukan saja menyelitkan elemen lucu yang mempunyai dua makna, mereka juga berani meletakkan watak Moon dan Dee sebagai lelaki berpakaian wanita untuk tayangan masyarakat awam.


Selain itu, jika anda semua ingin melihat Harith Iskandar pada awal kariernya sebagai seorang pelawak dan juga pengarah, rancangan ini perlu ada dalam senarai wajib tonton peminat-peminat beliau.



3) Kopitiam



Sumber : Internet


Sebuah sitkom arahan Ng Ping Ho dan diterbitkan Double Visionini menceritakan pahit manis  seorang wanita yang dilakonkan Joanna Bessey mempertahankan legasi kedai kopi lama yang diwarisinya daripada keluarga.

 

Sitkom ini yang bersiaran selama tujuh musim DI NTV7 memperkenalkan orang ramai kepada beberapa nama seni yang masih lagi aktif sehingga kini seperti Douglas Lim, Rashid Salleh, Lina Teoh, Mano Maniam dan Tan Jin Chor.

 

Lebih membanggakan, bukan saja mendapat rating tinggi di Malaysia, tetapi sitkom Kopitiam ini juga mendapat pengiktirafan sebagai sebuah SITKOM TERBAIK ASIA pada tahun 2000.



4) Spanar Jaya



Sumber : Internet


Sitkom yang mengisahkan tentang seorang usahawan yang membuka sebuah bengkel kereta dihiasi telatah pelanggan dan juga pekerjanya.

 

Jika anda bertanya kepada sesiapa saja yang pernah menonton sitkom ini, ramai akan dapat menamakan setiap watak di dalam Spanar Jaya antaranya Pak Selamat, ez, Misha, Edy Lentok, Abdullah dan yang paling popular adalah Mat Rock.

 

Pada tahun ini, TV3 menyiarkan versi terbaru Spanar Jaya yang diberi tajuk Spanar Jaya X. Walaupun tidak mengekalkan kesemua pelakon lamanya dan diisi barisan pelakon baru seperti Uqasha Senrose, sitkom ini berjaya mengekalkan watak kegemaran semua. Siapa lagi kalau bukan Mat Rock.



 

Sumber : Kipaszz


Jadi, kepada peminat sitcom ini yang ingin melihat gelagat Mat Rock selepas berbelas tahun menyepi, jangan lupa untuk menonton Sitkom Spanar jaya X di TV3.



5) Pi Mai Pi Mai Tang Tu



Sumber : Iluminasi


Menjadi salah satu sitkom paling lama disiarkan di televisyen dari tahun 1985 sehingga 2004, Pi Mai Pi Mai Tang Tu tidak perlu lagi diperkenalkan di Malaysia kerana ianya sudah terpahat dalam sejarah tahun 90-an masyarakat kita.

 

Salah satu buah tangan yang boleh dianggap terbaik daripada raja sitkom Malaysia, Othman Hafsham kerana kisah yang cuba disampaikan oleh pengarah dan pelakon sitkom ini cukup dekat dan memberi kesan kepada penonton yang mengikutinya daripada awal.

 

Mana tidaknya, sitkom yang bermula dengan mengisahkan masyarakat di sebuah kampung iaitu Kampung Seri Wangi dan kemudianya berpindah ke Flat Seri Wangi membawa penonton kepada masalah sebenar dalam kehidupan seharian sebagai mayarakat majmuk di Malaysia.



Foto: Sumber : Iluminasi



Perjalanan dan penceritaan sitkom ini menjadi dekat dengan penonton kerana setiap perubahan yang dialami pelakon di dunia sebenar di masukkan sedikit elemennya kedalam watak pelakon tersebut .Ini membuatkan setiap watak di dalam sitkom ini hidup di dalam ingatan penonton.


Malah, betapa popularnya sitkom ini sehingga sitkom ini pernah dibawa ke pentas teater muzikal pada tahun 2006 dan telah diadaptasi ke siri komik strip mingguan di dalam akhbar berita mingguan.

 

Sitkom mana pernah menjadi kegemaran anda? - CARI

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tagas 16-7-2019 10:42 AM
Senario also should in list

pmpmtt lejen
Quote chinta89 16-7-2019 10:44 AM
Edited by chinta89 at 16-7-2019 05:11 PM

12
3
4
5


so ape kata hakak spanar jaya kita yaituh porumer PerangDina?

