CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tolong Ayah, Jangan Buat Begitu Kepada Saya," Rayu Anak Kecil Sebelum Dibunuh Bapa

12-3-2019 11:39 AM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 14722| Komen: 53|Original author: Oleh: Pink Lily

Christopher Watts (kiri) yang didapati bersalah membunuh isterinya Shanann  dan anak mereka, Bella dan Celeste (kanan). Kredit foto: Huffington Post
Seorang lelaki di Colorado, AS telah didapati bersalah membunuh isterinya yang hamil dan dua anak kecil mereka pada bulan November. Chris Watts, 33,  mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan mendedahkan maklumat baru kepada para penyiasat berkenaan pembunuhan itu pada bulan lepas. 

Menurut Watts, anaknya yang berusia 4 tahun, Bella telah memasuki bilik mereka setelah dia mencekik isterinya, Shanann sehingga mati. 

"Apa yang ayah sedang lakukan pada ibu?" Bella bertanya bapanya sementara Watts sedang membalut badan isterinya yang sudah tidak bernyawa menggunakan cadar. Dia menjawab, "Ibu sakit. Kita perlu bawanya ke hospital," sebelum memasukkan mayat Shanann ke dalam trak. 


Seterusnya Watts meletakkan Bella dan anak bongsunya, Celeste, 3, di kerusi belakang trak dan memandu ke arah tapak minyak tempatnya bekerja. Selepas mengeluarkan mayat Shanann daripada trak, Chris kemudian melemaskan Celeste menggunakan selimut, dengan disaksikan oleh Bella. 

"Adakah perkara yang sama akan berlaku kepada saya?", tanya Bella sekembalinya Watts selepas membuang mayat Celeste ke dalam tangki minyak.

"Tolong ayah, jangan buat begitu kepada saya juga," rayu Bella kepada bapanya sebelum dia turut dilemaskan menggunakan selimut yang sama. Bukti yang diperoleh para penyiasat mendapati Bella telah bergelut untuk menyelamatkan diri pada saat-saat terakhirnya. Watts seterusnya menanam mayat Shanann selepas membuang mayat Bella ke dalam tangki minyak yang lain. 

   
Shanann bersama anak-anaknya, Bella (kanan) dan Celeste (kiri). Kredit foto: People.com
Minggu lepas, Biro Penyiasatan Colorado mengumumkan Watts telah memberi 'maklumat tambahan' berkaitan pembunuhan itu apabila disoal siasat pada 18 Februari. Maklumat itu dijangka akan dikeluarkan pada minggu ini oleh CBI, FBI dan Jabatan Polis Frederick (Colorado). 

Chris Watts menerima tiga hukuman penjara seumur hidup tanpa parol pada bulan November 2018 selepas mengaku bersalah membunuh Bella, Celeste dan Shanann yang sedang hamil 15 minggu. Sebelum ini, dia telah membuat laporan kehilangan ke atas isteri dan anak-anaknya kepada pihak polis pada 13 Ogos. Watts ditangkap hanya selepas beberapa hari membuat rayuan memohon kepulangan keluarganya, pada temuramah di TV. 

Lokasi penemuan mayat Shanann, Bella dan Celeste. Kredit foto: Mirror.co
Sebelum pendedahan ini, afidavit penahanan yang dikeluarkan pada bulan Ogos lalu merekodkan Watts memberitahu pihak polis yang dia 'telah naik hantu' dan mencekik Shanann selepas mendapati isterinya mencekik anak-anak mereka sehingga mati. Tetapi pihak pendakwaraya menjelaskan Watts telah membunuh kesemua ahli keluarganya untuk 'memulakan hidup baru' dengan rakan sekerja yang mengadakan hubungan sulit dengannya.

Melalui program TV, 'Dr Phil', peguam keluarga mangsa, Steven Lambert memberitahu Chris Watts membunuh Shanann selepas mereka bertengkar. 

"Dia mengaku mengadakan hubungan sulit, yang dia inginkan perceraian, yang mereka sudah selesai", kata Lambert. "Shanann mengatakan sesuatu yang memberi kesan seperti 'Awak takkan dapat berjumpa anak-anak lagi.' Perbualan tersebut menyebabkan Watts mencekik Shanann sehingga mati." 
Nichol Kessinger (kanan) merupakan rakan sekerja yang menjalinkan hubungan sulit dengan Watts. Kredit foto: Mirror.co
Penyiasat menjumpai mayat Shanann dalam kubur yang cetek di tapak pekerjaan bekas majikan Watts, manakala mayat anak-anaknya ditemui terbenam dalam tangki minyak berdekatan dalam keadaan reput. 

