CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Gara-Gara Komen Di Instagram Tok Ti, Daler Yusuf Dikecam Peminat K-Pop..

13-3-2019 02:15 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 18566| Komen: 114|Original author: Oleh: MieJo

Description: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya merupakan antara pepatah Melayu yang sesuai untuk menggambarkan suasana yang dihadapi oleh pelakon dan juga model, Daler yusuf Khamrokulov B ...
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya merupakan antara pepatah Melayu yang sesuai untuk menggambarkan suasana yang dihadapi oleh pelakon dan juga model, Daler yusuf Khamrokulov Bin Muhammad atau lebih dikenali sebagai Daler Yusuf.



Gara-gara membandingkan kecantikan Dato Siti Nurhaliza (Tok Ti) dan pelakon popular Korea Lee Sung Kyung, Daler Yusuf telah dihentam dengan teruk oleh para peminat artis Korea, K-Drama.

Daler telah menimbulkan kemarahan ramai apabila dia mengatakan mengatakan kecantikan artis Korea tersebut adalah disebabkan pembedahan plastik pada ruangan komen salah satu foto yang dimuat naik oleh Tok Ti sempena majlis K-Wave & Halal Show in Malaysia yang bertempat di Kompleks membeli belah 1 Utama, Petaling Jaya.

Kredit foto : Ig Tok Ti

"Akak (Tok Ti) lebih cantik. Dia (Lee Sung Kyung) pula penuh dengan pembedahan plastik dan akak tetap nampak lebih cantik," tulis Daler.

Kredit foto : Ig Makcik Puaka

Ramai yang tidak berpuas hati dan mempersoalkan kenyataan Daler tersebut.

Merendahkan orang lain tak menjadikan kita lebih baik..
Kredit foto : Ig Tok Ti

Tak tanya pun siapa lebih cantik..

Kredit foto : Ig Tok Ti

Pelakon Korea berlakon jauh lebih baik dari Daler..

Kredit foto : Ig Tok Ti

Menerusi tinjauan kami, Daler telah memadam komen tersebut dan telah memohon maaf atas keterlanjuran kata, namun ramai yang seperti enggan menerima permohonan maaf tersebut.

Maaf takkan merubah pandangan negatif terhadap Daler..

Kredit foto : Ig Tok Ti

Apa pun rasanya Daler tak berniat pun hendak menghina atau merendahkan Lee Sung Kyung. Mungkin lain kali Daler perlu lebih berhati-hati dalam berkata-kata kerana tersilap sedikit buruk padahnya. -CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 13-3-2019 12:50 PM
Heols ni rajin gak komen kat ig retis2 malaysia..
Quote September14 13-3-2019 12:54 PM
Kaum diorg ni mmg bkn genetic cntik... so biasala klu artis msia lg lawa dr diorg
Quote damian_lee 13-3-2019 12:57 PM
The rule is simple:

Kalau nak naikkan seorang or puji seseorang
Janganlah menjatuhkan yang lain
Quote lee_sakura 13-3-2019 01:13 PM
damian_lee replied at 13-3-2019 12:57 PM
The rule is simple:

Kalau nak naikkan seorang or puji seseorang

ye btol tu...aku sokong ckp hang
Quote anis01 13-3-2019 01:16 PM
Daler ni peminat setia tokti. Harap2 tokti ada peluang bekerjasama dengan dia
Quote azimodin 13-3-2019 01:23 PM
Plastik2 & kayu2 Lee Sungkyung sheouls model Laneige & Adidas. Meanwhile daler kayu endorse ape??? ni pon nasib baik la ko kutuk LSK, kalau berani kutuk la Jun Jihyun. Mau  lunyai ko dikerjakan acik bawang korea
Quote BoongaKertas 13-3-2019 01:24 PM
damian_lee replied at 13-3-2019 04:57 AM
The rule is simple:

Kalau nak naikkan seorang or puji seseorang

#wellsaid


iols terkejut baca komen heols mcm tu. dia sedar ke dia tu retis? aduh!
Quote BoongaKertas 13-3-2019 01:26 PM
azimodin replied at 13-3-2019 05:23 AM
Plastik2 & kayu2 Lee Sungkyung sheouls model Laneige & Adidas. Meanwhile daler kayu endorse ape??? n ...

sheols heroin dgn hero yg iols suka dlm legend of the blue sea tu kan chuols?? sheols cute weh! haip, awas eh daler!
Quote azimodin 13-3-2019 01:28 PM
BoongaKertas replied at 13-3-2019 01:26 PM
sheols heroin dgn hero yg iols suka dlm legend of the blue sea tu kan chuols?? sheols cute weh! ha ...

