CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kena Raid Di Hotel Bajet Walaupun Duduk Seorang" - Operasi Cegah Khalwat Punya Pasal!

8-10-2018 11:27 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 12676| Komen: 32|Original author: Oleh: Whitney

Description: Baru-baru ini heboh tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr.Mujahid Yusuf bahawa isu khalwat bukanlah urusan kerajaan. Jadi, selepas ini tidak akan ada lag ...

Kredit foto: Google (gambar hiasan)
Baru-baru ini heboh tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr.Mujahid Yusuf bahawa isu khalwat bukanlah urusan kerajaan. Jadi, selepas ini tidak akan ada lagi ketukan, serbuan atau pintu yang dipecahkan di tengah malam bagi menghalang orang Islam berkhalwat. 

Sedangkan sebelum ini, pihak majlis agama dan badan-badan NGO Islam banyak terlibat dengan operasi pencegahan maksiat dan khalwat yang dilakukan oleh orang Islam sama ada di rumah, hotel-hotel dan sebagainya. Ia adalah salah satu tuntutan dalam agama Islam agar umat Islam tidak melakukan dosa berkhalwat dan mereka yang melakukannya perlu diambil tindakan. 

Bagaimanapun, isu penangkapan individu yang berkhalwat ini mempunyai sisi positif dan negatif. Seorang netizen telah memuat naik status di twitternya bagi berkongsi cerita tentang dirinya yang pernah diserbu pada waktu tengah malam oleh pihak majlis agama ketika sedang tidur di sebuah hotel bajet. Dia ketika itu seorang diri di dalam bilik hotel tersebut tetapi kesal kerana kelakuan kasar mereka yang datang menyerbu itu seolah-olah dia turut terlibat dengan aktiviti khalwat. Malah, malangnya bukan sekali pintu biliknya diketuk dengan kuat oleh mereka yang terlibat dengan operasi mencegah aktiviti khalwat, tetapi dua kali dalam satu malam!





Terjah tanpa bukti!

Ramai netizen yang berpendapat bahawa sepatutnya pihak yang melakukan operasi mencegah maksiat dan khalwat perlu mempunyai bukti dan menerima aduan berkenaan kesalahan yang dilakukan. Ini tidak, banyak terjahan yang dibuat tanpa bukti sehingga ia menganggu ketenteraman dan privasi mereka yang tidak terlibat dengan aktiviti khalwat. 



Biarlah mereka menjalan tugas

Ada netizen yang bersetuju dengan tindakan pihak pencegah maksiat yang konsisten melakukan aktiviti menangkap orang yang berkhalwat kerana ia adalah tuntutan agama Islam. Jadi, mereka tidak patut dihalang untuk melakukan kerja-kerja dakwah bagi mengelakkan kesan buruk kepada masyarakat pada masa akan datang. Bagaimanapun, ia tidak patut menganggu privasi mereka yang tidak terlibat yang mana turut diganggu dan disoal siasat bagaikan pesalah. 

Diganggu ketika sedang tidur

Ramai juga netizen yang berkongsi pengalaman mereka diserbu ketika menginap di hotel dan disoal siasat pada waktu tengah malam. Sedangkan mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan dan merasa bengang kerana tidur malam mereka terganggu. 


Tak sempat pakai baju dan tutup aurat

Beberapa orang netizen turut marah dan tidak bersetuju dengan beberapa situasi yang berlaku ketika operasi mencegah maksiat dan khalwat yang dilakukan oleh mereka yang terlibat. Banyak kes yang mana mereka yang ditangkap atas kesalahan khalwat tidak sempat berpakaian dengan elok tetapi dirakam oleh kamera. Hal ini turut berlaku kepada mereka yang tidak melakukan maksiat tetapi bilik mereka diserbu dan diarah membuka pintu dengan segera sehingga tidak sempat menutup aurat dengan sempurna. 

