CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Comelnya, Giliran Jihan Muse Pula Bertudung

14-2-2019 10:40 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 3593| Komen: 15|Original author: Oleh: Nia M

Description: Di saat satu negara kecoh dengan fenomena tudung 'terbang' di kalangan artis, ada artis yang sudah mula berhijrah. Antaranya ialah Nur Jihan binti Muse atau lebih dikenali sebagai Jihan Muse.Jihan ial ...
Di saat satu negara kecoh dengan fenomena tudung 'terbang' di kalangan artis, ada artis yang sudah mula berhijrah. Antaranya ialah Nur Jihan binti Muse atau lebih dikenali sebagai Jihan Muse.

Jihan ialah seorang pelawak wanita, hos dan juga pelakon yang kini merupakan antara yang paling panas dan paling popular. Sebelum menyertai program Raja Lawak, Jihan pernah menyertai teater pentas terlebih dahulu. 

Kredit foto: IG Jihan Muse


Menurut Jihan yang berusia 36 tahun itu, dia mula mengenakan skaf kepala ketika menyertai Misi Kemanusiaan di Palu, Indonesia. Ketika itu, foto berkenaan mendapat perhatian peminat dan ramai yang mendoakannya untuk mula bertudung. 

Jihan juga semakin berkobar-kobar untuk bertudung apabila #10yearschallenge mula trending di media sosial, yang membandingkan fotonya semasa 2009 dan 2019, membuatkan dia terdetik untuk mula berubah. 



Kredit foto: IG Jihan Muse

Selain itu, Jihan juga ada menonton kisah penghijrahan Mizz Nina dan tertarik untuk melakukan perubahan pada dirinya dan menjadi insan lebih baik. 

Menurut Jihan lagi, dia sudah lama ingin bertudung tetapi terlalu banyak halangan yang datang menyebabkan niatnya itu tertangguh. 

Bagaimanapun, Jihan mendedahkan dia tidak mengisytiharkan dirinya sudah menutup aurat sempurna kerana ia adalah suatu perkara subjektif. Jihan akui dia masih tidak mengikut cara berhijab dengan betul kerana hanya mengenakan skaf setakat ini.

Justeru, dia lebih selesa mengatakan bahawa dia sudah mula menutup kepala, dan bukan menutup aurat sepenuhnya lagi. 


Kredit foto: IG Jihan Muse

Ketika melancong ke Jepun baru-baru ini bersama keluarganya, Jihan juga dilihat memuat naik foto-fotonya mengenakan skaf kepala. 

Semoga dengan penghijrahan Jihan ini, dia akan lebih istiqamah dan akan terus berusaha untuk jadi yang terbaik. Mudah-mudahan orang sekeliling memberikan semangat buat Jihan dan tidak hanya tahu mengkritik sahaja. - CARI 




Kredit foto: IG Jihan Muse

7

Bagus
8

Marah
4

Terkejut
8

Sedih
7

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lee_sakura 14-2-2019 10:50 AM
moga ditambah baik cara pakai tudung tu
Quote sayang_mulut 14-2-2019 11:28 AM
acik2 kepam taman medan kampung dato' haron sngat rupe si Jihan ni eh
Quote chicozinn 14-2-2019 12:08 PM
laki dia keje pe slain sendu berlakon?

#sistanyajurr
Quote EvieWanKenobi 14-2-2019 12:48 PM
Alhamdulillah.. segala yang terbaik untuk Jihan..
Quote LolaRosa 14-2-2019 01:04 PM
Ok la. Style dia yg tersendiri.
Quote buragazz 14-2-2019 02:06 PM
chicozinn replied at 14-2-2019 12:08 PM
laki dia keje pe slain sendu berlakon?

#sistanyajurr

Hanat nyer komen ko nyah.. Selain sendu Berlakon...
Quote Orkidgold 14-2-2019 02:11 PM
Alhamdulillah...
Quote pngky 14-2-2019 02:16 PM
saya minat ngan Jihan
Quote cmf_DetConan 14-2-2019 02:20 PM
gamba atas skli tu sebiji mcm makcik2 niaga kt gerai gorpis tepi2 jln
Quote mofisa 14-2-2019 02:33 PM
Dulu kecam dia sbb poyo acah2 Diva. Skang dah nampak insaf sket.
Quote kucingitam 14-2-2019 03:58 PM
semoga terus menutup aurat dgn sempurna ye jihan..
Quote msrosse 14-2-2019 04:17 PM
sayang_mulut replied at 14-2-2019 11:28 AM
acik2 kepam taman medan kampung dato' haron sngat rupe si Jihan ni eh

Tambah lg 1 kg lindungan! Tp pic yg last tu adalah skit rupa acik bandar sunway ...
Quote Sham143 15-2-2019 10:31 AM
Alhamdulillah.. Bagus la dh pakai tudung..tapi yg paling penting hati kena baik dan bersih..Jgn macam sesetengah pompuan, harap pakai tudung aje..kalau mengata keburukan orang langsung tk ingat dosa..hati busuk mcm bangkai..
Quote selendangungu 15-2-2019 11:04 AM
Alhamdulillah..doakan yang baik2 saje untuk jihan muse..
semoga istiqomah..

lawa jihan bertudung
Quote bazarayamy 16-4-2019 03:12 PM
alhamdulillah... doa supaya istiqamah... kuat iman untuk menutup aurat lebih sempurna... doa untuk diri sendir juga...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.060284 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top