Haah, tu la iouls cakap.. daler attack anak ikan je. kalau berani gi kutuk legendary 3 - Jun Jihyun, Songhyekyo & Kim Taehee + Bae Suzy. Bae Suzy tu kalau tengok cambar fans ambik pon letop habis
Quote sokmogitu 13-3-2019 01:30 PM
anis01 replied at 13-3-2019 01:16 PM
Daler ni peminat setia tokti. Harap2 tokti ada peluang bekerjasama dengan dia

Bekerjasama dalam bentuk apa? Nyanyian ke? Kalau setakat model video klip baik takyah. Aku tgk si daler ni saja nak ampu dan himpit tokti.... bff rizman kan dia ni
Quote kibodwatriuh 13-3-2019 01:31 PM
pi mamposlah daler yusuf, perangai tipikal lelaki melayu miang penonggang agama jah
Quote takayama 13-3-2019 01:32 PM
aigooo Daler ni suka suki aje ngutuks cam tu
meols bkn ler peminat fanatik si lee sung kyung ni tp dia berlakon best apa
suka tgk dia dlm citer weightlifting as bok joo
dan as model muka dia ada jer kt mana2
si daler ni ada ke
Quote BoongaKertas 13-3-2019 01:32 PM
kibodwatriuh replied at 13-3-2019 05:31 AM
pi mamposlah daler yusuf, perangai tipikal lelaki melayu miang penonggang agama jah

dia bukan melayu kan chuols?
Quote BoongaKertas 13-3-2019 01:34 PM
azimodin replied at 13-3-2019 05:28 AM
Haah, tu la iouls cakap.. daler attack anak ikan je. kalau berani gi kutuk legendary 3 - Jun Jihyu ...

heols terpengaruh dgn berita2 yg semua artis korea buat surgery kot. even sbnrnye ada jer yg originality maintained kan?
Quote gerbera.memopad 13-3-2019 01:34 PM
Sebagai manusia yg berbudi bahasa jangan la sebab nak upkan somebody, pergi mengata org lain pula.

And kalau nak hidup aman di media sosial, jgnlah cari pasal dgn mana2 fandom especially retis Korea. As simple as that.
Quote kibodwatriuh 13-3-2019 01:37 PM
BoongaKertas replied at 13-3-2019 01:32 PM
dia bukan melayu kan chuols?

Maksud aku dia ni perangai sama dengan lelaki-lelaki Melayu rajin cirit comment dakwah sentap padahal perangai hamjad jah.

Aku tahu dia asal goheadhostan, kan?
Quote azimodin 13-3-2019 01:37 PM
BoongaKertas replied at 13-3-2019 01:34 PM
heols terpengaruh dgn berita2 yg semua artis korea buat surgery kot. even sbnrnye ada jer yg origi ...

Ada je yang dari kecik mmg lawa. cam child actress dorang kim yoojung, dari berlakon moon embraces the sun sampai dah jadi main lead dewasa pon cantik lahai. Daler bajet hensem tapi career ntah ke mana. even dorang buat PS pon, xde la mintak duit dia. koser
Quote BoongaKertas 13-3-2019 01:43 PM
azimodin replied at 13-3-2019 05:37 AM
Ada je yang dari kecik mmg lawa. cam child actress dorang kim yoojung, dari berlakon moon embraces ...

weh! hero citer tu pun iols crush kejap! hahaha. iols not a fan kpop tp selalunya iols mmg setia dgn pakcik hero winter sonata tu jer. cuma kat Kim Soo Hyun tu iols cair kejap. hahaha!
Quote sarah_ary2 13-3-2019 01:45 PM
Masalahnya ai tgk lee sung kyung ni cantik chuols mana x cantiknya die ni?? Nampak sweet and natural make upnya dua dua pun cantik

Lihat semua komen(114)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.061224 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top