CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Aduh! Jason Momoa Dedah Kostum Aquaman Sebabkan Kesakitan Di Bahagian Sensitif

11-1-2019 03:59 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 8424| Komen: 21|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Melihat hasil daripada pengorbanan dan kesukaran pelakon ini, amatlah berbaloi menonton filem Aquaman di panggung wayang kerana sinematografinya yang menarik dan pergerakannya yang realisik.
Pelakon Jason Momoa, 39, mendedahkan jeritan kesakitan yang selalu diutarakan wataknya dalam filem Aquaman kedengaran sangat meyakinkan kerana beliau benar-benar merasa kesakitan di 'bahagian sensitifnya' sepanjang memakai kostum Aquaman yang berat itu.



Kredit foto: Forbes


Beliau mendedahkan punca kesakitan adalah akibat daripada abah-abah (harness) yang dipasang di pinggang dan celah kelangkangnya dan di bawah kostumnya supaya beliau boleh ditarik tinggi dan bergerak seakan-akan berenang di bawah lautan. 

Hasilnya, pergerakan watak Aquaman dalam filem berdasarkan komik DC itu kelihatan sangat hebat dan berjaya mendominasi kutipan box-office selama beberapa minggu.



Kredit foto: ign.com



Menurut pengarahnya James Wan, penggambaran selama berjam-jam sangat menyakitkan 'bahagian sensitif' Momoa sehingga pelakon itu pernah memberitahu tidak selesa dengan tekanan yang kuat di seluruh badannya. 'Dengan berat badan lebih 200 pounds, sememangnya bukan pengalaman yang menyenangkan untuk beliau' kata James Wan lagi.


Kredit foto: 9to5Mac


Untuk kelihatan lebih realistik, krew penggambaran James Wan telah merekacipta sebuah sistem yang boleh mengangkat Momoa untuk terbang dan terapung seperti di permukaan bawah laut. Air laut kemudian ditambahkan menggunakan teknologi CGI ke dalam skrin. 


Kredit foto: Mashable


'Ianya sesuatu yang perlu dilakukan untuk filem itu walaupun menyakitkan, malahan Jason berseloroh mungkin dia tidak boleh mempunyai anak lagi kerana bahagian sensitifnya telah pecah' tambah James Wan.

Melihat hasil daripada pengorbanan dan kesukaran pelakon ini, amatlah berbaloi menonton filem Aquaman di panggung wayang kerana sinematografinya yang menarik dan pergerakannya yang realisik. - CARI 
5

Bagus
7

Marah
9

Terkejut
13

Sedih
11

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orgkgdukobesi 11-1-2019 04:13 PM
Aquaman filem terbaik 2019  so far....sebab ini lah filem pertama ambo pegi tengok dipanggung wayang di tahun ini
Quote Sang_Pencinta 11-1-2019 04:30 PM
Orgkgdukobesi replied at 11-1-2019 04:13 PM
Aquaman filem terbaik 2019  so far....sebab ini lah filem pertama ambo pegi tengok dipanggung wayang ...

Setuju, sinematografi dan CGI dia cantik walaupun cerita dia biasa2 sahaja
Quote Artemesiaa 11-1-2019 04:41 PM
Risiko bila nak melakonlan watak aquaman nasib filemnya dapat sambutan tak ler sia2
Quote teky 11-1-2019 04:44 PM
lagi best dri bumblee bee
Quote cicicumel 11-1-2019 04:48 PM
Bini dia tua?
Quote MadameOnion 11-1-2019 04:51 PM
herloknyaaa jason momoa
Quote dekmieDandy 11-1-2019 05:03 PM

A'ah, tua jauh.

mak Zoe Kravitz

Quote Sang_Pencinta 11-1-2019 05:15 PM
Bini dia memang jauh lebih tua

Dengar cerita masa dia masih remaja dia jatuh cinta dgn bini dia yg ketika itu dah kawin dengan penyanyi rock Lenny Kravitz
Quote orenmango 11-1-2019 05:48 PM
Sang_Pencinta replied at 11-1-2019 05:15 PM
Bini dia memang jauh lebih tua

Dengar cerita masa dia masih remaja dia jatuh cinta dgn bini dia y ...

oh dia mmg kawin dengan lisa bonet ke?
Quote Sang_Pencinta 11-1-2019 06:06 PM
orenmango: oh dia mmg kawin dengan lisa bonet ke?


Ya. Lisa Bonet bini dia.
Quote LautBiru52 11-1-2019 06:50 PM
Yeke cerita ni best? Malam nanti nak tengok la {:hooray
Quote D.Adek 12-1-2019 01:20 AM
Okay la.. iols tengok 4DX okay nonton jantanz aqua ni... semata nak rasa effect2 air percik..kerusi goyang ala2 tgh naik kapal. Masa masuk deep water rasa sejukkk sgt..mmg semua versi ala ala konsepnyahhh.. not bad aquaman..
Quote CiliPadiSedap 12-1-2019 02:02 AM
orenmango: oh dia mmg kawin dengan lisa bonet ke?


Lisa bonet dengan lisa surihana xsama ye
Quote keknon 12-1-2019 06:15 PM
D.Adek replied at 12-1-2019 01:20 AM
Okay la.. iols tengok 4DX okay nonton jantanz aqua ni... semata nak rasa effect2 air percik..kerusi  ...

you tgk ktne?
Quote D.Adek 12-1-2019 07:33 PM
keknon replied at 12-1-2019 06:15 PM
you tgk ktne?

Dekat Paradigm Mall Jb. Certain Gsc je yg ada 4DX.
Quote chicozinn 12-1-2019 09:53 PM
Bpe rm tiket 4DX?cm bez je nk ajk laki aku r g sne..huhu
Quote BoongaKertas 13-1-2019 08:21 AM
Kwn meols punye kwn siap tgk 2x. Dia kata jason momoa tu terlalu hot sampai dia tak boleh fokus first time dia tgk. Tu yg kena tgk 2nd time. Hahahaha!
Quote rosasen 13-1-2019 11:18 AM
best giler Aquaman.. nk tgk kali kedua laki i x bagi..sob2.. tggu kluar HD la donlod
Quote nishikido 13-1-2019 07:11 PM
Aquaman best sangatttt..sebab jalan cerita dia tak tipikal macam superhero yg lain.suasana bawah laut tu sangatlah wow..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.058117 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top