CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Haram Juara Lagu AJL33, Tahniah Semua Pemenang!

4-2-2019 09:34 AM| Diterbitkan: safriehalim| Dilihat: 232126| Komen: 4534|Original author: Oleh: Safrie Halim

Description: Hael Husaini berjaya mengulangi kejayaan Jampi tahun lepas apabila sekali lagi karyanya Haram dinobatkan sebagai Juara Lagu untuk edisi ke 33 Anugerah Juara Lagu yang telah berlangsung di Axiata Arena ...

Sumber Gambar : IG tv3malaysia

Hael Husaini berjaya mengulangi kejayaan Jampi tahun lepas apabila karyanya bersama Ezra Kong Haram dinobatkan sebagai Juara Lagu untuk Anugerah Juara Lagu edisi ke 33 yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil.

Kali ini, Hael bergandingan dengan Dayang Nurfaizah yang juga merupakan pemenang AJL31. Kemenangan ini melayakkan mereka untuk membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan juga trofi.



Lagu Bunga dendangan Ara Johari pula berjaya mendapat tempat kedua dan membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi manakala tempat ketiga dimenangi lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar yang membawa pulang wang tunai RM20,000 berserta trofi.


Sumber Gambar : IG tv3malaysia

Sumber Gambar : IG tv3malaysia

Selain memenangi tempat ketiga, Misha turut berjaya meraih kemenangan berganda apabila memenangi trofi Vokal Terbaik manakala Sufian Suhaimi dipilih untuk memenangi Persembahan Terbaik melalui persembahan lagu Di Matamu. Bagi dua kategori ini, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.


Sumber Gambar : IG tv3malaysia

Lagu lain yang turut bersaing di pentas AJL 33 kali ini adalah Luluh dendangan Khai Bahar, Bunga dendangan Altimet, Tak Pernah Hilang dendangan  Amylea dan Kaer, Kau Pun sama dendangan Syamel, Semakin dendangan Siti Sarah, Bangun dendangan Haqiem Rusli, Nisan Cinta dendangan Siti Nordiana dan Jaclyn Victor dan Hajat dendangan Hael.

Komposer dan penyanyi Azmeer telah bertindak sebagai ketua juri bersama dengan 10 juri yang lain iaitu Manan Ngah, Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Wah Idris, Lok U, LY, Ajai, AG Coco, Helen Yap dan Adi Priyo.

Menurut Azmeer seperti dipetik daripada Harian Metro, lagu Haram dipilih sebagai juara kerana pembaharuan dan muziknya yang lebih berevolusi. 

Katanya, pihak juri bersepakat mahukan sesuatu yang baru dan lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu mempunyai 'loop' besar dan notasi muzik yang ada tingkah moden serta bunyi dan melodinya juga sedap didengar dan ia dipersetujui majoriti juri.

“Sebagai ketua juri, saya harus akur untuk bekerjasama dengan juri lain kerana mereka juga ada ilmu serta kelebihan masing-masing,” ujar Azmeer.

Azmeer juga menerangkan lagu yang tidak berjaya berpunca daripada pemilihan lagu yang tidak sesuai dengan vokal penyanyi.

“Contohnya, lagu sudah bagus tapi vokal penyanyi pula 'penyet' yang menenggelamkan lagu itu. Ini bukan pertandingan nyanyian, tapi Anugerah Juara Lagu dan majoriti markah pada malam ini adalah prapenjurian.

“Kalau ada penyanyi yang buat silap pada vokal, juri akan potong markah vokal, bukan pada markah muzik atau melodi," jelasnya lagi.

Tahniah kepada semua pemenang! - CARI
13

Bagus
12

Marah
8

Terkejut
10

Sedih
10

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote af_mania 23-11-2018 11:56 PM
Edited by af_mania at 4-2-2019 01:46 AM

12 Finalis AJL 33

1. Semakin (Siti Sarah)
2. Bunga (Ara Johari)
3. Kau Pun Sama (Syamel)
4. Sampai Bila (Misha Omar)
5. Haram (Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah)
6. Luluh (Khai Bahar)
7. Bunga (Altimet)
8. Jatuh Bangun (Haqiem Rusli ft Aman Ra)
9. Tak Pernah Hilang (Amylea dan Kaer)
10. Hajat (Hael Husaini)
11. Di Matamu (Sufian Suhaimi)
12. Nisan Cinta (Siti Nordiana dan Jaclyn Victor)


Promo AJL33
[youtube]kxtKPG2Nma0[/youtube]

Promo Finalis AJL33
[youtube]P-fG6I-YWBE[/youtube]
Quote af_mania 23-11-2018 11:56 PM
Edited by af_mania at 2-12-2018 08:18 PM

GOSIP-GOSIP AJL33
(Kena belek page to page kalau nak follow isu-isu di bawah)

1. 12 lagu layak kecuali lagu Syamel. Siapa Syamel di mata TV3?


2. Dilemma ketua juri SFMM Datuk Mokhzani di antara kualiti lagu & populariti. Lagu complex yang berkualiti tak layak ke AJL katanya.


