CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tular Selepas Nyanyi Lagu "Assalamualaikum", Takaaki Terry Dilamar Faizal Tahir

17-1-2019 12:13 PM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 7863| Komen: 26|Original author: Oleh: nameera

Description: Takaaki Terry dari Osaka, Jepun telah meninggalkan negaranya untuk mengejar cita-citanya menjadi penyanyi di Malaysia.

Kredit Foto : www.gempak.com
Takaaki Terry dari Osaka, Jepun telah meninggalkan negaranya untuk mengejar cita-citanya menjadi penyanyi di Malaysia.

Jejaka yang berusia 24 tahun ini,  telah menjadi tular di media sosial sejak tahun lepas kerana menyanyikan lagu yang berjudul "Assalamualaikum" dari Faizal Tahir.


Kredit Foto : instagram/takaaki_terry
Memetik dari GEMPAK, demi mengejar cita-citanya, dia mengambil risiko dengan meninggalkan kerjayanya sebagai seorang pegawai pemasaran di Osaka. 

Menurutnya, sudah lama dia menyimpan hasrat untuk menjadi penyanyi tetapi ingin memulakan kariernya di luar negara terutamanya Malaysia.

"Ya saya nekad berhenti kerja. Saya mempertaruhkan kehidupan saya untuk mengejar impian bergelar penyanyi di negara ini".
 
"Sebenarnya saya dah lama saya ingin menjadi penyanyi dan saya jatuh cinta dengan lagu-lagu melayu."
 
"Antara lagu pertama yang membuatkan saya jatuh cinta adalah Dari Mata (Jaz Hayat), saya juga suka dengar lagu Pematah Hati (Nabila Razali)"
 
"Saya berpeluang ke Kuching, Sarawak pada April tahun lalu dan dari situlah saya mendapat peluang mendengar banyak lagu Melayu"
 
"Bagi saya, kebanyakan melodi lagu Melayu sangat indah itu yang membuat saya mula meminati lagu dan mempelajari Bahasa Melayu" katanya. 


Selain itu, Takaaki turut mengungkapkan rasa gembira kerana diberi peluang bekerjasama dengan Faizal Tahir. 

"Tak pernah terfikir ini akan terjadi, rasa bersyukur kerana dipertemukan dengan Faizal Tahir. Sampai sekarang masih lagi tak percaya, rasa macam mimpi."

Takaaki sememangnya telah meninggalkan kesan kepada penulis lagu dan penyanyi iaitu Faizal Tahir, lantas membawanya ke Osaka untuk melamar Takaaki sebagai artis rakaman di bawah syarikat  Faithful Music iaitu milik Faizah Tahir sendiri.


Takaaki turut menyatakan  apabila sudah mencapai kejayaan di sini, dia ingin mengembangkan pengaruh muziknya  di Singapura, Brunei dan Indonesia.


Selamat maju jaya diucapkan kepada Takaaki Terry. Semoga sukses dalam mengecapi cita-cita sebagai seorang penyanyi di Malaysia. 

Selamat Datang Ke Dalam Industri Muzik Malaysia. -CARI

10

Bagus
10

Marah
12

Terkejut
10

Sedih
14

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putehkundor 17-1-2019 12:23 PM
boleh ke sheols meneruskan legacy kak sandii suzuki?
Quote umbut 17-1-2019 12:29 PM
Utk memulakan cuba2 boleh try..  meh ler dtg malaysia. Mesti acik2 birah gatai2 nak dengar
Quote buragazz 17-1-2019 12:35 PM
dari segi rupa paras... almost kendu la...
Quote wadiunong 17-1-2019 12:45 PM

iols notice artis2 bawah FT ni semua haus vokalnya jah. Cth terdekat Lizzy Tan . ada sorang lagi retis pompuan Melayu yg youtube dulu iols tak hengat.

kebanyakan retis2 youtube ni time diaorang nyanyi lagu2 retis terkenal (cover version) memang sedap. tapi bila nyanyi lagu2 sendiri, ke laut dalam vokalnya.



