CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Filem & Drama Lihat artikel

Chris Evans Ucap Selamat Tinggal Kepada Watak Captain America, Peminat Emosional

5-10-2018 11:38 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 6739| Komen: 25|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Pelakon Chris Evans hari ini mengucapkan selamat tinggal kepada watak Captain America yang sudah dipegangnya selama hampir sepuluh tahun.

Pelakon Chris Evans hari ini mengucapkan selamat tinggal kepada watak Captain America yang sudah dipegangnya selama hampir sepuluh tahun.


 

Kredit Foto: Screent Rant


Chris mengumumkan keputusannya itu dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun twitternya. 'Hari ini secara rasmi tamatnya penggambaran filem Avengers 4, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kru dan peminat, saya sangat bersyukur atas sokongan semua' katanya.


 

Kredit Foto: Twitter


Pelakon itu pernah beberapa kali mengumumkan niatnya untuk melepaskan watak itu. 'Kamu perlu tinggalkan keretapi semasa masih diperlukan, jangan tunggu kamu ditolak jatuh' katanya dalam satu wawancara dengan The New York Times. 


Kredit Foto: Paste Magazine


Chris, 37 , melakonkan watak favorite, Steve Rogers aka Captain America dalam Captain America: The First Avenger (2011), The Avengers  (2012), Captain America: The Winter Soldier (2014), Avengers: Age of Ultron  (2015), Captain America: Civil War  (2016), dan Avengers: Infinity War  (2018). Watak beliau juga membuat kemunculan dalam beberapa filem Marvels lainnya. 



Kredit Foto: Twitter


Kredit Foto: Twitter


Pengumuman Chris itu disambut dengan reaksi emosional oleh peminat-peminat Captain America. Pelakon-pelakon seperti Ryan Renolds dan The Rock turut mengucapkan tahniah kepada beliau.



Kredit Foto: Twitter

Chris mula memegang watak ikonik itu pada tahun 2010 walaupun banyak yang meragui penerimaan peminat kerana beliau pernah memegang watak Johnny Storm dalam beberapa filem Fantastic Four sekitar tahun 2005-2007. Pemilihan Chris pada ketika itu mengenepikan calon lain antaranya John Krasinski, Scott Porter, Garrett Hedlund, Patrick Flueger, Michael Cassidy, Wilson Bethel, Chace Crawford. Dan Mike Vogel.


Kredit Foto: Twitter


Berikutan persaraan Chris, spekulasi kini mula bertiup kencang mengenai pelakon yang bakal menggantikannya berikutan masih terdapat beberapa siri komik Marvel berkaitan watak itu yang belum difilemkan. - CARI 

22

Bagus
27

Marah
31

Terkejut
31

Sedih
33

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (169 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cicisweets 5-10-2018 11:41 AM
Dah tu sapa amik alih watak tu patah amin ka?
Quote buragazz 5-10-2018 11:47 AM
Amek adik thor la.. si Liam.. tapi sebab dah 10 tahun memang agak susah la nak lupa sbb dia tak mati dia diganti.. macam kes logan dia mati.. apsal lately ni ramai yang kluar ekk Superman out star trek Chris Pine blah sumer movie2 yang aku layan dan follow...
Quote Sang_Pencinta 5-10-2018 11:54 AM
Kalau lama sangat pegang watak bila dah lepaskan susah dapat tawaran watak lain.

Pelakon James Bond selalu macam tu,

Mereputlah dengan watak James Bond sepanjang career

Mungkin dia nak lari dari watak Capt America kot
Quote Artemesiaa 5-10-2018 12:21 PM
Walaupun akan miss dia sebagai Captain Amerika tapi untuk kelangsungan kerjayanya dalam bidang lakunan hanya ucapan All the best buat dia
Quote chicozinn 5-10-2018 01:58 PM
Ku syak nazim othman akan jadi captain amarika setelah beliau frust tolak tawaran berlakon filem Paskal
Quote MsKathryn 5-10-2018 02:44 PM
Sedih la gak sebab dh biasa tgk dia sbg Captain America.
Quote mizzmimi 5-10-2018 03:17 PM
Tweetus Deletuss.. Kahkah
Quote greantea 5-10-2018 03:18 PM

tiada siapa dapat menggantikan chris evan sbg capt america
Quote Sang_Pencinta 5-10-2018 03:50 PM
Superman pun tukar kan?
Quote MadameOnion 5-10-2018 03:51 PM
awat i emosi ni? tetiba rasa nak nangis..dok teringat dari the first avenger sampai infinity war..macam2 dah cap went through..emmm sedehhh
Quote pai.kacang 5-10-2018 03:54 PM
Cicisweets replied at 5-10-2018 11:41 AM
Dah tu sapa amik alih watak tu patah amin ka?

kalau patah amin yang ganti.. mau laa ig tu penuh dengan story dia sj
Quote Shirley23 6-10-2018 11:09 PM
Alaaa, sayang betol la. Chris evans ni eye candy . Kalau Scarlett Jo diganti oleh pelakon lain iols tak kisah sangat. Boringla  minah tu, ekspresi muka keras kejung.
Quote sarah_ary2 7-10-2018 09:58 AM
Captain America yg first is always the most memorable and emotional marvel
movie yg ai pernah tgk, dunno why the ending sgt sedih bg ai
Quote mieymiey 8-10-2018 10:35 AM
Tidakkkkkkkkkkkkkkkk
Quote Foxey 8-10-2018 04:16 PM
alaaa... dah kenapaaa... he fits the character to the T... sedih
Quote Foxey 8-10-2018 04:19 PM
chicozinn replied at 5-10-2018 01:58 PM
Ku syak nazim othman akan jadi captain amarika setelah beliau frust tolak tawaran berlakon filem Pas ...


Quote Sang_Pencinta 9-10-2018 12:26 PM
Quote delia3003 9-10-2018 02:19 PM
My fav MCU superhero. Satu-satunya solo movie MCU superheroes yang I follow
Quote Sang_Pencinta 10-10-2018 06:28 PM
Kalau ikut IMDB dia sangat laris sekarang. Tawaran filem full sampai 2020. Sebab tu dia lepas watak ni kot.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-12-2022 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.131607 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top