CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Benarkah Naga Wujud? Ini Cerita Naga Di Malaysia

14-11-2018 10:58 AM| Diterbitkan: monolog| Dilihat: 18871| Komen: 39|Original author: Oleh: monolog

Description: Benarkah mahluk yang disebut sebagai Naga ini wujud? Naga dikatakan makhluk yang bersaiz besar dan memiliki kuasa sakti. Bagaimanapun ia gagal ditemui di mana-mana pelosok dunia. Melalui perbacaan pe ...
Benarkah makhluk yang disebut sebagai naga ini wujud? Naga dikatakan makhluk yang bersaiz besar dan memiliki kuasa sakti. Bagaimanapun ia gagal ditemui di mana-mana pelosok dunia.


Melalui  pembacaan penulis dalam pelbagai sumber, di Malaysia ada dua kisah naga yang pernah didengari.



Kisah Pertama

Naga Seri Gumum  didakwa mendiami Tasik Chini di Pekan, Pahang. Kewujudannya tercetus berdasarkan dakwaan penduduk yang terserempak dengan makhluk berkenaan.


Kisah yang kononnya tersebar antaranya ialah pada tahun 1986 apabila seorang lelaki ingin menangkap ikan mendapati ada dua ekor ular besar terlekat pada jaringnya. Lalu ular tersebut dibunuh dan ketika pulang ke pangkalan dia melihat tiga bahagian badan naga besar muncul di permukaan air.



Dia dikatakan terkena 'tulah' atau sumpahan akibat membunuh ular besar tersebut dan menyebabkan badannya gatal serta berkudis selama 13 tahun.


Sejak itu, beberapa lagi penduduk  Orang Asli  di Tasik Chini mendakwa ada terserempak dengan naga di tasik tersebut. Ia digambarkan seperti seekor ular tetapi kepalanya sebesar kepala lembu dan lilitan badannya sebesar tayar motosikal.


Namun sehingga sekarang ianya masih lagi misteri.



Kisah Kedua

Segelintir penduduk Langkawi turut percaya pada suatu masa dahulu, terdapat seekor naga mendiami pulau lagenda itu.

Menurut sumber dari seorang penduduk lama di Langkawi berkata , kisah Naga Putih diceritakan kepadanya ketika dia masih kecil. Makhluk itu digelar Naga Putih dan dilahirkan di Padang Mat Sirat sekitar penghujung abad ke-19.


"Naga itu pada asalnya dilahirkan sebagai kembar seorang bayi lelaki. Walaupun bukan manusia, naga itu tetap dijaga keluarganya," katanya.


Sebaik dilahirkan naga itu dibela dalam besen berisi air dan bertih sebagai makanannya. Saat ia makin membesar Naga Putih dialihkan ke dalam perigi dan seterusnya lubuk sebelum dilepaskan ke laut apabila dewasa.

Ketika hidup dalam laut, Naga Putih merantau sehingga ke Indonesia dan bertarung dengan Naga Hitam di perairan negara itu.


"Sebelum bertarung dengan Naga Hitam, Naga Putih muncul dalam mimpi ibu bapanya dan memberitahu jika masih hidup, akan kembali ke Langkawi tetapi jika mati, maka ia meminta diadakan majlis tahlil untuknya," katanya.

Sekitar pada tahun 1940-an Naga Putih telah pulang ke Langkawi. Ini kerana dalam pertarungan itu, Naga Putih telah mengalahkan Naga Hitam. Naga Putih menyusuri Sungai Padang Mat Sirat sehingga melimpah air sungai tersebut ke kawasan kampung.

Kampung tersebut dinaiki air dan Naga Putih kemudian kembali ke laut. Sekali lagi Naga Putih bertarung dengan Naga Hitam dan selepas itu, ia tidak kembali lagi. Naga Putih dikatakan mati dalam pertarungan itu.

Banyak gambaran  fizikal dan ciri mengenai naga diceritakan di seluruh dunia. Misteri kewujudan naga ini ada di mana-mana. Jadi adakah ia sekadar kepercayaan, mitos atau lagenda bangsa tertentu sahaja?

