CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Drama Bersiri I Have A Lover Papar Kisah Curang Penuh Emosi

7-12-2018 05:55 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 9947| Komen: 23|Original author: Oleh: Nia Mohamad

Description: Drama ini memaparkan kisah seorang suami yang curang bersama gadis di tempat kerjanya. Adakah hubungan dia dan isterinya mampu bertahan?
Drama bersiri dari Korea Selatan sememangnya popular bukan sahaja dalam kalangan anak muda tetapi juga golongan ibu  dan suri rumah yang gemar menonton drama. Populariti K Drama ini adalah disebabkan gandingan barisan pelakon yang mantap dan plot cerita yang lain dari yang lain. 

Kredit foto : hancinema.net

Salah sebuah drama yang mendapat rating tinggi daripada penonton ialah drama bersiri I Have a Lover. Drama ini ditayangkan pada 2015 hingga 2016 di Korea dan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Sesuai dengan tajuknya, drama ini berkisar tentang kecurangan. 

Walaupun ia mempunyai 50 episod yang agak banyak berbanding kebiasaan drama Korea, tetapi penonton tetap setia menanti setiap babak seterusnya dengan penuh debaran. 


Drama ini dibintangi oleh Kim Hyun-joo, Ji Jin-hee, Park Han-byul dan Lee Kyu-han. 

Ia mengisahkan seorang peguam wanita bernama Do Hae Gang yang sangat mementingkan kerjaya sehingga menyebabkan nyawa anak perempuannya diragut. Berikutan itu, rumah tangganya bersama suami iaitu Choi Jin Eon mula goyah dan akhirnya retak kerana kehadiran orang ketiga dalam hidup suaminya. Kemuncak pada peringkat awal drama ini ialah apabila Do Hae Gang membongkar rahsia kecurangan suaminya dengan gadis muda di tempat kerja Choi Jin Eon. 

Kredit foto : hancinema.net

Setelah mereka bercerai, Do Hae Gang kemudiannya terlibat dalam kemalangan dan apabila suaminya pulang ke tanah air, dia mendapat berita bekas isterinya telah meninggal dunia. Kekesalan dan kesedihan yang amat dalam mula timbul di hati Choi Jin Eon. Dia dihantui rasa bersalah dan mula rindu terhadap Do Hae Gang. 

Namun akhirnya terubat apabila dia bertemu seorang wanita yang mirip isterinya. Choi Jin Eon yakin bahawa itu adalah isterinya namun wanita itu yang bernama Dokgo Yong Gi tidak mengenali Choi Jin Eon. 

Kredit foto : hancinema.net

Kisah ini seterusnya berkisar Choi Jin Eon yang ingin memenangi semula hati wanita yang dianggap isterinya. Dia seperti 'gila talak' dan ingin mendapatkan isterinya kembali. Dalam proses itu, banyak pertumpahan air mata yang berlaku. 


Jom kita saksikan sedikit klip dari drama I Have A Lover.

 

Saksikan EPISOD 1 dan seterusnya di link berikut:

Apakah kesudahan cerita ini? Jika anda ingin tahu, anda mesti tonton dahulu. - CARI 

11

Bagus
11

Marah
12

Terkejut
16

Sedih
14

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 7-12-2018 07:22 PM
TT bru keluar gua ke ?

Cc @dauswq
Quote sonatalady 7-12-2018 07:38 PM
Lama dah citer ni.
Tgk lebih 10x ..memang best.
Quote Orix 7-12-2018 11:30 PM
sonatalady: Lama dah citer ni.Tgk lebih 10x ..memang best.



