CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Misteri Dilaila, Bakal Filem Pecah Panggung 2019

20-2-2019 10:46 AM| Diterbitkan: safriehalim| Dilihat: 27297| Komen: 172|Original author: Oleh: Safrie Halim

Description: Filem Misteri Dilaila merupakan filem terbaru arahan pengarah muda hebat Syafiq Yusof. Selepas berjaya mengarah 7 filem sebelum ini, Syafiq muncul dengan filem genre seram thriller terbaru yang menamp ...

Kredit Foto: Astraw Show

Sudah tentu ramai yang ternantikan tayangan filem yang dijangka pecah panggung 2019 ini. Setiap kali terdengar atau terlihat iklan trailer filem tersebut pasti membuatkan diri tertanya-tanya siapakah Dilaila? 

Filem Misteri Dilaila merupakan filem terbaru arahan pengarah muda hebat Syafiq Yusof. Selepas berjaya mengarah 7 filem sebelum ini, Syafiq muncul dengan filem genre seram thriller terbaru yang menampilkan ramai pelakon berbakat antaranya Zul Arifin, Rosyam Noor, Namron, Sasqia Dahuri dan Elizabeth Tan.

Jika dilihat review yang dibuat oleh beberapa youtubers berkenaan filem ini selepas tayangan perdananya minggu lepas, ternyata memberi gambaran yang positif, sekaligus menambah keterujaan netizen untuk menontonnya.



Bagi Syafiq seperti yang dilaporkan Malaysiakini, bukan mudah untuknya menyiapkan filem tersebut kerana dia mengibaratkan pembuatan filem itu seperti menjawab ujian matematik. Menurutnya, perlu mengambil masa yang lama untuk menghasilkan keseluruhan skrip.

Manakala bagi pelakon utamanya, Sasqia Dahuri, seperti dilaporkan Harian Metro, amat gembira dengan peluang yang telah diberi kepadanya untuk menggalas watak utama.  Menurutnya, sudah lama mengidamkan watak aksi yang menarik dan penuh misteri.

Tambah Sasqia lagi, dalam filem tersebut, penonton boleh melihat karakter Dilaila yang dibawanya sangat berbeza dengan watak yang selalu dilakonkan sebelum ini. Katanya, karakter Dilaila bermain dengan perwatakan psiko, hipokrit dan berpura-pura yang diadunkan semuanya menjadi satu.

Kredit Foto : IG fiq000s

Jika dilihat pada sinopsis filem ini memang menarik. Ia mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) yang bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser. 

Ketika menginap di banglo tersebut, Jefri telah diganggu dengan kejadian aneh. Tiba-tiba isterinya menghilang diri. Hasil bantuan Imam Aziz (Namron), isterinya berjaya ditemukan semula namun Jefri terkejut apabila wanita yang muncul itu bukan isterinya. 

Sangat misteri bukan?

Filem hebat ini akan ditayangkan di 131 pawagam seluruh Malaysia bermula 21hb Februari ini. Ia juga akan ditayangkan di lebih 100 pawagam di Jakarta serta seluruh Indonesia.

Mampukah filem ini memecah kutipan filem Munafik 2? Misteri ini akan terjawab tidak lama lagi. - CARI
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote weezerfan 20-2-2019 11:14 AM
Buruk nya hero tu
Quote nanny_1 20-2-2019 11:17 AM

tengok trailer nampak menarik.
tapi tak sampai tahap aku nak p tengok kat wayang lagi la setakat ni.
Quote buragazz 20-2-2019 11:22 AM
Ntah la.. aku kategorikan Zul is not a crowd puller la.. tapi still nak tgk sebab Lizzie ngan Zaskiah tu cam kembau ekk
Quote umbut 20-2-2019 11:25 AM
Filem shafiq ni best2 juga..
Quote Duta lover 20-2-2019 11:48 AM
Sebenarnya buah tgn syafiq ni unik n tersendiri..tapi org slalu x tgk kat wayang cte dia.
Quote tomaz 20-2-2019 11:52 AM
Mohon ada subtitles melayu sekali yer
Quote cupu 20-2-2019 11:52 AM
Syafik tu sendiri xde wow factor.
Quote myakayina 20-2-2019 12:07 PM
50-50 nak tengok kat cinema..mengenangkan heronya tu..
Quote fifie_olin 20-2-2019 12:14 PM
aku tggu kuar astro je la ek
Quote azimodin 20-2-2019 12:18 PM
lizzy & sasqia nampak meyakinkan as kembar/pelanduk dua serupa creepy tapi putus selera terus la bila hero si zul kepam & Kemam. Azhan rani or fizz fairuz pon lagi bagus dari zul kemam
Quote anishmn 20-2-2019 12:25 PM


Dgn HERO nye yg acah2 classy jwb belagak ngn glembotnye tuh..ade org nk tgk ke? silap2 kene boikot dek hero yg kekwat namateyy.....yiihhh sgt...
Quote ninjago 20-2-2019 12:25 PM
cam menarik je.. kalau berdasarkan poster dia la  
Quote acikbajuhijau 20-2-2019 01:50 PM
acik harap jul tak kemut sangat dalam cerita ni. kalau review cakap lontaran dialog dia jelas, baru acik fikir nak nengok. kalau tak, haruslah tunggu astro siarkan je.
Quote RatuDunia94 20-2-2019 01:59 PM
Style filem syafiq yusuf suka bermain dgn plot twist.. mcm filem SAM dulu.. last2 ada plot twist. Villa Nabila pon sama. Katanya filem MD ni pon ada plot twistnya..
Quote Intanmahsuri 20-2-2019 02:02 PM
Aku maybe akan p tengok bukan sebab ZA, tapi sebab Syafiq. Sebab bagi aku, Syafiq selalu buat cerita yang berlainan.

Tapi ada dah org bagi spoiler. Katanya ending tergantung..
Quote sleepandream 20-2-2019 02:02 PM
dah tengok trailer... rupanya cerita genre horror... iols ingatkan more to thriller mystery...
so tak bernafsu nak tengok sebab plot twist dia apa2pun boleh kalau melibatkan hantu dan benda2 mistik

Quote Aunty_Acid 20-2-2019 02:10 PM
emmrmm kalau ada urang bg aku duit rm1,000 pun aku tak hingin nak tgk kalu dia berlakon
Quote biskut_milo 20-2-2019 02:24 PM
ZA ni,  Dia Kena gi speech therapy  la ..  Tahpape dia cakap, tak paham langsung
Quote Eva_yy_Ellin 20-2-2019 04:04 PM
Tengok trailer macam menarik.
Tapi betullah, dialog Zul Ariffin tak jelas.
Dah berbelah bahagi nak tengok ke tidak.

Lihat semua komen(172)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.067539 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top