Foto Carian internet

Misalnya masyarakat Cina mengatakan naga memiliki badan ular, muka seakan kuda, tanduk seperti rusa, kuku helang, sisik ikan dan mampu terbang.

Namun masyarakat Barat pula menggambarkan naga menyerupai dinosaur tetapi memiliki kepak untuk terbang. Kebanyakan naga digambarkan sebagai reptilia dan menetas daripada telur.

Bagaimanapun, ada juga penyelidik yang berpandangan naga mungkin spesies haiwan purba yang hidup sezaman dengan dinosaur tetapi sudah pupus. Teori itu dikemukakan berdasarkan gambaran naga dalam legenda Barat, yang memiliki fizikal menyamai dinosaur.

Anda rasa bagaimana? Adakah mitos, lagenda atau sekadar imaginasi manusia? Penulis menyifatkan ianya sangat misteri jika ia masih wujud pada zaman ini. Namun ianya tidak juga mustahil di dunia ini. - CARI
sumber dari utusan.com dan kosmo.com
11

Bagus
16

Marah
9

Terkejut
14

Sedih
7

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 14-11-2018 11:18 AM
wallahualam bisawap
Quote Orgkgdukobesi 14-11-2018 11:21 AM
Naga akan dipercayai wujud sekiranya fossil naga ditemui di muka bumi ini.  Hingga itu ia adalah satu lagenda saja.
Quote myakayina 14-11-2018 11:29 AM
setakat ni hanya dengar cerita2 saja..
Quote armin 14-11-2018 02:39 PM
Suka dgr cerita pasal naga. Mostly byk negara cerita pasal mitos naga, china, jepun, india. Kenapa zaman dulu semua tempat ada mitos2 naga ni?
Quote armin 14-11-2018 02:39 PM
Suka dgr cerita pasal naga. Mostly byk negara cerita pasal mitos naga, china, jepun, india. Kenapa zaman dulu semua tempat ada mitos2 naga ni?
Quote Hessa 14-11-2018 04:57 PM
dunia ni penuh misteri..masih banyak utk diterokai
Quote kisahkeaku 14-11-2018 05:27 PM
my fren duduk segamat.dia ckp banjir besar segamat tu sebenarnya ada yg ckp sbb naga tasik chini dtg melawat kawasan segamat.sbb salurannya sama.entahlah.x pnh lak rasa nk check sungai tu sama tp segamat dgn chini mmg dkt jugak.dan banjir besar segamat tu dlm tempoh 100 tahun sekali ke 10 tahun ek.i lupa.
Quote chinta89 15-11-2018 01:33 PM
kisahkeaku replied at 14-11-2018 05:27 PM
my fren duduk segamat.dia ckp banjir besar segamat tu sebenarnya ada yg ckp sbb naga tasik chini dtg ...

sempat melawat kawasan heheehe
Quote ismiulammraja 15-11-2018 04:35 PM
dulu2 penah jmp naga warna putih..dulu2 la
Quote monolog 15-11-2018 04:57 PM
ismiulammraja replied at 15-11-2018 04:35 PM
dulu2 penah jmp naga warna putih..dulu2 la

Serius ke ni?cuba cerita sikit
Quote razfira0707 15-11-2018 05:42 PM
kawan aku memancing kt mana tah aku x ingat.. dia  ingat dia solat subuh pastu dia tgok air.. then nampak mcm warna merah2 dlm air.. panjang.. dia ingat batang paip.. masa tu mcm gelap lg.. dia amek lampu suluh nak tgok.. tetiba bot bergegar .. tasik berombak.. then dia nak suluh xde dah.. aku syak naga.. tapi dia mati2 x nak caya
Quote shernazz 16-11-2018 06:29 AM
razfira0707 replied at 15-11-2018 05:42 PM
kawan aku memancing kt mana tah aku x ingat.. dia  ingat dia solat subuh pastu dia tgok air.. then n ...