3. Salamiah Hassan menghentam keputusan juri SFMM33 kerana tidak memasukkan Layarlah Kembali ke AJL33. Disokong oleh selebriti terkenal Adibah Noor, Nadiya Nissa dll.


4. Datuk Mohzani & Nurul Huda dihentam oleh netizen di IG?

5. Throwback: Al-kisah Diva Pop 90-an, penyertaan Gee di dalam AJL


Quote af_mania 23-11-2018 11:56 PM
Edited by af_mania at 2-12-2018 08:40 PM

Senarai rumah-rumah penyokong & anti.

Bakal diumumkan.
Quote RatuDunia94 23-11-2018 11:57 PM
Check in..
Quote terpaku 23-11-2018 11:57 PM
Bila AJL yach
Quote RatuDunia94 23-11-2018 11:58 PM
Fun fact AJL33 :

-Hael, Altimet, Syamel, Khai Bahar, Haqiem Rusli & Ara berjaya back to back AJL utk tahun kedua..

-Sarah, Amylea n Siti Nordiana first debut di AJL after lebih 10 tahun dlm industri.

-Kaer finally "berjaya" ke AJL dgn menyanyikan sendiri lagunya. (Dulu Izinku Pergi ganti dgn org lain)

-Dayang pertama kali masuk AJL dgn lagu duet
Quote af_mania 23-11-2018 11:59 PM

3 februari sis..
Quote terpaku 23-11-2018 11:59 PM
af_mania replied at 23-11-2018 11:59 PM
3 februari sis..

Noted sis   
Quote qqOfficial 24-11-2018 12:06 AM
- siapa bakalan ganti altimet???


- Kelayakan shemale terus dipersoalkan oleh semua golongan di socmed

Ada netizen masih mengharap dia qody atau bahran masuk finale

Ade netz menangis gara2 nana akhirnya mengecapi nikmat kejayaan masuk aJL ....makanyaa nana laa bintang/juara GV paling menyinar????

Rata2 semua setuju pemilihan lagu ke finale AJL33 kali ni kecuali lagu shemale......shemale lagi???!!!

Netz2 mengharap alip satar kembali digandingkan dgn sherry sbg pengacara....and say no to haziq sengih.....
Quote debab76 24-11-2018 12:07 AM
Edited by debab76 at 24-11-2018 12:44 AM

meols nak teka :

JUARA LAGU : Kaer & Amylea - Tak Pernah Hilang
NAIB JUARA : Misha Omar - Sampai Bila
TEMPAT KE-3 : Bunga - Ara

Vokal Terbaik : Sarah
Persembahan Terbaik : Khai Bahar - Luluh (Undian Tik Tok )
Quote qqOfficial 24-11-2018 12:08 AM

Apakahh chuols ara jo yg sebenar......motepp ara jo mengabadikan single baru heshe dgn nickname chuols.....heehehh...
Quote terpaku 24-11-2018 12:15 AM
qqOfficial replied at 24-11-2018 12:08 AM
Apakahh chuols ara jo yg sebenar......motepp ara jo mengabadikan single baru heshe dgn nickname ch ...

Meols pn terharu dan terpaku yach apabila arapeng mengabadikan nama meols. Mohon juara ajl34
Quote af_mania 24-11-2018 12:16 AM
debab76 replied at 24-11-2018 12:07 AM
meols nak teka :

JUARA LAGU : Kaer & Amylea - Tak Pernah Menyerah

Eh hello? Tak pernah menyerah nyanyian Dayang dh berjaya memenangi vokal terbaik ajl30 yachh.
Quote debab76 24-11-2018 12:20 AM
af_mania replied at 24-11-2018 12:16 AM
Eh hello? Tak pernah menyerah nyanyian Dayang dh berjaya memenangi vokal terbaik ajl30 yachh.

Matila chuols meols kena sampuk ngan nandong gara2 layarlah kembali
Quote babycc 24-11-2018 12:28 AM
Igtkan lagu hakim rusly yg selamat tinggal tu dpt ..
Quote lotionmilo 24-11-2018 12:28 AM
debab76 replied at 24-11-2018 12:07 AM
meols nak teka :

JUARA LAGU : Kaer & Amylea - Tak Pernah Menyerah

Nak setuju
Quote aireen24 24-11-2018 12:40 AM
Pian suhaimi suruh hafiz suib menyanyi lagu dia je la. Dia nyanyi lagu tu x sampai langsung
Quote malaysiaku123 24-11-2018 12:41 AM
terpaku replied at 24-11-2018 12:15 AM
Meols pn terharu dan terpaku yach apabila arapeng mengabadikan nama meols. Mohon juara ajl34

Congrats uols nana Kita dpt..
Moga dpt buat yg terbaik nana..
Plz nana...kinkih
Quote WajibulGhunah 24-11-2018 12:42 AM
I berharap Ariff bahran tu masuk gantikan shemale
Lagu shemale who rr yus sngt carta radio pedalaman mana yang play lagu dia tu?
Ke i yang tak up to date?

Lihat semua komen(4534)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.191511 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top