CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menangis Pengantin Bersanding, Katerer Lari 24 Jam Sebelum Majlis

8-10-2018 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9757| Komen: 79|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Pasangan pengantin ditimpa malang apabila pihak katerer cabut lari, 24 jam sebelum majlis kahwin berlangsung.
Pasangan pengantin ditimpa malang apabila pihak katerer cabut lari, 24 jam sebelum majlis kahwin berlangsung.

Nur Azidah Mat Ali, 23, dan pasangannya Muhammad Faris Kamil, 25, menerima panggilan daripada seorang pembekal katerer yang memintanya datang ke balai polis. 


Foto: mStar Online
"Pemilik butik yang menjadi pembekal katerer itu memberitahu ada masalah besar dan minta saya segera ke balai polis.

"Di situ, baru saya tahu yang pemilik katerer dah lari dan ada beberapa pasangan lain juga tengah buat laporan polis," katanya kepada mStar Online.

Tambah Nur Azidah, dia mengalami kerugian sebanyak RM7708 dan terpaksa meminjam wang daripada keluarga lain dalam tempoh 24 jam.



Foto: mStar Online
"Kakak saya sanggup gadai barang kemas untuk pastikan kenduri pada Sabtu tetap berlangsung seperti yang dirancang.

"Ahli keluarga lain turut meminjamkan duit untuk tampung bayaran kepada katerer baharu sebanyak RM11,000," katanya yang bersanding dalam keadaan mata bengkak kerana menangis.

Nasib baik baginya kerana membuat bayaran berasingan kepda pemilik butik pengantin berbanding membayar penuh kepada katerer tersebut.

Seorang lagi bakal pengantin dikenali sebagai Teha, 21 mungkin menjadi mangsa seterusnya apabila katerer sama mengilangkan diri.

Foto: mStar Online
"Saya ambil pakej dengan mereka sebab ada dua saudara yang pernah menggunakan khidmat katerer itu dan semuanya berjalan lancar.

"Nampak mereka macam meyakinkan kerana ambil artis terkenal jadi duta. Walaupun pada mulanya rasa ragu-ragu sebab lokasi pejabatnya yang tersorok di Kampung Melayu Subang."

Teha mendakwa yang dia telah membuat bayaran penuh, RM13250 kepada katerer berkenaan.

Wanita tersebut yang menubuhkan grup WhatsApp 'Mangsa M******* I*****' dan disertai oleh 103 pasangan pengantin lain. -CARI
16

Bagus
23

Marah
12

Terkejut
18

Sedih
14

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 7-10-2018 09:42 PM
Apa nama caterer tu? MI for?
Quote shernazz 7-10-2018 09:54 PM
moonbug replied at 7-10-2018 09:42 PM
Apa nama caterer tu? MI for?

Mahligai impian dear..
Quote shernazz 7-10-2018 09:55 PM
Jilaka.mahligai neh..
Iols teringat lagu yang xdak kena mengena
Kaubina mahligai...dari air mata...yang jatuh berderai...di wajah sepi kuuu...
Tp ni pengantin yangkena...
Quote kechikchomel 7-10-2018 10:05 PM
Katering MI ni satu msia kan? Tak silap iolss adik kwn iolss pny majlis amik katering ni la. Problem jugakkk..adik dia tu kenduri kt belah kuantan ke pekan ntah
Quote AsMalaysia 7-10-2018 10:39 PM
saya penah pegi kenduri kawin keluarga daif, makan nasi putih dan ikan kering. tu pun meriah dan happy. i think itu berkat namanya
Quote chicozinn 7-10-2018 10:55 PM
Minggu ni memang citer hot psl wedding planner durjana ke?dari vid puaka smpai caterer terhanat kot..huhu
Quote sambaldurian 7-10-2018 11:19 PM
Ot jap.ak xtaw nape org melayu punya wedding kena buat besar2an. Br2 ni tgk drama familiar wife scene wedding tu just ada keluarga n teman rapat. Duduk kt meja bench dlm 20 org (yela nk buat besar2 kena upah extra bnyk) tp still nmpak cm majlis kawin. Tp ape2 pun katerer tu klu x reti niaga, jgn meniaga. Mendajalkan org je.
Quote batmana 7-10-2018 11:19 PM
Nak wt majlis kawin skrg ni.mmg Kene ada 2 plan.
Budjet tu kena bahagi dua tuk plan B.klu tk cukup,wt skdar yg mampu tuk wt syarat sudah.
Nabi pn dh pesan seekor kambing pn oke.

