CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Bikers Kental 2: Kutip 3 Juta Dalam 4 Hari Tayangan

19-3-2019 12:27 PM| Diterbitkan: safriehalim| Dilihat: 7950| Komen: 31|Original author: Oleh: Safrie Halim

Description: Pada cuti hujung minggu lepas mungkin ramai yang mengambil kesempatan untuk menonton filem Bikers Kental 2. Khabarnya filem berkenaan menerima respon yang positif dan mendapat sambutan luar biasa.

                                                                                                  Kredit Foto : Wasnita.com

Pada cuti hujung minggu lepas mungkin ramai yang mengambil kesempatan untuk menonton filem Bikers Kental 2. Khabarnya filem berkenaan menerima respon yang positif dan mendapat sambutan luar biasa.

Filem Bikers Kental (2013) berjaya mencatatkan kutipan penuh RM2.72 juta, namun sekuelnya yang baru ditayangkan minggu lepas lebih hebat kerana berjaya mengutip RM3 juta hanya dalam tempoh 4 hari tayangan. Bagi filem bergenre road trip dan aksi komedi, kutipan yang begini adalah sangat memberangsangkan bagi industri perfileman Malaysia.



Filem Bikers Kental 2 arahan Helmi Yusof ini sudah mula ditayangkan pada 14 Mac lepas. Ia merupakan sebuah filem kesinambungan filem Bikers Kental yang menceritakan pengembaraan semula geng motosikal ke Thailand selepas 6 tahun demi cinta dan persahabatan. Filem ini dibintangi oleh Zizan Razak, Awie, Afdlin Shauki, Bront Palarae dan Amerul Affendi.

Walaupun filem ini kurang mendapat liputan media massa, namun rangka promosinya tetap hebat terutama dari team pelakon yang turun padang mempromosikan filem tersebut di pusat membeli belah serta hebahan yang dibuat melalui laman Instagram milik mereka. Antara pelakon yang sepenuh hati mempromosi filem ini di laman Instagramnya ialah Afdlin Sauki dan Zizan Razak.



                        Kredit Foto: IG afdlinshaukiofficial

Penulis bersetuju dengan senarai yang dibuat oleh portal Gempak berkenaan tiga sebab mengapa rakyat Malaysia harus menonton filem Bikers Kental 2 di pawagam berdekatan. Berikut adalah senarainya: 

1. Jalan Cerita Yang Baik

Rentetan kisah cinta Bidin dengan gadis Thailand bernama Cherry Porntit  melalui hubungan jarak jauh, kali ini Bidin bertekad untuk memperisterikan Cherry yang masih lagi menetap di Hatyai. Konflik cerita ini bermula semasa perjalanan Bidin ke Hatyai, dia telah diburu oleh musuhnya di Thailand. 

2. Semangat Brotherhood.

Pastinya filem ini mampu menyemaikan semangat brotherhood kepada audiens yang menonton filem ini. Ia mengangkat tema persahabatan yang telah diterjemahkan dengan baik oleh Zizan, Awie dan Afdlin Shauki.

3. Keindahan negara jiran.

Selain Kuala Lumpur, filem Bikers Kental 2 menjalani penggambaran di Thailand. Pemandangan negara jiran yang divisualkan sepanjang filem ini menarik dan ia menjadi bertambah menarik hasil teknik cinematography yang baik

Bagi kaki wayang yang belum menonton filem ini dan untuk mereka yang muram dengan pelbagai masalah, ayuh ke pawagam berdekatan kerana filem ini mampu menghiburkan anda. - CARI
4

