CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Gulai Daging Binjau: Hidangan Rare Yang Tak Ramai Tahu

15-2-2019 04:30 PM| Diterbitkan: eimila| Dilihat: 7806| Komen: 15|Original author: Oleh: Eimila

Description: Gulai daging bukan hidangan yang asing lagi, tapi gulai daging binjau? Ramai yang tidak mengenali ataupun pernah mendengar tentang buah binjau/belinjau/belinjo/melinjo, tetapi mungk ...



Gulai daging bukan hidangan yang asing lagi, tapi gulai daging binjau? Ramai yang tidak mengenali ataupun pernah mendengar tentang buah binjau/belinjau/belinjo/melinjo, tetapi mungkin anda lebih mengenalinya dalam bentuk kerepek kering yang rasanya agak pahit.

Kerepek binjau ini ada dijual di pasar dan kebanyakannya diimport dari Indonesia. Agak sukar untuk menemuinya ditanam di Malaysia apatah lagi pokoknya menjulang tinggi hinggakan sukar untuk mendapatkannya.


Keropok binjau yang belum digoreng (Sumber: kulinermedia.blogspot.com)


Untuk memasak gulai daging binjau ini, anda boleh menggunakan mana-mana resipi gulai daging (sama ada yang menggunakan santan atau tanpa santan) dan hanya menambahkan sahaja buah binjau setelah daging empuk. Tapi ingat, sebelum anda mula memasak, ketahui dulu cara untuk menyediakan buah binjau agar dapat dimasak dengan sempurna. 

Buah binjau yang digunakan untuk memasak gulai daging ini adalah buah yang berwarna hijau, iaitu buah yang muda. Buah binjau yang sudah masak berwarna merah dan buah inilah yang dijadikan kerepek binjau.


Buah binjau yang sudah masak (merah) dijadikan kerepek manakala buah yang muda (hijau) dimasak dalam gulai daging (Sumber: hmetro.com.my)

Mula-mula, buah binjau dibelah dua dan kemudian direndam dalam air. Lapisan putih yang keras yang melekat antara biji dan kulit hendaklah dibuang. Proses ini memakan masa yang agak lama, namun selepas itu anda hanya perlu memasukkan buah binjau yang sudah dibersihkan bersama bahan lain dalam periuk setelah daging empuk.

Mungkin ada yang tertanya-tanya tentang rasa buah binjau setelah dimasak. Adakah sedikit pahit seperti kerepek binjau? Jangan risau, rasanya seperti memakan kekacang. Kulitnya yang nampak keras pun sebenarnya lembut dan enak dimakan setelah dimasak bersama gulai daging. 

Tapi, persoalannya ialah di mana nak cari hidangan gulai daging binjau ini? Memang hidangan rare betul! - CARI 
8

Bagus
9

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
9

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote None68 15-2-2019 04:44 PM
X pernah jumpa dan x kenal pun buah ni..klu ada boleh gek try masak rendang..
Quote noraidil_06 15-2-2019 04:44 PM
Sedapnya kepek belinjau.
Quote MissVixen 16-2-2019 03:17 AM
Masak dengan daging tak pahit ke?
Kalau keropok dia pun pahit2 siket
Quote lum_lum 18-2-2019 01:52 PM
Pernah makan...dulu mak rajin masak..rasa buah belinjau tue lemak2...cuma renyah bila nak bersiang jer...memang sedap...
Quote leogirl8902 18-2-2019 02:06 PM
nampak sedap ja
Quote hanisnabila 24-2-2019 04:24 PM
Sedap, mmg rare tp menyelerakan.
Quote eimila 24-2-2019 05:27 PM
hanisnabila replied at 24-2-2019 04:24 PM
Sedap, mmg rare tp menyelerakan.

Yang rare tu la buat kita makin teringat-ingat ye tak?
Quote eileen80 25-2-2019 09:09 AM
suka kepek binjau nie..
tp lps mkn, jgn la minus air manis.
pahit kelat trs rs tekak.
Quote eimila 25-2-2019 11:42 AM
eileen80 replied at 25-2-2019 09:09 AM
suka kepek binjau nie..
tp lps mkn, jgn la minus air manis.
pahit kelat trs rs tekak.

hah? yeke..lama tak makan kerepek binjau ni sebab rasa pahit2 tu
Quote eileen80 25-2-2019 05:10 PM
eimila replied at 25-2-2019 11:42 AM
hah? yeke..lama tak makan kerepek binjau ni sebab rasa pahit2 tu

yer.. tp selagi xminum air manis..
ok je rs kepek nie.
Quote ctsueraya 28-2-2019 10:15 AM

kan??? ramai org tak suka kepek melinjo/binjai ni
iols plak suka sgt2, kalau start kunyah takleh benti
pastu, inilah satu2nye keropok yang sedap dimakan tanpa sos
kalau spesies kopok yang lain iols suka cicah sos hahahahaaa
Quote noraidil_06 28-2-2019 10:16 AM
ctsueraya replied at 28-2-2019 10:15 AM
kan??? ramai org tak suka kepek melinjo/binjai ni
iols plak suka sgt2, kalau start kunyah takleh  ...

Dia punye pahit2 payau tu, grrrrr. Kecur.
Nak carilah
Quote AppleJack 22-3-2019 03:00 AM
kerepek melinjao makan dgn kopi o panas... memang kow
Quote ninu 22-3-2019 03:21 PM
sedapnye...kecur air liur ni...
Quote Thealisyayusuf 3-2-2023 11:56 PM
Tq for the recipeee

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.067423 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top