Peguam Daerah Weld County mengeluarkan kenyataan ketika perbicaraan Watts, "Sekiranya dia berasa gembira dan ingin memulakan kehidupan baru, usahakan perceraian. Awak tak sepatutnya menghapuskan keluarga dan membuang mereka seperti sampah."

Chris Watts dan keluarga di saat-saat bahagia mereka. Watts menggambarkan dirinya sebagai seorang bapa penyayang di media sosial. Kredit foto: Huffington Post
Bapa Shanann, Frank Rzucek yang nyata sedih atas kematian anak dan cucu-cucunya itu berkata, "Saya mempercayai awak untuk menjaga mereka, bukan membunuh mereka." Katanya lagi, "Awak adalah syaitan yang tiada perasaan. Awak akan hidup dengan kisah ini seumur hidup dan saya berharap awak akan melihatnya setiap kali menutup mata di waktu malam." - CARI 
5

Bagus
7

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 12-3-2019 11:50 AM
tergamak bunuh anak2 sendiri..
Quote haryatie 12-3-2019 11:53 AM
gilerrrr apa ni
kejam nya
Quote bawangkecik 12-3-2019 11:58 AM
luluh hati baca. tergamak bunuh anak sendiri. mana lah sifat kasih sayang kau wahai bapak...
Quote LostStar 12-3-2019 12:00 PM
sedehnya..ayat anak dia tu.. sah2 dia terkenang sbb tu dia mampu ungkap balik setiap peristiwa yang berlaku.... harap dia akan menyesal dan sesalan dia tu akan sentiasa terpfikir2 sampai dia jadi murung dan sampai jadi gile.. padan muke..
Quote Elle_mujigae 12-3-2019 12:19 PM
Tgk gambar mcm bapa penyayang je...memang tak boleh percaya kalau tgk gambar je kan..psiko rupanya...{:cryrun
Quote mejaputih 12-3-2019 12:25 PM
ada bini cantik anak2 comel pun ada skandal..pastu bunuh bini & anak2 comel...so cruel...
Quote haruslah 12-3-2019 12:30 PM
siannya anak2 dia
Quote Malaysia.Doom 12-3-2019 12:39 PM
So dia bunuh anak2 dia dekat tangki tu la kann...bukan dalam bilik seperti yang ramai speku.
Quote Malaysia.Doom 12-3-2019 12:42 PM
Laki dia ni Ego tinggi...isterinya cerewet.
Quote kaoru44 12-3-2019 12:43 PM
Xrasa sayu ke dgr anak tnya mcm tu..
Nmpk mcm happy family je gmbr..
Quote xy_daen 12-3-2019 12:44 PM
Speechless...
Quote BerbiriOren 12-3-2019 01:33 PM
da tengok video dkt youtube dia report polis bini dgn anak2 dia hilang.. cuak gile muke dia
Quote honeybee1802 12-3-2019 01:38 PM
Bini dia tgh pregnant waktu kena bunuh tu kan?
Quote lasagnaklcc 12-3-2019 01:38 PM
Kemain ramai pompuan gatai hantar postcard kat mamat ni dlm penjara. Mentang2 hensem.
Quote Simunggu 12-3-2019 01:44 PM
mengalahkan binatang...
Quote dua_chzy 12-3-2019 01:54 PM
lasagnaklcc replied at 12-3-2019 01:38 PM
Kemain ramai pompuan gatai hantar postcard kat mamat ni dlm penjara. Mentang2 hensem.

Kokesen memang gila babi. Pembunuh, bila hada rupa jah, terus jadik kegilaan kokesen psiko macam Ted Bundy.
Quote abangadek 12-3-2019 02:04 PM
Allah, sedihnya baca
Quote AwanCikDania 12-3-2019 02:16 PM
Kejam giler. Apa punya perangai lah. {:cryrun
Quote netto_ 12-3-2019 02:29 PM
Kemain kau nk mulakan hidup baru yg lame2 ni sume ko kasi bunuh eh. Cerai je lahh apelah smpai berbunuh bagai. Famili sendiri pulak tu. Cinta maut ni smpai pale otak pon sewel cari solution mcm ni

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.047079 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top