CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Senator Australia Rasis, Fraser Anning Tak Menyesal Tampar Budak Telur

18-3-2019 01:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4707| Komen: 22|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Tindakan seorang remaja berusia 17 tahun, Will Connolly memecahkan sebiji telur di atas kepala senator Australia telah menjadi bahan bualan di seluruh dunia.
Tindakan seorang remaja berusia 17 tahun, Will Connolly memecahkan sebiji telur di atas kepala senator Australia telah menjadi bahan bualan di seluruh dunia.

Dalam video yang sempat dirakamkan oleh wartawan, kelihatan Fraser Anning berang dan bertindak menampar Connolly.

Bercakap kepada media, Anning yang mengeluarkan kenyataan rasis terhadap mangsa tragedi tembakan rambang pengganas di Masjid Al Noor, di Christchurch, New Zealand baru-baru ini langsung tidak menyesal menampar remaja berkenaan.


"Saya tidak menyesal dengan apa yang saya buat. Saya hanya mempertahankan diri dan itulah kebiasaannya yang dilakukan oleh orang Australia, mereka mempertahankan diri. 

"Dia ditampar di muka di mana ibu dia patut melakukan perkara yang sama sejak dulu lagi kerana dia (Will) berkelakuan buruk."


NZ Herald melaporkan, Anning diselar oleh pelbagai pihak namun dia tidak ambil kisah kerana ada ramai lagi penyokong yang menyokong kenyataannya.

Foto: 9News
"Semua orang boleh memberikan pandangan mereka sendiri. Satu juta yang menandatangan petisyen itu, tetapi ada ramai juga orang yang memberitahu saya bahawa mereka menyokong pendirian saya. 

"Saya biarkan mereka buat keputusan melalui kotak undi, mereka boleh mengundi untuk mengeluarkan saya jika itu yang mereka mahukan."

Sementara itu seorang lagi ahli politik Australia, Pauline Hanson juga mengeluarkan kenyataan lebih kurang dengan Anning.

Katanya, "Saya bersimpati untuk keluarga mangsa. Kita ada masalah yang perlu dibincang dan didebatkan, kenapa kita ada serangan pengganas di negara ini? Apa yang berlaku di dunia hari ini? 

"Mereka (umat Islam) tidak patut berada di sini, mereka akan merampas negara kita. Boleh anda bayangkan bagaimana ia mendorong kebangkitan White Supremacist?" -CARI
1

Bagus
6

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • MoFirdaus


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokaibanktokyo 18-3-2019 02:50 PM
Memang ar. Sendiri dah jadi egghead angkara itu budak
Quote buapakperut 18-3-2019 03:05 PM
dasar kolonist, tak sedar asal usul
Quote ifanonline 18-3-2019 03:07 PM
kebanyakan manusia yg menentang hukum Allah swt akan berakhir dgn mereka memeluk agama Islam..percayalah..
Quote sharlenetexas 18-3-2019 03:14 PM
Annig dan hansen, korang tak sedar ke datuk nenek korang tu penjajah?
Quote noor2 18-3-2019 03:17 PM
Dan aku rasa senator ni tiada sikit pun simpati dan sesalan pada muslim2 yg mati tempohari. ....
Quote Jelyta1993 18-3-2019 03:20 PM
Dasar syaitoonn
Quote noor2 18-3-2019 03:21 PM
ifanonline replied at 18-3-2019 03:07 PM
kebanyakan manusia yg menentang hukum Allah swt akan berakhir dgn mereka memeluk agama Islam..percay ...

Amin.......
Quote Bedah.Cun 18-3-2019 03:48 PM
Negara ngkaw kat UK lah bodo
Quote shi_jewel 18-3-2019 03:52 PM
pemimpin racist mcm ni wujud, menyebabkan aussie terus dicop racist dgn orang asia.
Quote pai.kacang 18-3-2019 04:04 PM
asal usul australia ni bukan tempat buangan penjenayah ke? dasar x sedar diri
Quote 7doors 18-3-2019 06:25 PM
pai.kacang replied at 18-3-2019 04:04 PM
asal usul australia ni bukan tempat buangan penjenayah ke? dasar x sedar diri

Betul la tu...diorang ni keturunan dari buangan penjenayah dari empayar british dulu.
Quote b_n_c 18-3-2019 10:57 PM
laaa mati2 aku igt nazri yg kena ketuk ngn telur..adehh
Quote namieamuro 18-3-2019 11:24 PM
mmg la die x nyesal..hrp netizen aussie boikot mamat ni dgn minah sekor lg tu..
Quote KakiSelpi 19-3-2019 12:52 AM
elok dikawinkan dorg berdua ni....
Quote Ferr_Remy 19-3-2019 01:14 AM
Pauline tu dlu viral video die berpurdah dalam parlimen, pastu kena backfire balik lol
Quote Dwdrum 19-3-2019 01:40 AM
Edited by Dwdrum at 18-3-2019 09:43 AM

berdua dua makhluk ini tunjuk perangai tidak bertamadun .... baling telur di balas dengan tumbuk.....sesuai lah  
cara budak baling telur bukan selesai kan masalah pun .... tetapi ramai ummah ingat cara begini boleh lepas kan kemarahan ? ....
Quote Malaysia.Doom 19-3-2019 01:49 AM
Back to UK lah.

White Supremacists korang bukan boleh survive di Hamisfera Selatan. Sambut Christmas musim panas. Wtf
Quote ekselen 19-3-2019 01:52 AM
Bedah.Cun replied at 18-3-2019 03:48 PM
Negara ngkaw kat UK lah bodo

Org2 buangan....to be specific hihihi
Quote cikkittydiva 19-3-2019 06:43 AM
Rasain loe..selayaknya dilempar dgn telo tembelang..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.059323 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top