Tah tah ikan.arapaima
Iols.dolu main cikcur kat sunway lagoon main kayak...
Ikan tu lalu tepi kayak.iols
Besar gila..takut iols.pikir nak.kena makan aje tp ikan tu x kacau pung...
Iols je paranoid terlebih...sebab.mmg dekat je...
Skang xtau la ada lagi ke idok ikan tu kat tasik.tu...
Quote lagendahidup 16-11-2018 09:09 AM
bagi pendapat saya naga memang wujud cumanya dia x wujud di alam kita .naga wujud di alam ghaib yang sama didiami oleh golongan jin

ni berdasarkan pengalaman saya sendiri melihat pesakit yang diganggu makhluk berupa naga berwarna hijau yang menyebabkan perut dia sakit x bersebab daripada segi klinikal

pendapat saya, bagi orang yang nampak naga secara fizikal itu ialah jelmaan makhluk itu sahaja di alam kita

kisah mengenai lahir kembar ular saya pernah dengar dan dapat sahkan tapi kisah mengenai lahir kembar naga xpernah pula saya dengar. yang kerap lahir kembar ular
Quote ismiulammraja 16-11-2018 09:25 AM
monolog replied at 15-11-2018 04:57 PM
Serius ke ni?cuba cerita sikit

serius....
Quote edoraixora 16-11-2018 03:05 PM
kat kg aku pun ade mitos pasal naga jugak....somewhere in pahang
alkisahnya, ade 1 jalan kampung ni tepi sungai pahang
selalu saje runtuh.....asal nk hujung2 tahun jer, mulalah runtuh, pastu banjir pun berlaku
orang2 kampung dedulu percaya, yg naga keluar dari bersemayam kt bawah jalan tu, sebab tu jalan runtuh & banjir
dengar je lah...nak percaya tu entah lerrrr
Quote saviour_09 16-11-2018 03:45 PM
edoraixora replied at 16-11-2018 03:05 PM
kat kg aku pun ade mitos pasal naga jugak....somewhere in pahang
alkisahnya, ade 1 jalan kampung ni ...

kampung mana tu?
tapi pahang ni memnag hujung tahun je banjir
& banyak tempat yg tanah runtuh sebab hujan kan
lembab

tapi kalo tasik chini tu macam nak percaya je ada si gumum tu situ
pernah ke situ sekali

maaannn i feel small like an ant there

segala pokok rumput lalang besar2
logik la kot ada naga kheennn
Quote edoraixora 16-11-2018 04:25 PM
saviour_09 replied at 16-11-2018 03:45 PM
kampung mana tu?
tapi pahang ni memnag hujung tahun je banjir
& banyak tempat yg tanah runtuh se ...

somewhere kt temerloh lah...
runtuhnya tempat yg sama jer

tasik chini tu besar giler, penah pegi sekali jugak
kecut perut gaklah dok kt tengah2 tasik tu
pastu masa menyusur dlm kawasan paya bakau ke ape tah, risau jer kot ade ulor melompat dari atas2 dahan tu


Quote myakayina 16-11-2018 04:44 PM
lagendahidup replied at 16-11-2018 09:09 AM
bagi pendapat saya naga memang wujud cumanya dia x wujud di alam kita .naga wujud di alam ghaib yang ...

pernah ada org yg pandai merawat ni pun bgtau..naga mmg ada tapi bukan di alam manusia..alam jin..dia pernah nampak naga berwarna hijau di dalam laut masa sesi dia mengubat..dan dia pernah jumpa dgn lagenda ratu pantai selatan kat indon sana..ratu nyai roro kidul ke apa namanya tu.. klu dia bohong tak tau la kan..banyak lagi rahsia ghaib yg tak diketahui oleh manusia sebenarnya..dan tak perlu la manusia utk cari tau melainkan golongan ini mengganggu kita..
Quote saviour_09 16-11-2018 04:47 PM
edoraixora replied at 16-11-2018 04:25 PM
somewhere kt temerloh lah...
runtuhnya tempat yg sama jer

ooo kalo runtuh kat tempat sama tu something wrong somewhere la kot

aah tasik chini ni memang betul2 lejen
pernah dulu ada thread pasal chini ni kan
siap ada nak buat eksplorasi bagai
macam2 cerita ada situ


Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.175919 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top