CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Rahsia Cantik Dengan Kunyit Yang Setiap Wanita Perlu Tahu!

4-1-2019 11:28 AM| Diterbitkan: madammind| Dilihat: 11499| Komen: 43|Original author: Oleh: Madammind

Description: Kunyit atau nama saintifiknya curcuma longa sangat terkenal di kalangan masyarakat Asia kerana manfaat yang dimilikinya untuk kesihatan dan kecantikan.
Kunyit atau nama saintifiknya curcuma longa sangat terkenal di kalangan masyarakat Asia kerana manfaat yang dimilikinya untuk kesihatan dan kecantikan.

Selain digunakan secara meluas dalam masakan, ia juga sangat terkenal sebagai remedi kecantikan dan perubatan secara semula jadi.




KECANTIKAN DAN KUNYIT

Penggunaan kunyit untuk mendapatkan kulit yang mulus, sihat dan bersinar telah lama diamalkan kaum wanita sejak berabad lamanya. Bagi masyarakat melayu khasnya, kunyit ternyata sangat berkesan dalam meningkatkan kesihatan dalaman seorang wanita dan tidak perlu melabur banyak wang untuk mendapatkan hasil yang menakjubkan. 


Antara kebaikan kunyit yang paling jelas adalah seperti dibawah;


1. Kulit bersih dan bersinar 

Salah satu kebaikan kunyit adalah ia mampu menghapuskan bakteria dan kuman yang menjadi penyebab jerawat pada wajah. Bahan semula jadi dalam kunyit iaitu curcumin mempunyai sifat antiseptik dan antibakteria.

Nah! jangan tunggu lagi untuk menghasilkan sendiri masker kunyit untuk wajah sihat dan cantik. Info boleh didapati di link ini https://herneenazir.com/2017/08/17/cara-membuat-masker-kunyit/.


2.  Selamat tinggal kulit kusam

Kajian saintifik telah membuktikan tekstur dan kandungan kunyit sangat berkesan untuk proses eksofoliasi yang dapat membantu dalam proses pengelupasan sel kulit mati. Penyingkiran sel-sel lama ini akan memberi ruang kepada sel-sel kulit baru pada kulit wajah.

Cuba ini! Campuran susu dan kunyit terbukti sangat berkesan untuk kecantikan wajah dari dalam. Kesan yang amat nyata dapat dilihat hanya setelah satu bulan mengamalkan minuman susu kunyit. Pengambilan dua kali seminggu menjadikan kulit wajah dan badan semakin berseri dan sihat.  


Kredit foto: MissMalini


3. Elakkan kedutan pada wajah

Tua sebelum waktu! guna cara mudah ini untuk kesan ketara dalam masa singkat. Campurkan kunyit hidup dan timun yang telah diparut halus, malah lebih efektif jika dilumatkan. Seterusnya, oles pada wajah tiga kali seminggu.

Antioksidan di dalam kunyit membantu melewatkan proses penuaan yang menyebabkan kedutan wajah. Selain itu, penggunaan secara konsisten dapat memelihara keanjalan dan kelembutan kulit.


4. Katakan tidak pada pigmentasi

Pigmentasi akibat terdedah kepada pancaran matahari yang berbahaya dapat dielakkan dengan penggunaan kunyit pada wajah secara berterusan. 

Antioksidannya mampu meyejukkan kulit dan meghuraikan proses pigmentasi untuk kulit lebih segar dan sihat. 


5. Hindari kulit berminyak

Kulit berminyak akan menyebabkan kotoran dan habuk mudah terperangkap pada wajah. Ini akan menggalakkan pembiakan bakteria yang menyebab kanjerawat. 

Sapukan kunyit pada wajah secara konsisten tiga kali seminggu selama 30 minit untuk kawalan minyak berlebihan dan sebum pada pori. Hasilya, kulit akan kurang berminyak selain dapat mencegah jerawat.


Kredit foto: Vivianne's Blog

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu setiap wanita untuk mendapat kulit yang cantik dan sihat kerana kecantikan hak milik setiap insan. Selamat mencuba! - CARI
12

Bagus
13

Marah
14

Terkejut
19

Sedih
16

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

This Article Navigation


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 4-1-2019 12:10 PM
nice...………...
Quote nazzse 4-1-2019 02:34 PM
Mix sekali dengan yogurt & honey..confirm puas hati
Quote Iris. 4-1-2019 05:55 PM
Indian memang tepek kunyit kat muka masa 1day period
Quote Tweety_Senrose 5-1-2019 02:23 PM
i buat turmeric face oil. Coconut oil mix ngan kunyit je. Glowing mowing kulit. Tapi sekarang jarang pakai, just pakai mustard oil je. Kulit cerah dan bulu mata pun cepat lebat. Saja share {:love
Quote epis 5-1-2019 02:53 PM
Kunyit tu kene pki kunyit hidup ke atau blh gune serbuk kunyit jual kt market tu?
Quote madammind 6-1-2019 05:30 PM
kunyit hidup,baru berkesan.Saya akan cuba yogurt dan honey, mesti hasilnya lebih woww!
Quote madammind 6-1-2019 05:32 PM
Tweety_Senrose replied at 5-1-2019 02:23 PM
i buat turmeric face oil. Coconut oil mix ngan kunyit je. Glowing mowing kulit. Tapi sekarang jarang ...

thank u for sharing
Quote madammind 6-1-2019 05:34 PM
nazzse replied at 4-1-2019 02:34 PM
Mix sekali dengan yogurt & honey..confirm puas hati

Thank you for sharing.Confirm lepas ni saya cuba.
Quote epis 6-1-2019 06:37 PM
Tweety_Senrose: i buat turmeric face oil. Coconut oil mix ngan kunyit je. Glowing mowing kulit. Tapi sekarang jarang pakai, just pakai mustard oil je. Kulit cerah dan ...

