CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tip Mudah Masak Ikan Tongkol Agar Lebih Sedap Dan Pejal Dagingnya

5-10-2018 01:00 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 6964| Komen: 13|Original author: Oleh: faizal

Description: Ikan tongkol masak lemak ataupun sambal makan dengan nasi dagang memang kegemaran rakyat di Pantai Timur. Untuk pengatahuan semua, sajian nasi dagang bersama ikan tongkol anda boleh nikmati seawal sar ...
Ikan tongkol masak lemak ataupun sambal makan dengan nasi dagang memang kegemaran rakyat di Pantai Timur. Untuk pengatahuan semua, sajian nasi dagang bersama ikan tongkol anda boleh nikmati seawal sarapan pagi lagi.


Namun, taukah anda, peghasilan menu ikan tongkol yang sedap dan umph bermula dari penyediaanikan itu sendiri. Rahsianya ikan itu perlu direbus dahulu. Nak tahu caranya? Jom lihat cara Cikgu Afy Al Habibi kongsikan cara-cara rebus ikan tongkol yang sebenar.

Cara-cara merebus ikan tongkol

Bahan-bahan

6 ekor ikan aya/tongkol saiz sederhana
Garam halus secukupnya
Hirisan halia
Hirisan lengkuas
Sedikit cuka makan
2-3 helai daun pandan

Cara-cara memasaknya

1. Bersihkan ikan dan toskan airnya.

2. Dalam periuk yang bersesuaian, susu 2-3 helai daun pandan sebagai alas. Fungsinya ia akan membantu membuang hanyir pada ikan.


3. Susun ikan elok di dalam periuk dalam 1 lapisan.

4. Tabur garam halus sebanyak 1 setengah sudu teh setiap lapisan.

5. Masukkan juga 3/4 sudu makan gula melaka.


6. Tambahkan hirisan lengkuas dan halia.

7. Renjiskan cuka atas ikan secara rata. Penggunaan cuka inilah rahsia kepingan ikan menjadi pejal.


8. Ulang cara yang sama untuk lapisan seterusnya. Cuma tak perlu tambahkan daun pandan lagi. Tak perlu masukkan air kerana sewaktu ikan dalam peroses rebusan, air dari ikan keluar sendiri.


9. Lapisan paling atas, letakan kepala ikan untuk elakkan ia cepat hancur.

10. Boleh buka api. Rebus ikan guna api paling perlahan dan masak kira-kira 1 jam. Pastikan tudung ditutup sewaktu merebus.

11. 10 minit sebelum tutup api, buka penutup periuk dan besarkan api sedikit. Biarkan air rebusan ikan tinggal 1/4 sahaja.


12. Setelah siap merebus, biarkan ikan sejuk sebelum diasingkan. Makin dibiar lama, ia akan menjadikan gulai ikan nanti menjadi lebih sedap.


13. Siap. Dah bolehlah masuk ke dalam gulai.


Selamat mencuba! - CARI 

19

Bagus
19

Marah
18

Terkejut
29

Sedih
15

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awanearisu 5-10-2018 01:28 PM
Terima kasih TT. Nak cuba lah
Quote guesswho09 5-10-2018 01:29 PM
My recipe tak letak halia
cuma letak lengkuas, garam, gula, asam keping
Lapik daun pandan
Quote moonbug 5-10-2018 01:33 PM
Macam mana nak bezakan ikan tongkol lembut dengan keras? Sampai sekarang tak reti. Yang lembut tu sedap juga isi dia
Quote kucingitam 5-10-2018 02:11 PM
yang lembut tu, sirip tepi dia panjang..
Quote helicornia 5-10-2018 02:15 PM
yang step 1 tu toksinkan air? biar betik
Quote lyza2474 5-10-2018 02:20 PM
yg lembut tu warna hitam
Quote missDollie 7-10-2018 01:31 PM
Kalo tak masuk air tak hangit keeee??
Quote syue86 8-10-2018 08:48 AM
helicornia replied at 5-10-2018 02:15 PM
yang step 1 tu toksinkan air? biar betik

die nak tulis 'toskan' kot..
Quote syue86 8-10-2018 08:49 AM
missDollie replied at 7-10-2018 01:31 PM
Kalo tak masuk air tak hangit keeee??

Tak perlu masukkan air kerana sewaktu ikan dalam peroses rebusan, air dari ikan keluar sendiri. - ni dia tulis..lgpun api perlahan
Quote tri-max 9-10-2018 12:26 PM
ikan aya ni adik beradik sikit ngan ikan salmon kan?
kira macam ikan salmon kasta tinggi sikit dr aya.
Tak pernah beli ikan tongkol sbb ikan ni jenis berdarah banyak which is i sgt phobia
Quote CARI-MAMS 9-10-2018 04:52 PM
moonbug replied at 5-10-2018 01:33 PM
Macam mana nak bezakan ikan tongkol lembut dengan keras? Sampai sekarang tak reti. Yang lembut tu se ...

min suka yg sirip panjang tu sbb dagingnya lembut...yg sirip pendek, daging keras
Quote palmolive 15-10-2018 12:36 PM
tri-max replied at 9-10-2018 12:26 PM
ikan aya ni adik beradik sikit ngan ikan salmon kan?
kira macam ikan salmon kasta tinggi sikit dr a ...

ni spesis tuna la...
Quote tri-max 15-10-2018 01:47 PM

ooo i see,

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.049507 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top