CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kanak-kanak Dibuli Hanya Kerana Nama Seperti Donald Trump

6-2-2019 09:58 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 2573| Komen: 12|Original author: Oleh: Nia M

Di Amerika Syarikat (AS), masalah buli di peringkat sekolah semakin menjadi-jadi. Ia bagaikan budaya yang sudah sebati dengan masyarakat di sana. Sesiapa yang dibuli, akan dipulau bukan sahaja oleh segelintir tetapi hampir kesemua pelajar.

Joshua Trump, kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dibuli teruk selama berbulan-bulan di sekolahnya hanya kerana dia mempunyai nama keluarga yang sama dengan Presiden AS, Donald Trump.


Kredit foto: AFP Photo

Akibatnya, Joshua terpaksa menangguhkan persekolahannya dan hanya belajar di rumah. Joshua memberitahu ibunya, dia sudah hilang harapan untuk hidup.

Namun, selepas setahun belajar di rumah, ibu bapanya kembali menghantar Joshua ke sekolah dengan harapan masalah buli itu tidak akan berulang kembali, tetapi jangkaan mereka meleset.


Joshua sering diejek rakan-rakannya yang sering bertanya jika Joshua mempunyai pertalian darah dengan Donald Trump.


Kredit foto: Google

Mereka sudah cuba mencari bas sekolah yang baru untuk Joshua ke sekolah bagi mengelakkan bertembung dengan pembuli, tetapi pemandu bas pula menanyakan nama Joshua pada trip pertama. 

Menurut ibunya, Joshua mengakui dia sangat bencikan diri serta namanya. Sepanjang masa, dia bersedih memikirkan nasib yang menimpanya. Ini amat merunsingkan mereka sebagai ibu bapa. 

Sementara itu, pihak sekolah Joshua mengarahkan guru kelasnya supaya tidak lagi menggunakan nama Trump sebagai nama keluarganya, sebaliknya menggunakan nama tengah ayahnya iaitu Berto. Lima pelajar yang membuli Joshua turut dikenakan tindakan disiplin. 

Kisah Joshua ini mendapat perhatian dari Melania Trump, Wanita Pertama AS. Justeru, Joshua dijemput olehnya untuk menyertai perhimpunan Kongres Tahunan Donald Trump. 

Kredit foto: Google

Joshua pernah dikurniakan pingat keberanian anti-buli kebangsaan akhir tahun lepas menyebabkan pihak White House dapat menghubungi Joshua dan menjemputnya ke majlis tersebut.

Apakah nasib Joshua selepas ini? Adakah kes buli ini masih akan berterusan? - CARI
15

Bagus
8

Marah
14

Terkejut
16

Sedih
8

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orgsepang 6-2-2019 10:17 AM
Hati tisu ke dek. Lelaki kot. Akak kecik2 pun selalu kena buli sebab nama, ada akak kesah?
Quote Catpaw 6-2-2019 10:24 AM
Alahai siannya budak ni kena buli kaw2 menurut berita ni.  Kena ambik tindakan undang2 baru gigil kepala lutut pembuli2 ni   bullying is not cool
Quote LautBiru52 6-2-2019 10:48 AM
Memang patut pun ambik tindakan tegas pada kaki buli ni.
Quote cikrosienona 6-2-2019 02:15 PM
orgsepang replied at 6-2-2019 10:17 AM
Hati tisu ke dek. Lelaki kot. Akak kecik2 pun selalu kena buli sebab nama, ada akak kesah?


U mmg x kisah tp ada org kisah.x boleh nk samakan org lain mcm u.

Lg satu dia masih kanak2...terganggu emosi dia, bullying x kisah lelaki atau perempuan..tua atau muda patut dihapuskan. Start them young.
Quote AmandaRollins 6-2-2019 03:05 PM
orgsepang replied at 6-2-2019 10:17 AM
Hati tisu ke dek. Lelaki kot. Akak kecik2 pun selalu kena buli sebab nama, ada akak kesah?

Da pernah kena buli kan?so mesti da taw perasaan budak tu cmne..lgpun dia dibuli bkn kes biasa2..melibatkan Trump..org tua tu kan ramai x suka dia kt US sana..so boleh rasa kesengsaraan budak tu cmne..jgn marah,sy just buat teguran lembut je..
Peace
Quote groundfloor 6-2-2019 03:15 PM
orgsepang replied at 6-2-2019 10:17 AM
Hati tisu ke dek. Lelaki kot. Akak kecik2 pun selalu kena buli sebab nama, ada akak kesah?

Orang melayu kita buli light2 je...kat sana mmg kena buli tahap extreme...jiwa orang xsama, ketahanan diri xsama...
Quote DeeHanania 6-2-2019 05:33 PM
ksian ko nak,
jgn stress ,
takut bole membunuh diri nnti,
omputeh kalo membuli tahap giler bole kemurungan
Quote star_karat 6-2-2019 11:43 PM
Lagi 3 tahun dah tak dengar nama trump dah. Dah ok lah.
Quote kaklong32 7-2-2019 09:57 AM
kecian ko dek

Quote Artemesiaa 7-2-2019 12:48 PM
Kesian jadi mangsa keadaan.  Mohon dia bersabar hingga pemilihan president seterusnya.
Quote chicozinn 8-2-2019 12:22 PM
alahai bertabah la dik oii..akak kekecik zaman skola rendah dulu slalu main nama bapak la nama sendiri la..cm member tu nama dia bukhari jalil kat skola panggil kari ayam la, bukit jalil la..kalu abah meollss dulu botak tengah, deyyoll panggil padang golf la tapi xde la sampai hilang rasa nak hidup tu..be brave hokeyy kalu deyyoll kutuk ko, ko kutuk la balik pe susah..akak sedari tadika da lempang classmate sebab dia curi pallet watercolour akak time subjek seni smpai kne panggil ngan guru besar tadika sebab lempang budak smpai demam..hehe
Quote Juju89 4-3-2019 03:50 PM
the effect of the name that most people angry.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.151645 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top