CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gerakan Sokong Kedai Melayu Tiba-Tiba Kantoi Rosyam Nor Mart Bukan Miliknya Seorang

4-1-2019 11:02 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 25935| Komen: 116|Original author: Oleh: Azza

Description: Isu rasis walaupun dikatakan tiada di Malaysia, namun sejak kematian Adib dalam insiden kuil-bomba, segelintir merasakan perlu berbuat sesuatu. Antara yang dilakukan ialah menyokong produk Bumiputera/ ...




Isu rasis walaupun dikatakan tiada di Malaysia, namun sejak kematian anggota bomba, Muhammad Adib dalam insiden kuil-bomba, segelintir merasakan perlu berbuat sesuatu. Antara yang dilakukan ialah menyokong dan menguatkan jenama produk Bumiputera/Melayu. 

Ramai yang menyarankan orang Melayu supaya membeli barangan di Pasaraya Rosham Nor sebagai alternatif. Bagaimanapun, seorang netizen mendedahkan lalu menyangkal segala-galanya, bahawa ia bukanlah milik Rosham 100 peratus tetapi sebaliknya berkongsi dengan bangsa lain.

Persoalannya, perlukah boikot tersebut?


Kredit foto: Twitter


"Oh! Baru tahu, jadi berapa persen Rosyam punya?"

Hal ini membuatkan segelintir berasa tertipu namun dalam masa sama tidak kisah hal tersebut, asalkan ianya halal.

Kredit foto: Carian Internet

Ramai yang menyatakan ia adalah satu perkara biasa, sejak zaman berzaman lagi. Perniagaan yang lebih dikenali sebagai 'Bisnes Ali Baba' ini menggunakan nama individu tertentu demi kepentingan pihak tertentu. Namun dalam masa sama sebenarnya ia memberikan kelebihan kepada kedua-dua pihak. Jadi, tiada masalah bagi sesetengah pihak kerana yang lebih penting konsep halal itu sendiri.

Malahan Rosyam sendiri menjelaskan yang pasar raya itu bukanlah miliknya 100% dan ia telah disebarkan pada peringkat awal lagi.



Kredit foto: Carian Internet

Bagaimanapun dalam kes ini, Rosyam Nor Mart adalah perkongsian beberapa pihak dan Rosyam sendiri mempunyai saham iaitu sebanyak 10 peratus.  Fakta ini diambil daripada keratan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang telah tersebar luas membuktikannya.

Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Carian Internet

Memahami kuasa membeli dimonopoli oleh kaum Melayu membuatkan banyak pasar raya yang menitikberatkan konsep halal terus bercambah. Jadi tiada masalah sebenarnya untuk membeli di mana asalkan selesa.


Jadi, anda membeli atas faktor apa? Disebabkan harganya murah atau pun siapakah pemiliknya? Tepuk dada tanya selera. - CARI 

13

Bagus
9

Marah
13

Terkejut
9

Sedih
12

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 4-1-2019 11:17 AM
apa nak heran sangat. sedang pau ahmad tu pun guna jer nama ahmad.
Quote wana89 4-1-2019 11:18 AM
Ali baba Ka??
Quote monsterwife 4-1-2019 11:19 AM
So apa mslh ladydarshankaur tu?batu api lah tu
Quote laksmanabentan 4-1-2019 11:20 AM
Bagaimanapun, ia adalah situasi biasa di mana-mana negara iaitu menggunakan nama dan populariti artis untuk melakukan produk mereka. Bagaimanapun dalam kes ini, Rosyam Nor Mart adalah perkongsian beberapa pihak dan Rosyam sendiri mempunyai saham yang melebihi 50 peratus. Fakta ini diambil daripada keratan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang telah tersebar luas membuktikannya.

sewel ker apa wartawan nih.... mesti masa sekolah failed matematik kan...