Quote Boomibulat 16-7-2019 10:50 AM
Edited by Boomibulat at 16-7-2019 10:54 AM

Yang i pnh tgk kecik2 dl

Pi mai tang tu
Camni camtu
Salam pantai timur
Spanar jaya
Kopitiam
Phua chu kang
Mind your language
Quote Boomibulat 16-7-2019 10:51 AM
Edited by Boomibulat at 16-7-2019 10:55 AM

Sambunng lg

Bendul
Gado2
Quote SherryZass 16-7-2019 10:53 AM
Iolls tengok Jangan ketawa & Spanar jaya je. Yg lain macam tak de dalam memory
Quote kechikchomel 16-7-2019 10:57 AM
semua iolss sempat tengokkkk!!!
Quote makton 16-7-2019 11:00 AM
semua best zaman dulu2..

cite Terserah Anda (radhi khalid jadi host) pun best.. dia spontan sbb bila penonton pilih jalan cerita, then pelakon akan twist jalan cerita ikut pilihan penonton tu.

yg lain mcm baba & nyonya pun best, pi mai pi mai tang tu, senario, cecupak, mcm2 la.. smua best2 zaman dulu
Quote exclusive_vvip 16-7-2019 11:03 AM

haaaa, i mencari tajuk ni..Gado2...patut yg ni masuk lam list...
Quote chicozinn 16-7-2019 11:05 AM
sitcom sambal si diva AA takde dalam list ke??

saje je kan nak kena laharan ko skola tak, ko srp lepas tak ngan diva AA..
Quote Boomibulat 16-7-2019 11:05 AM
exclusive_vvip replied at 16-7-2019 11:03 AM
haaaa, i mencari tajuk ni..Gado2...patut yg ni masuk lam list...

Nmpk sgt dh tua kan...
Quote kucingitam 16-7-2019 11:07 AM
Pi mai2 Tang tu follow dari zaman Kg seri wangi.sampai pindah flat.
2+1 memang syok. Raja ema pun pernah berlakon rasanya dlm ni.
Gado2.. ni best betul. memang merapu abis.
kopi tiam, tang mana lawak tah..nyampah je tgk Lina teoh.
Jgn ketawa - so-so je..ada part lawak, ada part tidak..Harith tu dari zaman jgn ketawa pun tak kelakar..
oh, ada lagi sitkom zaman dulu2...Hikayat Hang Setia...
Quote kucingitam 16-7-2019 11:08 AM
Pi mai2 Tang tu follow dari zaman Kg seri wangi.sampai pindah flat.
2+1 memang syok. Raja ema pun pernah berlakon rasanya dlm ni.
Gado2.. ni best betul. memang merapu abis.
kopi tiam, tang mana lawak tah..nyampah je tgk Lina teoh.
Jgn ketawa - so-so je..ada part lawak, ada part tidak..Harith tu dari zaman jgn ketawa pun tak kelakar..
oh, ada lagi sitkom zaman dulu2...Hikayat Hang Setia...
Quote Wakefield 16-7-2019 11:10 AM

PMPMTT.

Episod paling x boleh lupa, episod Teh Manis. Guest actress vanida imran bawak watak Teh.

Episod ni punya lawak sampaikan diorang sendiri pun x mampu nak control ketawa. Dialog scene sedih/serious x habis sebut pun dah boleh ketawa, vanida imran pun x boleh control gelak tersengguk bahu siap pusing badan pandang tempat lain, ravi pun cover mulut.

Quote Bersotong 16-7-2019 11:14 AM
kopitiam x best
Quote kucingitam 16-7-2019 11:14 AM
Wakefield replied at 16-7-2019 11:10 AM
PMPMTT.

Episod paling x boleh lupa, episod Teh Manis. Guest actress vanida imran bawak watak Te ...

yang pantun pun best gak..

ada satu lagi pertandingan nyanyian bertemakan cuaca/alam sekitar. Marlia Musa jadi guest artist.


Quote Boomibulat 16-7-2019 11:22 AM
kucingitam replied at 16-7-2019 11:07 AM
Pi mai2 Tang tu follow dari zaman Kg seri wangi.sampai pindah flat.
2+1 memang syok. Raja ema pun  ...

Ada lg sis..santan berlada lakonan fauziah nawi dgn khairul azhar,arwah ali mamak
Quote dekmieDandy 16-7-2019 11:23 AM
2+1 tu dok ingat lagi Imuda nak buat fashion show, mejahit tak siap

bawak bekal telur mentah sebakul buat bekal
Quote Wakefield 16-7-2019 11:24 AM
kucingitam replied at 16-7-2019 11:14 AM
yang pantun pun best gak..

ada satu lagi pertandingan nyanyian bertemakan cuaca/alam sekitar. M ...


Adakah itu episod yang wan semail tu berpuisi pasal angin, tapi ending baru tahu dia maksudkan angin kentut?
Quote cikatilia 16-7-2019 11:25 AM
Boomibulat replied at 16-7-2019 10:50 AM
Yang i pnh tgk kecik2 dl

Pi mai tang tu

mind your language tu best sgt

Lihat semua komen(212)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.061265 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top