CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sara Mudallal Pecah Stereotaip Wanita Berhijab Melalui Sukan Parkour

26-3-2019 12:08 PM| Diterbitkan: truthe911| Dilihat: 2585| Komen: 7|Original author: Oleh: Azlin

Description: Siapa kata mengenakan hijab di kepala membataskan pergerakan seorang wanita muslim? Sara Mudallal, 23 tahun, membuktikan kepada orang ramai, walaupun berhijab dia masih boleh menikmati sukan ekstrim k ...

Foto Carian internet


Siapa kata mengenakan hijab di kepala membataskan pergerakan seorang wanita muslim? Tidak boleh bersukan ekstrim, kononnya tidak manis melompat ke sana-sini dan beraksi lasak yang boleh mengurangkan ciri-ciri kewanitaan seseorang.


Kenalkan Sara Mudallal, gadis berusia 23 tahun yang kini menetap di Log Angeles, Amerika Syarikat. Seorang pencinta sukan parkour semenjak usianya menjejak 20 tahun. Beliau amat berbangga dengan penampilannya yang berhijab. Sara tidak pernah mengambil pusing pandangan senget orang lain apabila berada di dalam gimnasium apabila dia satu-satunya wanita yang mengenakan hijab sambil beraksi seumpama Spiderman.



Parkour adalah sukan yang memerlukan seseorang bergerak pantas dari satu poin ke satu poin lain secepat mungkin menempuh pelbagai permukaan lantai atau bumi dan halangan walaupun sukar. Ia melibatkan pergerakan badan yang berterusan secara berlari, melompat, bergolek, berayun, berenang dan sebagainya. Pada dasarnya parkour dicipta dari disiplin latihan berhalangan ketenteraan. Parkour juga berguna sebagai seni pertahanan diri dalam keadaan tidak terduga. Sekiranya seni mempertahankan diri disebut sebagai latihan untuk fight (bertarung), parkour pula digunakan senagai satu bentuk latihan untukflight (kabur).  


Apabila ditanya, mengapa parkour? “Saya sangat suka melompat, di atas apa-apa sahaja!” Seorang rakan telah memperkenalkan kepada Sara sebuah gimnasium yang turut menempatkan arena berlatih parkour. Semenjak dari hari itu, Sara jatuh cinta kepada sukan lasak tersebut hinggalah ke hari ini.


Mengimbas penglibatan awalnya dalam parkour, "Satu tahun setengah bergiat dalam sukan ini, saya bekerjasama dengan vlogger Nuseir Yassin melalui Nas Daily, platform Facebook miliknya dan video aksi saya ditonton lebih dari 1 juta kali di Facebook," ujar Sara Mudallal di Instagram. Setelah videonya viral, Sara mulai popular di media sosial. Pada 2017, gadis yang baru tamat dalam pengajian Perniagaan ini, bekerjasama pula dengan Good Day LA dan Red Bull. Sara Mudallal sangat bangga dengan apa yang sudah diraihnya hingga saat ini. 


Alang-alang terlibat dalam sukan ini, Sara sedar akan beberapa cabaran yang menunggu dirinya di depan. Menceburi sukan parkour, Sara sebenarnya telah memecah dominasi sukan ini oleh kaum lelaki terutama di Barat dan sebagai wanita Muslim yang menutup aurat dengan sempurna.



Pandangan Sara tentang hijab, “Hijab adalah keyakinan, identiti saya dan amat bangga mengenakannya. Saya mahu memberitahu kepada dunia, kain yang menutupi rambut saya bukan penghalang untuk saya meneroka bidang yang amat saya cintai ini.”


Gadis pemegang tali pinggang hitam karate Wado-ryu ini tidak gentar dengan sebarang tohmahan yang diterima apabila dilihat sebagai wanita berhijab. Pernah dituduh sebagai penyokong ISIS, dilabel ekstrimis dan tidak sedikit yang mengatakan dirinya mangsa penindasan.     


Foto: Mvslim.com


Terbaru, Sara telah bertanding dalam pertandingan American Ninja Warrior sebagai peserta pertama wanita berhijab pada tahun lalu.


Dalam banyak-banyak sukan, kenapa sukan parkour amat dekat dengan dirinya? Sara menjawab, “Saya sebenarnya mula memakai hijab pada usia 20 tahun dan pada masa yang sama saya telah mula berlatih Parkour. Sukan ini amat sentimental di hati saya.” - CARI 

5

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
7

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • edmorita79

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 26-3-2019 10:32 PM
Akak pernah parkour dulu tp sis vokuru tersangkut
Quote mbhcsf 27-3-2019 07:40 AM
strong, confident lady. i like her views on her hijab.
Quote lee_sakura 27-3-2019 09:13 AM
hebat ko dik, moga kekal berhijab
Quote duri_durians 28-3-2019 10:10 AM
setiap wanita muslim patut ada pandangan dan kekuatan seperti ini

idaklah suruh join parkour jugak. tapi dalam segala dan apa2 hal yg kita lakukan. jgn pernah gunakan tudung sbgai alasan utk tidak melakukan sesuatu.

Pandangan Sara tentang hijab, “Hijab adalah keyakinan, identiti saya dan amat bangga mengenakannya. Saya mahu memberitahu kepada dunia, kain yang menutupi rambut saya bukan penghalang untuk saya meneroka bidang yang amat saya cintai ini.”
Quote paz 28-3-2019 11:06 AM
Wow kuat dia.
Quote anastasia7 5-4-2019 01:50 PM
Dahsyat. Anak i pun suka melompat. Mungkin boleh cuba parkour ni. Haha.

Bdw, first time came across parkour ni masa bava novel arwah Melur Jelita, ILUS. Scene hero and pesaing lawan parkour kat tempat awam sampai nyaris heroin kena langgar.
Quote biozipstar 10-5-2019 10:49 AM
dahsyat bebeh... moga istiqamah bertudung ya

Lihat semua komen(7)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-8-2022 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.118160 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top