Rosyam Noor ada 10,000 share
Sri Ternak ada 90,000 share

10,000/100,000 = 10% jer
tang mananya 50% tu.....
Quote Nonones 4-1-2019 11:21 AM
Aku suka shopping brg kat rosyam mart ni. murah, bersih & selesa! titik!!
Quote mohdcrow 4-1-2019 11:44 AM
'ST' rosyam tu stand for sri ternak...kat area pasar borong selangor kat seri kembangan dah lama ada sri ternak ni...memang murah...orang meniaga pun banyak shopping sana...even lagi murah dari st rosyam ni...org kl maybe tak familiar ngan sri ternak sbb jauh kat seri kembangan nuu...kecoh je murah first time shopping kat st rosyam...kekeke
Quote dealova04 4-1-2019 11:52 AM
x kiralah sape punya,
mak bli kt mana yg jual murah je
Quote NekNgah 4-1-2019 11:57 AM

Rosyam ada share lah... cuba tengok kat atas..

Sebenarnya yang bagus beli barang dapur kat Seri Ternak ni, harga barangnya harga borong.  Frozen fish dia murah & rasa selepas masak adalah rasa yang fresh bukan macam ikan segar yang beli di pasar selepas pukul 11 pagi.
Quote putribatrisya 4-1-2019 12:00 PM
beli kt pasaraya ikhwan je lah
100% muslim agak nye la
Quote sofiazara 4-1-2019 12:05 PM
ala ko beli kek kat baker yg ckp 100% halal tu pun betul ke 100% halal? tepung, coklat, cheese tu semua diorg beli kat baking supplier borong yg ambik imported dari china or siam gak kan.

better beli barangan malaysia tak kisahla melayu cina india. tapi barangan yang sah-sah tentu2 dikilang GMP ada lesen halal dan dipantau kerajaan.

Quote teky 4-1-2019 12:21 PM
so boikot laa..ape lagii...
Quote prettyuglybabe 4-1-2019 12:37 PM
mohdcrow replied at 4-1-2019 11:44 AM
'ST' rosyam tu stand for sri ternak...kat area pasar borong selangor kat seri kembangan dah lama ada ...

kat selayang pun ada sri ternak..
tapi parking bergaduh..
so malas nak pi
Quote ALDRIN 4-1-2019 12:56 PM
Iols dah tau lama dah sblm diaorg bukak kt situ. Iols ok jer...beli barang2 nk top up tp klu ayam, daging n fish iols mmg ke pasar dato keramat.
Barang2 murah laa kat STRM tuu..24 jam...penuh jer orang. Tapi area situ jem laa...nak2 balai polis dah nk bukak kat sebelah tu.
Bagi iols dgn pembukaan STRM kat area Setiawangsa nih banyak bg manafaat sekeliling. Bisnes2 sebelah2  makin ramai org dtg. Bisnes2 gerai kecik2 pon naik dah...cuma jem n sampah makin teruk laa...itu yg x best. Org2 luar yg perghak tu jenis perangai pprt...jaga2 laa perangai...nmpk sorang makcik nih dikorek2 isi ikan tenggiri..pastu tinggal. Pastu jenis dah amik2 ikan n ayam ko tinggal je merata2...sbb cancel beli. Apa nak lagi dah murah dah...
.
Quote venomlady 4-1-2019 12:58 PM
Memang owner Sri ternak cina...cuma alibabakan Rosyam Noor ni nak penetrate Malay market. Sri Ternak biggest branch is in Pasar Borong Serdang.
Quote danieladam 4-1-2019 01:02 PM
laksmanabentan replied at 4-1-2019 11:20 AM
Bagaimanapun, ia adalah situasi biasa di mana-mana negara iaitu menggunakan nama dan populariti arti ...

Kat mana chuols baca saham Rosyam 50% tu? Iols baca elok je 10% die tulis dalam artikel tu...
Quote danieladam 4-1-2019 01:04 PM
Iols baca nama pasaraya ni sebagai Saint Rosyam Mart.
Quote harisbee 4-1-2019 01:25 PM
x kesah la sapa punya...janji jgn menipu utk dptkan customer...mcm PH  menipu utk dapatkan undi....
Quote umbut 4-1-2019 01:35 PM
Cina2 jgn berlagak.. kalau melayu x beli cina pun x kaya. Jadi kita semua saling bantu membantu.. jgn sombong
Quote DARSITA 4-1-2019 01:44 PM
umbut replied at 3-1-2019 09:35 PM
Cina2 jgn berlagak.. kalau melayu x beli cina pun x kaya. Jadi kita semua saling bantu membantu.. jg ...



Raya cina kedai cina tutup seminggu gelabah weh orang Melayu.


Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.080971 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top