Bagus
6

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ren0_0 19-3-2019 01:18 PM
dah tengok...BORING!!!!
Quote fifie_olin 19-3-2019 01:22 PM
mmg la rmi tgk smpi juta2...
tp ada ke dlm juta2 tu
tgk utk kali 2...ke 3...
Quote tagas 19-3-2019 03:03 PM
da tgk yg first beli cd 5 inggit kedai amoi gebus

not bad la klakar la jgk

yg 2nd pun tgh tunggu cd 5 inggit berade di pasaran

Quote Tukul.Besi 19-3-2019 03:07 PM
Cherry Porntit? Alahai nama
Quote myakayina 19-3-2019 03:12 PM
ren0_0 replied at 19-3-2019 01:18 PM
dah tengok...BORING!!!!

boring sebab?
Quote aleesyasofia 19-3-2019 04:01 PM
mcm xbest jer..
Quote LipasComel 19-3-2019 04:05 PM
ye ye je... tak pernah dengar pun
Quote r_innalif 19-3-2019 04:16 PM
Ye boring.. punchline asik x smpai . Lawak bmodalkan nama nama thai yg dibuat mcm lucah. Liwat la porn la.
Jln crita biasa sgt. X ssuai bwk ank, ada prmpuan seksi goda goda. No 1 lg best ckit. Ckit la...
Quote taji2906 19-3-2019 04:19 PM
tahiyetahidak dah kutip 3juta tu... puiii
Quote bottombikini 19-3-2019 04:25 PM
iols gi tengok jumaat lepas dan muvi ni alahai boringnye indah kabar
better lagi BK1. rasa segan kat member coz dia yg banje..

babak naik motor & babak gaduh tu lama beno
Quote bedahmenjuyah 20-3-2019 07:29 AM
Tak berminat nak tgk. BK1 pun tgk kat tv jah. Surprise depa buat sequel sbb hat dulu pun so so je. Filem syafiq jugak kan
Quote fifie_olin 20-3-2019 08:01 AM
betul2 x best la ek
br plan nk tgk weken ni
anak nak sgt tgk
mcm mn nak bg alasan ek
Quote ren0_0 20-3-2019 08:01 AM

caca marba sangat. semua nak letak dalam satu movie. ended up aku rasa mengarut je

contoh cam part awek bidin & bidin kena kidnap ngan tuktuk, dan dan tu awie ngan aidid ngam2 follow sampai banglow. tetiba lak ananda leh tau location banglow tapi tak tunjuk pun dia follow gak tuktuk? part lawan gangster lagi la tak logik. pastu part aidid kena drug dengan pompuan kat kedai makan tuptap terus scene kat bilik hotel atas katil. tergantung

yang first lagi enjoy at least storyline and biker kental kuat. ni sikit sikit denyut. cam bodoh je
Quote myakayina 20-3-2019 08:42 AM
ren0_0 replied at 20-3-2019 08:01 AM
caca marba sangat. semua nak letak dalam satu movie. ended up aku rasa mengarut je

contoh cam p ...

ok..akak tunggu keluar astro 1st jela..  
Quote ren0_0 20-3-2019 08:44 AM
myakayina replied at 20-3-2019 08:42 AM
ok..akak tunggu keluar astro 1st jela..

tunggu time raya je kak..tak berbaloi pun nak beli astro first. setaraf cerekarama jek
Quote asmara_me 20-3-2019 08:59 AM
macam ngarut je berjuta juta ni, tak logik langsung, teruk ye taste pilihan filem melayu sekarang haha
Quote manehnya 20-3-2019 09:04 AM
best la jugak tengok citer ni , ringan je,

tapi jalan cerita mcm x berapa nk refine.. kalut.. buat kt phuket tapi sikit je view nya, asik amik pic dalm bilik je
Quote giyomi 20-3-2019 11:38 AM
Edited by giyomi at 20-3-2019 11:42 AM

bila sesuatu pilem, just one or two hokay, dpt kutipan lbh skit terus dicop industri perfileman dah ada kemajuan blablabla, tp tak kira lak yg mundur tahap gaban. mgkn yg tgk pon kebanyakkannya adalah rempitan
Quote Orkidgold 20-3-2019 11:40 AM
Wow,hebat!

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.203965 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top