CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Bermain Kocak Dalam Almari" - Parah, Budak Darjah Satu Dah Pandai Buat Seks?

1-11-2018 02:57 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 10825| Komen: 14|Original author: Oleh: Whitney

Description: Cabaran membesarkan dan mendidik anak-anak semakin hebat. Ramai ibu bapa yang kadang kala terlepas pandang akan tanggung jawab dan amanah yang dipikul dek kesibukan dalam pekerjaan dan urusan seharian ...
Cabaran membesarkan dan mendidik anak-anak semakin hebat. Ramai ibu bapa yang kadang kala terlepas pandang akan tanggung jawab dan amanah yang dipikul dek kesibukan dalam pekerjaan dan urusan seharian. Maka, tanpa disedari, anak-anak sudah hanyut dengan aktiviti tidak bermoral yang dilihat melalui media sosial dan juga dipengaruhi oleh orang lain dan keadaan sekeliling yang tidak sihat pada hari ini. 

Kredit foto: Google (Gambar sekadar hiasan)
Seorang pengguna facebook telah memuat naik satu penulisan yang agak membimbangkan golongan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar. Mengapa tidak? Kanak-kanak seawal usia enam dan tujuh tahun susah terdedah dengan aktiviti seks sesama mereka. Ia adalah pengalaman lelaki ini sendiri yang dihubungi oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut yang ingin mengadu dan mencari solusi kepada masalah yang mereka hadapi. 


Kes pertama ini melibatkan murid tahun satu yang mana anaknya melihat rakan-rakan sekelasnya masuk ke dalam almari dan melakukan seks. Bagaimana murid berumur tujuh tahun satu yang masih hingusan itu tahu tentang cara melakukan hubungan seks? Kes ini memang parah! 

Bermain 'kocak-kocak' dalam almari


Kecil lagi dah pandai onani
Manakala kes kedua pula melibatkan kanak-kanak berusia enam tahun yang sudah pandai onani di depan televisyen akibat diajar oleh anak pengasuhnya yang lebih tua. Seperti tidak masuk akal apabila kanak-kanak seusia itu berasa seronok dengan ‘permainan’ sebegitu. 


Kanak-kanak tersebut teruk dipukul kerana onani

Antara risiko apabila anak berada di bawah jagaan pengasuh atau orang luar
Kesian, budak tersebut tidak tahu pun onani itu salah 
Tak setuju murid bawa telefon ke sekolah

Jauhkan gajet daripada anak-anak
Sudah tentu netizen yang bergelar ibu bapa akan panik dan buntu apabila mengetahui anak-anak mereka sudah terlanjur pada usia yang terlalu kecil dan mungkin mereka sendiri tidak pernah menyangka ianya berlaku. Jadi, ramai netizen yang mencadangkan agar anak-anak tidak diberikan gajet dan telefon pintar tanpa kawalan.  

Di sekolah macam mana pula?
Tetapi, ada netizen berpendapat walaupun penggunaan gajet dan telefon dikawal ketika mereka berada di rumah, tetapi anak-anak mereka boleh dipengaruhi oleh murid-murid lain ketika berada diluar dan disekolah. Inilah dilema ibu bapa dan guru-guru sekarang jika semua pihak tidak berganding bahu menjaga dan mendidik anak-anak generasi sekarang. 
Berwaspadalah jika kalian mempunyai anak-anak yang semakin membesar kerana pengaruh negatif disekeliling mereka lebih kuat lebih-lebih lagi jika mereka sentiasa didedahkan dengan gajet dan telefon pintar yang mempunyai kemudahan internet. Kawallah aktiviti anak-anak agar mereka tidak terjebak dengan perkara-perkara yang tidak bermoral dan sentiasa ambil tahu tentang mereka sama ada ketika berada di sekolah, di rumah pengasuh mahupun ketika bersama ahli keluarga sendiri. - CARI    

25

Bagus
8

Marah
6

Terkejut
12

Sedih
6

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 1-11-2018 03:16 PM
sis vokuru masa kecil selalu ngompol
Quote sharlenetexas 1-11-2018 03:21 PM
CiliPadiSedap replied at 1-11-2018 03:16 PM
sis vokuru masa kecil selalu ngompol

Ngompol tu apa sis?
Quote CiliPadiSedap 1-11-2018 03:38 PM

ngompol hampir dalam maksud nya tp bukan kocak. pagi2 sis vokuru jemur tilam ngompol
Quote nisako 1-11-2018 03:52 PM
adui makin teruk aoooooooooooooi
Quote gigimukelabu 1-11-2018 05:18 PM
Makin parah masalah zaman sekarang kalau kecik2 camtu dah reti bab ni adoii feningg
Quote adila39 1-11-2018 08:05 PM
Allahuakbar
Quote kroit92 2-11-2018 04:05 AM
mengucap panjang aku baca.. itupun tak mampu baca habis

takut, sedih..
ape nak jadi ni..

nauzubillah min zalik
Quote saviour_09 2-11-2018 09:14 AM
ni la aku betul2 strict dgn anak
lantak la org nak hencap garang tak bertempat wut so ever
Quote chicozinn 2-11-2018 10:04 AM
allahu akbar..

takut plak aku dgar citer2 cmni..time kcik2 dlu aku xpnah terpkir nk wt bnde2 cmni..jadi tkot lak aku pkir bnde2 cmni..
Quote edee_91 3-11-2018 07:15 AM
saviour_09 replied at 2-11-2018 09:14 AM
ni la aku betul2 strict dgn anak
lantak la org nak hencap garang tak bertempat wut so ever

tak ada maknanya. kau still takkan tau kegiatan secret dia dengan kawan2 dia kelak. peer pressure is a real thing.
Quote LadyCarefree 6-1-2019 09:06 PM
Kelantan. Hihihi
Quote groundfloor 6-1-2019 09:35 PM
Zaman yg mencabar nak membesarkan anak...dari pelbagai penjuru kena berwaspada...
Quote Mata.kucing 6-1-2019 11:32 PM
Mak jgn la salahkn anak umur yg br 6 taon sian sedehnyer kne pukul bertalu msti sakit pttnyer mak yg salah knaper ltk ank dibwh jagaan pengasuh..mak jg la sndri ank mak smue salah mak 6 taon tuh mak
Quote amukgemuk 7-1-2019 12:36 AM
edee_91 replied at 3-11-2018 07:15 AM
tak ada maknanya. kau still takkan tau kegiatan secret dia dengan kawan2 dia kelak. peer pressure  ...

Aku baru nak tulis.

Garang macamana pun, anak takut depan kita je la.
Dengan member dia, member akan cakap "kau nak tengok barang syok tak"

Tekan play kat smartphone yg member dia dpt mana ntah, keluar lah benda2 yg kau masa umur 7 tahun tak terfikir boleh tengok.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.150895 second(s), 59 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top