10x habis dari epi 1 smpai last epi ka ?
Quote terma2nkondisi2 7-12-2018 11:43 PM
sonatalady replied at 7-12-2018 07:38 PM
Lama dah citer ni.
Tgk lebih 10x ..memang best.

humang aiii

10x!!?? 50 ep!!??
Quote NmeeraR 8-12-2018 12:12 AM
iuolss mencik sikit cerita ep lama2  ni..  tambah tambah konflik rumah tangga
Quote dua_chzy 8-12-2018 12:36 AM
K-Drama kalau kupas topik curang dalam rumahtangg ni memang terbaik la. Dan akak suka pompuan yang berlakon tu. Gohjes sangat dalam drama.

Sekarang pon akak tengah tengok drama dia kat KBS. Miracles With Me ka apa ntah tajuknya. Pasal dua orang lelaki yang meninggal karna eksiden, pehtu dewa maut bodo tersalah masukkan roh lelaki A dalam lelaki B. So lelaki A hidop balik tapi kena menjalani hidop sebagai lelaki B. Ok la sedap juga ceritanya sebab hada unsur2 kekeluargaan yang kuat.
Quote sonatalady 8-12-2018 12:45 AM
Orix: 10x habis dari epi 1 smpai last epi ka ?

Iyerrr....dr awal sampai habis...
Suri rumah katakan...anak pn dh besar.heheheheh
Quote sonatalady 8-12-2018 12:46 AM
terma2nkondisi2: humang aiii10x!!?? 50 ep!!??

Yup..hehehhe
Terkejut ek...
Quote sonatalady 8-12-2018 12:49 AM
Citwr ni bkn pasal curang saja cuma masing2 kurang berbincang bila ada masalah..
Lepas tu libatkan family punya perangai yg nak kuasa...so faham2 ajelah.

tak semua citer drama family korea best2 tp antara yg best ni lah.

Quote mystica 8-12-2018 01:36 AM
wahh 50 episod? hehe

last tgk drama korea 50 episode 'New Gisaeng story'. best sangat

baru habis cerita Birth of Beauty.. lakonan han ye seul.. best cerita ni... pasal husband curang juga..
Quote misssakura 8-12-2018 08:19 AM
Cerita ni mmg best. Tapi iols ttp x boleh terima hero dia sebab dia curang dgn hae gang sampai tahap hae gang nak bunuh diri. Dah tu bila dia suka balik dkt hae gang sedap2 je nak paksa hae gang terima dia semula. Apa kau igt dosa kau kecik??
Quote Megikari 8-12-2018 08:50 AM
Nak kena tunggu cuti panjang sikit baru boleh tengok. Sebab i jenis tak sabar, mesti nak habiskan jugak2 sekali hadap. Pastu taknak gi opis dengan mata bengkak macam baru lepas gaduh dengan laki padahal dok melalak tengok drama je
Quote Jekki 8-12-2018 05:00 PM
Nape i baru tau citer ni.. iols baru nak layan..ep15 dah..tgh sebak2 ni
Quote Genkidesuka 8-12-2018 06:52 PM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Ada spoiler.  Read at ur own risk.

Dulu2 tgk ni masa tgh airing.  I loved the twin more n kept looking forward for her scenes with the doctor.  Bosan dgn the guys's gf n the girl's fiance.  Lepas epi 30++ I quit watching.  Bila satu2 kisah silam terbongkar (ayah hero pernah suka mak heroin kot, tak ingat dah), malas dah nak follow.  Akak mmg tk boleh tgk melodramas sampai habis.  
Quote ShiningStars 8-12-2018 08:40 PM
Tq for the drama suggestion tt
Quote zuuu 9-12-2018 01:12 PM
Drama korea yg paling panjang penah aq follow is the gentleman of the wolgyesu tailor shop
Quote onexox97 9-12-2018 01:30 PM
nok tengok nati
Quote Jekki 9-12-2018 01:32 PM
Baru tgk citer ni dan baru perasan..muka park han byul macam ha ji won dalam memori bali. Baru perasan ya ampun...selama ni x ambik port pun muka park han byul ni ..
Quote LautBiru52 9-12-2018 04:40 PM
50 episod?? Adoi aku nak abiskan 20 episod pun bercinta

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.222877 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top