{:freak macam bez je mustard oil tu? Mne dptkan?? Yg turmeric face oil tu, gune turmeric hidup ke atau serbuk sis?
Quote nazzse 6-1-2019 07:22 PM
epis replied at 5-1-2019 06:53 AM
Kunyit tu kene pki kunyit hidup ke atau blh gune serbuk kunyit jual kt market tu?

Both boleh, but kunyit serbuk lg senang utk ditepek.
Quote epis 6-1-2019 07:30 PM
nazzse replied at 6-1-2019 07:22 PM
Both boleh, but kunyit serbuk lg senang utk ditepek.

Thanks sis, blh cube nti..
Quote gummiebear 6-1-2019 08:16 PM
Iols buat guna beras + kunyit + yogurt. Tapi dah lama tak buat haha. Kena buat stok balik ni
Quote madammind 7-1-2019 12:01 AM
gummiebear replied at 6-1-2019 08:16 PM
Iols buat guna beras + kunyit + yogurt. Tapi dah lama tak buat haha. Kena buat stok balik ni

Nak try jugak la...jimat pun jimat
Quote madammind 7-1-2019 12:24 AM

please try.it really works!
Quote madammind 7-1-2019 12:26 AM
epis replied at 6-1-2019 10:37 AM
{:freak macam bez je mustard oil tu? Mne dptkan?? Yg turmeric face oil tu, gune turmeric hidup ke  ...

Menarik untuk dicuba!
Quote wallame 7-1-2019 02:02 PM
boleh cuba ni... serbuk kunyit dan coconut oil kan?
Quote ga-in 7-1-2019 04:53 PM
Tweety_Senrose replied at 5-1-2019 02:23 PM
i buat turmeric face oil. Coconut oil mix ngan kunyit je. Glowing mowing kulit. Tapi sekarang jarang ...

kalau ganti ngan olive oil boleh? pastu pakai berapa lama? semalaman ke atau just beberapa jam/minit?
Quote Tweety_Senrose 7-1-2019 05:44 PM
Edited by Tweety_Senrose at 7-1-2019 05:51 PM
epis replied at 6-1-2019 06:37 PM
{:freak macam bez je mustard oil tu? Mne dptkan?? Yg turmeric face oil tu, gune turmeric hidup ke  ...


Mustard oil tu i beli kat kedai runcit je. Cari kat area minyak2 makan tu. Brand dia 'Moon Mustard Oil'. Memang best mustard oil tu tapi kena tahan dengan bau je. Sebab baunya kuat tpi sekejap je lah. Guna selalu kat mana2 skin area lama2 cerah. Kat muka ni dah cerah sebab pkai mustard oil. Also mustard oil boleh lindungi kulit dri sunlight TAPI xlah mcm sunblock. Mungkin mcm spf5 jahh kot. Another tips yg i follow dri google kalau tiap malam bagi mustard oil kat pusat (belly button) boleh lembabkan bibir yg merekah sebab cepat absorb kalau bagi mustard oil kat pusat. Memang betul sebab sekarang bibir i lembab and pinkish. Selalunya ada kulit mati putih2 kering tu kat bibir, sekarang 90% kurang.

Minyak kunyit tu i guna Coconut Oil jenama Parachute yg botol biru tu. Pastu guna serbuk kunyit beli dari kedai supermarket tpi yg high quality walaupun mahal sikit tpi worth it.

Cara buat:
Masukkan minyak kelapa tu dalam pan/kuali, panaskan sikit (api rendah), pastu masukkan serbuk kunyit (half teaspoon cukup tapi depends banyak minyak tu mcm mana). Kalau parachute botol medium dlm 200ml+ cukup half teaspoon. Lepastu gaul ngan minyak tu then tutup api. Jangan lama panaskan tau, lepas buka api rendah, panas je sikit terus masukkan kunyit then gaul then tutup. Pastu tunggu sejuk baru simpan dalam bekas. i simpan dalam botol bekas johnson's baby oil yg dah habis

EDIT: Cara pakai minyak kunyit tu skin kena basah/damp. Jadi lebih sesuai pakai lepas cuci muka atau mandi. Masa skin masih basah tu, terus bagi one/two drops kat tangan, gosok then tekan2 kat kulit muka or area mana yg kita nak. Pastu urut2 sikit smpai absorb.

Kenapa kena pakai masa basah? Untuk lock in moisture. Sebab i baca kalau pakai minyak je kat kulit, minyak tu tak absorb, lebih kepada stay luar kulit je. Sebab kulit ni perlukan moisture dan hydration. Untuk dua2 tu ada, kena ada lock water untuk lembabkan skin. So thats why guna face oil masa skin masih damp/wet
Quote Tweety_Senrose 7-1-2019 05:44 PM
wallame replied at 7-1-2019 02:02 PM
boleh cuba ni... serbuk kunyit dan coconut oil kan?

Yes. Ada post saya kat atas share cara buat

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.056933 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top