Membanteras aktiviti khalwat dan maksiat sememangnya tidak salah malah amat digalakkan tetapi pihak terlibat perlu mengkaji dan mengambil langkah yang betul agar ia tidak menganggu privasi mereka yang tidak terlibat. Setuju tak? - CARI 

29

Bagus
13

Marah
22

Terkejut
19

Sedih
17

Lawak
35

Bosan

Friends Rank (135 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarahmirza 8-10-2018 11:42 AM
Saman je...

Sibukkan orang berkhalwat..
Entah2 kalangan tukang serbu tu tanggungjawab kat anak isteri pun tak sempurna..
Quote MadameOnion 8-10-2018 11:48 AM
hmmmmmmmm
Quote zu_nia 8-10-2018 12:44 PM
Banyak kali pihak duk putar belit statement Mujahid nie. bab khalwat nie yea member aku yg sarat pregant pun kene serbu. Wth. Padahal dh sah2 ada anak sorang pakej dalam perut lagi. Memang patut SOP tue kene improve balik.
Quote L211 8-10-2018 12:51 PM
hahaha kekdg JAI mana2 negeri ni kelakar nk mampus.. iols penah laa scandal sorg laki ni hensem laaa juga cuma masa tu dia keje kat kolej.. selang 2 thn , iols jmp dia kat JAIP..and heolss terkejut tgok iolss.. terus amek no fon.. dia mesej and call ajak i check in.. hahhaha WTF laa, tempoh 2 thn penah scandal tp xpnh nk lebih2, bila tetiba ajak check in iolss rasa kira dia ada kuasa & tak perlu takut kalau ada raid barangkali.. iolss tolak sbb hlg respek kat org yg keje JAI yg perangai lebih kuah dr sudu
Quote dewi 8-10-2018 01:10 PM
org kata depa ni bertindak atas aduan org ramai gak tapi aduan tu kadang tak berasas,

dulu masa acik kecik , sekolah men la gitu. mak dgn abah cerai. baru lagi la so masa tu pak sedara yg mana concern rajin dtg jengukkat umah tgk2 kaka depa n anak2 buah. sbb diorang pun kerja so dtg umah malam la. umah flat ni kalau kasut tinggal luar kejap je ilang so . bila pak sedara dtg kita letak kasut dia kat dlm umah.

tetiba satu mlm ada org ketuk pintu umah. ada pak imam ada polis. cakap nak cek umah ada aduan mak khalwat. ie jantan asing masuk umah.  ada lojik ke umah tu ada mak and anak2 5 org boleh buat serbuan khalwat?

masa tu pak sedara tgh dok minum dgn kami semua kat depan umah.  siap minta ic pak sedara nak tgk betui ke adik beradik mak . WTF kan terang2 anak2 sedara ada 5 ketui depan mata . mana mai mak aku khalwat tah.  kalau ye pun la tetamu lelaki tu bukan mahram.  pas tu org surau yg dtg dgn pak imam semua malu la sbb dgr sgt aduan org2 yg tak berasas tu
Quote chazey 8-10-2018 01:25 PM
@mbhcsf suka kot dibuat gini.
Quote CardiGans85 8-10-2018 01:43 PM
dewi replied at 8-10-2018 01:10 PM
org kata depa ni bertindak atas aduan org ramai gak tapi aduan tu kadang tak berasas,

dulu masa a ...

Pelik kan. Dah kenapa dorang ni? Layak kena maki.

Aku yg dah nikah pun hampir nak kena gak tapi nasib la Allah Swt tutup aib kami semua sebab aku + suami ada kt kg sebab buat kenduri sikit. Tetiba pak guard kitorg (orang melayu yg duduk area situ) call suami cakap ada orang masjid/pejabat agama nak serbu rumah.

Sedih betul aku masa tu. Blk dari kg, suami singgah masjid dan tunjuk bukti pernikahan kami. Inai kat jari pun masih ada..Sedih betul aku ms tu.
Quote dewi 8-10-2018 01:49 PM
CardiGans85 replied at 8-10-2018 01:43 PM
Pelik kan. Dah kenapa dorang ni? Layak kena maki.

