CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Enggan Buka Tudung, Atlet Judo Indonesia Hilang Kelayakan

10-10-2018 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2701| Komen: 10

Description: The Jakarta Post melaporkan, seorang atlet dari Indonesia, Miftahul Jannah dilaporkan hilang kelayakan menyertai pertandingan judo di Asian Pra Games 2018 kerana enggan membuka hijabnya.
Dalam Islam, perintah menutup aurat adalah wajib ke atas setiap muslim, tidak kira sama ada bagi lelaki atau perempuan.

The Jakarta Post melaporkan, seorang atlet dari Indonesia, Miftahul Jannah dilaporkan hilang kelayakan menyertai pertandingan judo di Asian Pra Games 2018 kerana enggan membuka hijabnya. 




Orang ramai bersimpati dengan Miftahul yang hilang kelayakan bertanding, tetapi memuji pendirian gadis itu yang enggan mendedahkan aurat di khalayak.

Gadis yang berusia 21 tahun itu kelihatan menitiskan air mata selepas pengadil membatalkan kelayakannya dalam acara judo wanita kategori 52 kilogram yang berlangsung di Jakarta International Expo Kemayoran Isnin lalu.

Difahamkan, pembatalan itu dilakukan selepas mesyuarat jawatankuasa teknikal memutuskan pengharaman hijab sehari sebelum pertandingan, atas alasan keselamatan.


“Apa pun risiko, saya tetap tidak akan membuka hijab. Saya sedih kerana sudah berlatih selama 10 bulan, dan bekerja keras hingga pernah mencederakan tangan."

“Namun, inilah hasilnya (hilang kelayakan). Dan keputusan telah pun dibuat,” kata Miftahul.


Kredit foto: www.thejakartapost.com

Sementara itu, jurucakap pertandingan, Ahmad Bahar berkata, pemakaian hijab berpotensi digunakan pihak lawan untuk mencekik leher atlet dan boleh membawa kepada kematian.

Jelas Ahmad Bahar, hal yang perlu ditekankan bukan kerana juri tidak membenarkan orang Islam menyertai pertandingan. Tetapi peraturan antarabangsa menetapkan sejak 2012, bahawa setiap atlet judo dilarang mengenakan tudung bagi acara itu.- CARI
57

Bagus
27

Marah
20

Terkejut
34

Sedih
23

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (191 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azwanaliori 10-10-2018 10:54 AM
Oh yela, nnt pihak lawan rentap tudung tu n belit tengkuk ke apa ke kan risiko tinggi.

Maybe boleh ikhtiar tudung yg lebih sesuai ala ala swimming cap yg  melekap di kepala dan leher... Jgnla pakai tudung berkibar2 mcm tudung bawal.  
Quote nisako 10-10-2018 10:57 AM
la sian dia …………..
Quote kuihbakar 10-10-2018 10:58 AM
Religion first. Sport not first
Quote nolya 10-10-2018 11:10 AM
Edited by nolya at 10-10-2018 11:13 AM

Bertolak drp insiden begitu, barangkali pihak komiti  Sukan Paralimpik dpt menyemak semula peraturan  untuk membolehkan peserta muslimah  berhijab mengambil bahagian menggunakan penutup kepala berlekap.

Miftahul Jannah kukuh mempertahankan jatidiri muslimahnya  sedangkan peraturan paralimpik juga  kekal dgn peraturannya demi keselamatan peserta.  Wajar juga jika peraturan trs tidak dicurigai atau diperlekehkan.  Therefore  either U take it or U leave it.    Miftahul telah  memilih dn  mendahulukan akhiratnya drp merebut keunggulan duniawinya.  Syabas Miftahul Jannah!
Quote fox. 10-10-2018 11:32 AM
kesian. bila tengok riak wajahnya lagi kakak kesian. muga nanti ada yg cipta tudung yg boleh digunakan untuk sukan2 tertentu. demi perjuangan, keselamatan dan keselesaan mereka jua
Quote chinta89 10-10-2018 04:29 PM
hrp lps ni ade cadangan yg lbh baik. mungkin tudung yg lebih sesuai like yg digunakan kat swimming pool tu?
Quote sofiazara 10-10-2018 04:33 PM
baru nak tengok sheol juling, tapi rupanya para games ya
Quote RatuDunia94 11-10-2018 12:44 AM
Nasib kena kat negara sendiri.. can u imagine kalau malaysia yg jd tuan rumah?
{:smile
Quote syadail 11-10-2018 08:50 AM
Rasanya mesti dah tahu peraturan tu awal awal lagi kan. Sebelum berlatih lagi.

Ker peraturan tu baru wujud right sebelum pertandingan di jalankan.

tak faham I.

Quote amisery 11-10-2018 11:05 AM
kahkahkahkah comel nyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.047084 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top