yelah
Manalah tau tukang masak tetiba mati mengejut..atau satu team mati kebakaran,dh tertangguh katerer majlis tu

Dlm zmn skrg.rmai katerer menipu.lari bwa duit.pening nk pkir plan B

Quote vespa_oren 7-10-2018 11:20 PM
Murah lak caterer nie ambil
Adik aku hari tu rm15k untuk katering jer
Quote makita 7-10-2018 11:28 PM
Lecehnya bila ade org masuk industri semata2 nk tipu duit org.
Kalu tipu buat bday party ke xpe la..ni tipu kenduri kwen..gila.
Quote nishikido 7-10-2018 11:29 PM
Besarnya dugaan chuolls..moga Allah ganti dengan lebih baik nanti.sabarlah
Quote prettyuglybabe 8-10-2018 12:56 AM
kalau package murah tu, dah tentu-tentu scam..
yang kelakar, nak buat majlis gah tapi dalam akaun takde duit rm20k ke apa sampai orang lain pulak bergolok gadai keluar simpanan semata-mata tak nak majlis ko rosak..
habis majlis korang laki bini nak hidup cam mana?
menumpang rumah mak bapak sampai dapat gaji?
Quote munchkin 8-10-2018 01:29 AM
Kenapa nak tapis nama bongok???
Quote munchkin 8-10-2018 01:37 AM
prettyuglybabe replied at 8-10-2018 12:56 AM
kalau package murah tu, dah tentu-tentu scam..
yang kelakar, nak buat majlis gah tapi dalam akaun t ...


Begitulah gamak nya.

A few saudara i sampai sekarang dok ngan mak pak. Sekarang maksud i dah 5-6 tahun masih dok ngan mak pak.

Pelamin setup macam kat kayangan. Lepas kawin dok ngan mak pak. Pelamin lagi mahal dari katil.

Dari berabis pelamin bagai baik beli katil tilam harga riban2 hari hari selesa membuta.  
Quote borne 8-10-2018 01:51 AM
Edited by borne at 8-10-2018 01:53 AM
sambaldurian replied at 7-10-2018 11:19 PM
Ot jap.ak xtaw nape org melayu punya wedding kena buat besar2an. Br2 ni tgk drama familiar wife scen ...


Mak bapak aku kwen 70s dulu pon grand jugk.  Bapak aku ambik la tukg masak istana.  Last2 habis sume orang cirit-birit..

Mak aku buntig pelamin lebih kurg maka trlahirlah aku..  Adekah krn berkat cherryberry tersebut?
Quote MarryPottet 8-10-2018 02:50 AM
celaka punya yahudi!
Quote eLiaD 8-10-2018 05:54 AM
abis cm tu je repot polis meratap pas tu bergolok gadai trus kn majlis sdg kn si penipu dh kenyang lari bwa duit klau berterusan cm ni smpi kak hasanah mampos la korg kna tipu idup2
Quote TuntungReturn 8-10-2018 07:23 AM
kdg benda murah mmg x logik.catering 1000 pax lauk mcm2. pelamin,sistem audio lgik apa lgik rm12000. catering saja pun pling murah rm 10 sekapala dh skang.
Quote haryatie 8-10-2018 07:24 AM
x selamat mana hidup org yg menipu ni
x guna betulll...
balasan ttp ada
tp kesian la dgn pengantin

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.071219 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top