Aku yg dah nikah pun hampir nak kena gak tap ...

yg decide nak buat serbuan dari aduan di terima pun jenis gelojoh. tak reti2 nak siasat dulu.  asal ada aduan je terus serbu. gitu la jadinya
Quote Foxey 8-10-2018 01:52 PM
dasatnya dorang raid macam ni. melampau la amik video bagai. itu dah kira amik kesempatan namanya, especially macam kes yang baru pas mandi, tak sempat pakai baju, yang bukan khalwat pun
Quote CardiGans85 8-10-2018 01:59 PM
dewi replied at 8-10-2018 01:49 PM
yg decide nak buat serbuan dari aduan di terima pun jenis gelojoh. tak reti2 nak siasat dulu.  asa ...

Itu la, keywordnya 'gelojoh'.

Jangan gelojoh dan main serang je macam kita ni minta makan daripada dia.

Membantu orang memerlukan macam ibu tunggal banyak sangat form kena isi, kalau bab serbu menyerbu ni senang je buat kerja.

Aku sebenarnya mcm fobia dengan perkara ni. Sampai satu tahap, nak pergi menginap di hotel kat Malaysia ni aku still bawa sijil nikah yang aku siap laminate walaupun ada kad nikah. Gambar nikah kat handphone pun sentiasa ada.
Quote joeyss 8-10-2018 02:14 PM
Tak ada sesiapa pernah saman ke?
Quote AbukRokok 8-10-2018 02:51 PM
hahahaha aku pun pernah kena raid masa kat kedah
masuk cari terus sampai ke tandas.....
Quote AbukRokok 8-10-2018 02:53 PM
terasa mcm artis popular lak masa kne raid dulu...auuwwwww
Quote kroit92 8-10-2018 03:00 PM
dah la budak zaman sekarang ramai kawen awal. dah ada ikatan sah pun kena raid jugak

teringat member2 masa kat uia dulu. kawen time study, takpun lepas grad je terus ke pelamin.
muda2 semua. orang tak kenal mesti ingat couple, padahal laki bini dah
ada tu pergi ke kelas dah ada baby dalam perut, awww, sweet je tengok diorang

tapi tu la, kena raid memanjang, mampos
Quote gusikuberdarah 8-10-2018 03:05 PM
Ada member pernah kena. Diorang satu family balik dari kenduri. Sampai rumah malam boleh pulak kunci hilang. Ngantuk punya pasal diorang check in je lah hotel dulu. Esok baru settle mcm mana nak masuk rumah. Suami isteri dan anak kecik dalam 3-4 orang tido satu bilik.

Sekali kena raid mcm ni lah. Boleh pulak diorang ni tak bawak kad nikah memasing. Gila susah nak yakinkan pegawai tu. Siap tunjuk surat beranak anak2 dia pun tetap kena kata buat maksiat jugak. Esoknya diorang pegi settle kat pejabat agama. Tak tau lah apa jadi lepas tu.
Quote sofiazara 8-10-2018 03:05 PM
baper banyak dah pej agama ni kena saman sebab menceroboh eh?
membazir je nak kena pi bayar saman bagai
Quote pokaibanktokyo 8-10-2018 05:23 PM
Cibai tul sekor sekor
Quote giyomi 8-10-2018 05:40 PM
pihak polis pon sama, kawan iol citer, sb pagi nak jumpa klien kat area2 htl tu, tido htl tu n jumpa klien keesokan hari( kat restoran hokey), mlm nya pihak polis raid pastu tanya soalan bodo, napa sewa kat sini, dah duit dia, sukahati dia lar nak sewa mana ppon...haishhh ni lar berlaku bl rasa kuasa di tangan mereka.
Quote pokaibanktokyo 8-10-2018 06:46 PM
Cipap cipap itu semua tak berani pulak serbu hotel mewah. Sedar pun diri masing masing yang hina dina itu akan dihalang dan dihalau

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.068589 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top