CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Perkara Yang Berlaku, Sekiranya Bumi Adalah Rata Seperti Yang Didakwa Suhaimi Saad

21-2-2019 11:55 AM| Diterbitkan: Danneia| Dilihat: 3671| Komen: 3|Original author: Oleh: DEE

                                                           

Foto: Live Science
Di sini akan dikongsikan apa yang berlaku sekiranya bumi benar-benar bersifat rata. Sekiranya rata, adakah kita mampu menjalani kehidupan seperti sekarang? Mari kita teliti.

1)Bumi akan terbakar

                                                   Related image
Sekiranya bumi rata,pencahayaan terus daripada matahari dapat menghanguskan bumi kerana saiz matahari yang lebih besar daripada bumi. Melainkan saiz matahari adalah lebih kecil.



Ini juga boleh terjadi kerana bumi yang tidak terlindung daripada radiasi kerana geomagnetik terhasil daripada dalam lapisan bumi bahagian dalam pusat sfera bumi. Atau dipanggil sebagai 'core of earth'.


2)Anda tidak akan dapat pergi ke hujung dunia

                                                                                     Image result for gravity on flat earth

Ini adalah disebabkan oleh sifat pusat graviti yang sentiasa berada di tengah objek.Sekiranya bumi ini rata,semua akan tertarik ke tengah permukaan bumi. Semakin jauh anda pergi daripada pusat graviti, badan anda akan tertarik ke belakang kerana pusat graviti yang berada di tengah permukaan. Berbanding jika bumi itu bulat,dan pusat graviti berada di dalam sfera,tengah. Anda boleh berjalan ke mana sahaja tanpa tertarik kerana pusat graviti yang berada dalam bumi dan semua boleh berjalan atas tanah dan tidak terapung juga tidak terkebelakang.

3)Anda dapat melihat bangunan yang jauh  daripada mana-mana tempat anda

Bumi yang rata membolehkan anda melihat semua yang ada di bumi dengan hanya menggunakan alat pembesar daripada tempat anda kerana semuanya akan menjadi sekeliling anda. Sebaliknya jika bumi itu bulat, terdapat bahagian yang terletak di sebalik tempat anda dan tidak dapat terlihat daripada tempat tertentu.

4)Tiada siang dan malam, 4 musim dan gerhana

Asasnya pergerakan matahari adalah mengelilingi bumi.Sekiranya matahari mengelilingi bumi yang rata, hanya sebahagian yang mengalami siang dan malam.Di tengah tengah permukaan bumi tidak ada siang dan malam.Zon masa juga tidak wujud. Ini adalah kerana matahari bergerak secara  mengeliling yang tidak berpatah balik. 


5) Panjang bayang-bayang akan menjadi sama di semua tempat

                                          Image result for shadows
Walaupun ketinggian anda dan rakan anda berbeza, bayang-bayang anda dan rakan akan menjadi sama kerana sumber cahaya mempunyai jarak yang sama.Sudut tunduk yang sama. Sehingga kini, adakah saiz bayang-bayang anda sama dengan semua orang? 

Setelah beberapa perkara ini dihuraikan, adakah anda masih berfikir bahawa bumi itu berbentuk rata? Jika Quran menjadi rujukannya,perlu diketahui bahawa al-Quran itu terdapat banyak ayat dan perlu diambil secra keseluruhan.Dan sesungguhnya bahasa al-Quran itu adalah bahasa yang tinggi dan tidak boleh ditafsir secara terus.Maka,perlulah berguru untuk memahami isi al-Quran tersebut.

Mungkin di dalam al-Quran saudara SS hanya mengambil sebahagian ayat.dalam surah Az-Zaariyat ayat 48, "Dan bumi telah Kami hamparkan,Maka(Kami) sebaik-baik menghamparkan." Ini adalah petikan ayatnya.Tetapi perlu difikirkan bahawa menghamparkan tidak semestinya rata.Menghamparkan atas bulatan juga menghamparkan.Ini adalah salah faham.

Kepada semua, termasuk penulis sendiri, belajarlah daripada pelbagai sumber.Berguru dengan orang yang betul. Elakkan bercakap tentang sesuatu yang kita sendiri tidak pasti. Sila kongsikan untuk pengetahuan bersama. Semoga bermanfaat! -CARI
4

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
6

Sedih
7

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Danneia 21-2-2019 11:13 PM
Asdan replied at 21-2-2019 05:08 PM
jika hampar bukan rata, adakah hampar itu tak rata atau melengkung ?

Hampar tu macam bentang.. Tak semestinya bentang di atas permukaan yang flat.. Boleh jadi melengkung.. Tetapi. Kita tak daoat rasa melengkung tu sebab kawasan permukaan bumi yang besar..
Quote MariaClara 22-2-2019 08:09 AM
Danneia replied at 21-2-2019 11:13 PM
Hampar tu macam bentang.. Tak semestinya bentang di atas permukaan yang flat.. Boleh jadi melengku ...

betul tu sy setuju...


Quote Juju89 6-3-2019 04:10 PM
erm tajuk ni bahaya .

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.035109 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top