Quote fox. 17-1-2019 01:01 PM
Overrated nyah
Quote aireen24 17-1-2019 01:01 PM
wadiunong replied at 17-1-2019 04:45 AM
iols notice artis2 bawah FT ni semua haus vokalnya jah. Cth terdekat Lizzy Tan . ada sorang lagi r ...

kecuali aziz harun. aziz harun nyanyi live sedap.
Quote EvieWanKenobi 17-1-2019 01:06 PM
oklah dia nyanyi tak pelat macam
sesetengah penyanyi Melayu yang
acah2 pelat..
Quote SissySembah 17-1-2019 01:27 PM
muka mcm erul AF sikit2 ya... tapi takde la serupa...
kena polish lagi kot.. gigi heshe itu bagi la pendakap percuma.. kalau tak mampu sgt.. yg rm300 tu pun jadi la...
Quote unguaurora 17-1-2019 02:00 PM
Iols jamin, kejap je ni..
Quote dekmieDandy 17-1-2019 03:43 PM
putehkundor replied at 17-1-2019 04:23 AM
boleh ke sheols meneruskan legacy kak sandii suzuki?

tenkiu memperkenalkan iolls dengan acik sandii
Quote awexgaban7 17-1-2019 04:41 PM
wadiunong replied at 17-1-2019 12:45 PM
iols notice artis2 bawah FT ni semua haus vokalnya jah. Cth terdekat Lizzy Tan . ada sorang lagi r ...

hanis soraya yg study medic dekat mesir tu ka chuolz....
Quote wadiunong 17-1-2019 05:40 PM
awexgaban7 replied at 17-1-2019 04:41 PM
hanis soraya yg study medic dekat mesir tu ka chuolz....

ha ye betul. sendu dah sheols?
Quote drivethru 17-1-2019 05:55 PM
Cakap bodoh bodoh alang sikit, buat lawak2 sikit, nanti boleh popular macam mark adam.
Quote appleringo 17-1-2019 05:56 PM
Tapi kan korg Terry ni jenis tak photogenic je.. kat depan2 handsome.. sbb iols pernah jumpa dia depan2, lepak makan kat Hyogo Halal Restaurant n coffee-ing kat Sannomiya.. time tu dia datang Kobe, iols kerja kat Kobe sekarang. so just DM dia kt ig masa tu before jumpa.. memang jenis suka belajar bahasa Melayu.. time tu lagi seminggu dia nk fly g KL. cume tak sangka la pulak lepas tu mcm2 show pulak dia keluar time kt KL. hari tu dia ckp dia set masa 1 month je tgk mcm mana plan (time tu 3 Disember dia fly). ni ok la kot sbb dh sebulan lebih stay kat KL.. haha
Quote giyomi 17-1-2019 06:21 PM
senang nya jadi artis sekarang ni kat malaysia sampaikan org luar pon nk kesini tuk menyanyi. hmmmmm
Quote dua_chzy 17-1-2019 06:25 PM
putehkundor replied at 17-1-2019 12:23 PM
boleh ke sheols meneruskan legacy kak sandii suzuki?

Uuu nama yang legend! Hebat uols masih ingat!
Quote hantamal 17-1-2019 10:54 PM
Dia pasti menyesal lepas dia tau msia ni banyak acik2 bawang
Quote kaklong32 18-1-2019 09:05 AM
hantamal replied at 17-1-2019 10:54 PM
Dia pasti menyesal lepas dia tau msia ni banyak acik2 bawang

kahkahkahkah
Quote awexgaban7 18-1-2019 06:48 PM
wadiunong replied at 17-1-2019 05:40 PM
ha ye betul. sendu dah sheols?

Sendu sedan dah.... harap bawah FT ja... bukan best mana pon

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.058392 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top