CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pusat Rawatan Kulit Ternama Tipu 'Customer' Guna Selebriti Dan Insta Famous

8-2-2019 10:19 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 44223| Komen: 44|Original author: Oleh: Azza

Description: Biasanya kita hanya mendengar produk kecantikan yang menimbulkan masalah terhadap pengguna seperti kulit menggerutu dan sebagainya. Namun kali ini, agak berbeza kerana ia membabitkan pusat kecantikan ...




Biasanya kita hanya mendengar produk kecantikan yang menimbulkan masalah terhadap pengguna seperti kulit menggerutu dan sebagainya. Namun kali ini, agak berbeza kerana ia membabitkan pusat kecantikan kulit ternama yang berselindung di sebalik gelaran 'doktor' dan juga review hebat daripada Selebriti dan 'Insta Famous'.

Malahan spa tersebut dipercayai ramai kerana mempunyai cawangan di seluruh Malaysia membuatkan ramai wanita terpedaya membuat rawatan di sana tetapi hasilnya sangat menyedihkan. Mereka yang terkena masalah kulit ini pula terpaksa membayar berkali ganda di klinik bertauliah untuk membaiki kembali kulit tersebut.

Kredit foto: Twitter


Menurut Elle, cerita tersebut diperoleh daripada IG Story kakak mangsa yang menceritakan muka adiknya cuma mempunyai parut jerawat sahaja. Tetapi setelah mendapat rawatan di spa tersebut, muka adiknya mengalami penggelupasan teruk. Lebih menyedihkan apabila pihak spa tidak mahu bertanggungjawab atas kerosakan tersebut.

Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Twitter

Ramai yang terpedaya membuat rawatan kulit di situ kerana percaya dengan strategi pemasaran mereka iaitu mencantikkan lagi selebriti dan 'insta famous' tetapi hasilnya sangat mengecewakan. Ini kerana teknik yang digunakan agak merepek seperti kulit berasa terbakar, pedih muka, jerawat makin naik dan lain-lain. Apabila ditanyakan kenapa rawatan tersebut menyakitkan, petugas tersebut menjawab ia adalah perkara biasa untuk jadi cantik.

Ada juga netizen menyatakan tahap asid yang digunakan oleh spa itu tersangat tinggi menyebabkan ada pengguna yang tidak tahan lalu melecur kulitnya.



Kredit foto: Twitter
Disebabkan pendedahan tersebut, ramai yang terkena dengan pusat kecantikan ini turut berkongsi cerita. Kebanyakkanya tertarik apabila ditawarkan dengan harga murah, misalnya 10 sesi rawatan dengan harga RM1,000. Itu tidak termasuk pil yang perlu dibayar berasingan dan pil itu juga membuatkan kitaran haid pengadu tersebut tidak teratur. Ada pula yang menceritakan setelah lima kali rawatan dirawat oleh doktor, rawatan seterusnya diteruskan oleh 'beautician' yang sangat teruk hasil kerjayanya seolah-olah tidak mendapat latihan mengenai penjagaan muka.


Kredit foto: Twitter
Nampaknya ramai yang memberi review negatif terhadap spa ini namun tidak berani menceritakan secara terbuka kepada umum kerana mendapat permintaan supaya tidak memburukkan pusat spa tersebut.


Alahai, kesian pula mereka yang terkena ini. Maklumlah niat mahu jadi cantik bertukar kepada mimpi ngeri apabila terpaksa membelanjakan lebih banyak untuk membaiki kerosakan yang dibuat oleh spa yang merepek ini. - CARI 
10

Bagus
2

Marah
7

Terkejut
12

Sedih
9

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 8-2-2019 10:28 AM
Aku baru elok dari pengelupasan kulit. Lepas guna eleksir safi rania gold, kulit merah merah, melecur, kering, menggelupas.
Quote PulutSambal 8-2-2019 10:30 AM
Nama spanya pleaseeeeee
Quote zu_nia 8-2-2019 10:33 AM
PulutSambal: Nama spanya pleaseeeeee

