CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Sudah Berada Di Malaysia, Tunggu Apa Lagi? Segera Dapatkan honor 8X

11-10-2018 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2256| Komen: 10

Description: Setelah diperkenalkan di China pada 5 September lalu, telefon pintar terbaru honor 8X akhirnya secara rasmi dilancarkan di Malaysia semalam iaitu 9 Oktober.
Setelah diperkenalkan di China pada 5 September lalu,  telefon pintar terbaru honor 8X akhirnya secara rasmi dilancarkan di Malaysia semalam iaitu 9 Oktober.

Sudah Berada Di Malaysia, Tunggu Apa Lagi? Segera Dapatkan honor 8X

Seperti biasa ianya diperkenalkan oleh Pengerusi honor Malaysia, George Zhaou Zhiwei dalam majlis pelancaran yang diadakan di ibu negara.



Turut hadir memeriahkan lagi majlis pelancaran termasuk selebriti TV diminati ramai, Zizan Razak yang juga merupakan duta untuk honor 8X. 

Keluaran kali ini didatangkan dengan cip pemprosesan Kirin 710 dengan sokongan memori sehingga 4GB RAM dan ruang simpanan dalaman sebesar 128GB. 


honor 8X tersebut merupakan model yang ke-6 dalam siri honor-X selepas bermula dengan honor 3X dahulu.

Ia turut menyokong fungsi kad mikroSD sehingga 400GB.




Selain itu, jenis skrin yang digunakan adalah jenis LTPS LCD FHD+ bersaiz 6.5-inci dengan nisbah skrin pada peranti mencecah sehingga 91% atau nisbah aspek 19.5: 9.

Tambahan pula, honor 8X adalah telefon pintar pertama yang milik pensijilan TUV Rheinland kerana mempunyai paparan skrin yang bercahaya biru rendah (low-blue light) yang terbukti lebih selamat untuk penggunaan tempoh yang lebih lama.

Bagi spesifikasi kamera pula, honor 8X dilengkapi dengan dwi-kamera utama, 20MP f/1.8 + 2MP serta kamera swafoto dengan lensa tunggal 16MP dengan bukaan aperture f/2.0.




Fungsi kameranya turut dikuasakan oleh teknologi kecerdasan buatan(AI) yang mampu mengenal pasti 22 jenis kategori yang berbeza dan 500 senario dalam keadaan waktu yang sebenar atau 'real-time'.

Bagi yang berminat, honor 8X hanya buka jualannya bermula 12 Oktober pada harga RM949 di laman Shopee sempena Online First Sales anjuran Honor Malaysia. 



Pelbagai hadiah menarik termasuklah Honor Band 3 secara percuma akan ditawarkan kepada mereka yang membeli pada Online First Sales tersebut.

Tawaran istimewa itu juga boleh didapati ketika roadshow Honor 8X yang akan diadakan di MyTown Shopping Centre, KL pada 13 dan 14 Oktober ini.- CARI
33

Bagus
13

Marah
17

Terkejut
40

Sedih
15

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (129 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote highcastle 11-10-2018 10:56 AM
Bawah seribu storage 128GB kira ok lah tu.  Skg HP org suka tgk kamera mana yg cantik.....
Quote mieymiey 11-10-2018 11:04 AM
Kira mur mur juga eh tak sampai RM1k.
Quote amisery 11-10-2018 11:09 AM



Quote insulin 11-10-2018 11:12 AM
mieymiey replied at 11-10-2018 11:04 AM
Kira mur mur juga eh tak sampai RM1k.

Haha. Mur mur...
Quote mieymiey 11-10-2018 11:23 AM

Bahasa online seller sekarang 'mur mur', 'laku keras'
Quote namr 11-10-2018 11:25 AM
Tak nak
Quote AbukRokok 11-10-2018 01:43 PM
xpelah tunggu setahun bru beli nti turun la 200
Quote buragazz 11-10-2018 02:08 PM
Aku nak try Huawei la.. semenjak Iphone dah ghege 7K giler..
Quote devilito2 17-10-2018 04:04 PM
bawah 1K... ok la

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.070434 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top