Hannan medispa kot tengok dia macam x censored abis ada huruf H depan tue.
Quote weezerfan 8-2-2019 10:37 AM
Depa ni nk pegi rawatan laser and so on.. Skin care kena mantap dulu. Buatlah study betul2.. Bukan boleh main taram je semua jenis facial yg depa sajes..
Quote manehnya 8-2-2019 10:39 AM
Aduh la derita nya
Quote prettyuglybabe 8-2-2019 10:43 AM
hanatpunyaspa..
cetaphil pun mahal ye.. for oily skin la..
kalau normal skin tu tak la mahal sangat..
Quote prettyuglybabe 8-2-2019 10:47 AM
anyway.. dorang tak pernah dengar tribunal court ke?
dah kulit rosak, pi la saman kat tribunal..
takat buat entry bising-bising kat socmed kejadah..
bila orang tu ugut nak saman ko delete..
tak ke bodoh..
padahal ko yang patut saman dia..
cuba amik tau sikit hak ko sebagai pengguna..
Quote kaseh80 8-2-2019 10:48 AM
DEDAHKAN nama KLINIK NI SEBELUM  ORG LAIN JADI MANGSA
Quote paz 8-2-2019 11:05 AM
Dah kena pergi klinik kulit. Takpe lah at least terjamin sikit.
Quote mieymiey 8-2-2019 11:16 AM
Hannan Medispa. I terbaca kat twitter or ig i tak ingat pasal cetaphil tu. Hannan tu reply, katanya memang guna cetaphil sebab sesuai dengan semua jenis kulit pelanggan. Yang hanat orang bayar ribu riban untuk cetaphil, lagi bagus beli kat Watson
Quote shernazz 8-2-2019 11:21 AM
Baik kau oegi dr ko je..
Iols baru berkira kira nak pegi dr ko ni
Quote LostStar 8-2-2019 11:22 AM
ish kenapa dorg tak bgtaw nama spa.. tkot adek2 ku jadi mangsaaaa..
Quote supermum 8-2-2019 11:32 AM
Bukan owner dia memang doktor ke? Ke just GP n bukan dermatologist?
Quote sapeka 8-2-2019 11:40 AM
hanat medispa la ni
tengok keyword H yang tak abis di censored kan tu
Quote Nurul8001 8-2-2019 11:49 AM
Edited by Nurul8001 at 8-2-2019 11:53 AM
Kurex replied at 8-2-2019 10:28 AM
Aku baru elok dari pengelupasan kulit. Lepas guna eleksir safi rania gold, kulit merah merah, melecu ...


Eliksir tu buat muka awak menggelupas ke? Lama tak awak pakai?

Sy baru pakai produk tu. Setakat ni, sy puas hati.
Nampak pudar parut dan muka sy pun takde rasa tak best. Contoh tak best, masa pakai mary kay rasa kulit mcm gatal dr dlm dan masa pakai cosmoderm rasa tegang.

Sebelum ni pakai rosa T. Yg ni pun best. Saje cuba safi rania sbb murah sikit. Sepupu kerja guardian yg suggest

Quote Nurul8001 8-2-2019 11:51 AM
mieymiey replied at 8-2-2019 11:16 AM
Hannan Medispa. I terbaca kat twitter or ig i tak ingat pasal cetaphil tu. Hannan tu reply, katanya  ...

La, patutlah owner kemain kaya. Pakai kereta sport. Jual produk marhaein tapi tibai harga yahudi rupanya.
Quote tim87 8-2-2019 12:11 PM
nasib tak pernah pergi hannan ni, baik la pergi clarins spa je daripada pergi hannan spa klu nk buat facial saje2
Quote Kurex 8-2-2019 12:26 PM
Nurul8001 replied at 8-2-2019 11:49 AM
Eliksir tu buat muka awak menggelupas ke? Lama tak awak pakai?

Sy baru pakai produk tu. Setak ...

Ikut orang. Tak semua kulit sama
Quote PulutSambal 8-2-2019 12:37 PM
zu_nia replied at 8-2-2019 10:33 AM
Hannan medispa kot tengok dia macam x censored abis ada huruf H depan tue.

Depa2 ni pegi spa tak tgk review dulu ke? Main terjah je..

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.051089 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top