CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Suami Iras Penyanyi Shahir, Wanita Badan Gempal Ini Cerita Rahsia 'Ikat' Hati Suami

3-10-2018 11:23 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 13907| Komen: 103|Original author: Oleh: Azza

Description: Jodoh itu rahsia Allah, jadi tiada siapa yang mampu menidakkan bila seseorang itu akhirnya menjadi suami/isteri kita. Pastinya disekeliling kita ramai pasangan yang tidak sekufu dari rupa paras mahupu ...



Jodoh itu rahsia Allah, jadi tiada siapa yang mampu menidakkan bila seseorang itu akhirnya menjadi suami/isteri kita. Pastinya di sekeliling kita ramai pasangan yang tidak sekufu dari rupa paras mahupun darjat. Kebiasaannya si isteri yang memiliki kelebihan seperti lebih cantik dan lebih kaya manakala si suami pula biasa-biasa sahaja.

Namun, jarang kita terjumpa lelaki kacak (ada yang menyatakan rupa si dia persis penyanyi Shahir) tetapi beristerikan wanita bertubuh gempal serta penampilan sederhana sahaja. Ia dinyatakan sendiri oleh wanita tersebut, Astiey Nurasiah dalam coretannya di Facebook yang menyaksikan hampir 5,000 perkongsian di laman media sosial tersebut.


Kredit foto: Facebook

Pengakuan Astiey tidak terhenti setakat itu kerana suaminya akan memuji kelebihan isterinya tatkala memberi pendapat bernas. Hal ini membuatkan ramai pembaca terpesona dengan kebaikan yang ditonjolkan oleh suami wanita ini.

"Dia tak kisah takda duit untuk barang dia demi hantar Kak As pergi spa. Jujur cakap, beli produk SK11 sebulan spend RM1,000. Dia bukan nak Kak As nampak cantik depan mata orang. Tapi depan dia. Sebab tu dia belikan barang mekap mahal macam Dior, Mars Jacobs dan segala mekap yang Kak As tak kenal pun. Walhahl bagi Kak As, beli yang RM5 pun dah okey sangat."

Ternyata si suami sangat romantis seperti watak dambaan ramai wanita di rancangan dramai rantaian TV3 pula. Malahan pujian dan kata-kata sayang diucapkan setiap hari seperti 'sayang abang cantik dan baik' membuktikan yang lelaki ini benar-benar menyayangi isterinya tanpa mempedulikan pandangan negatif orang lain. Benarlah kata pepatah 'dont judge book by cover' adalah paling tepat diumpamakan kepada pasangan manja ini.

Namun begitu, Astiey juga sempat bercerita yang ada rakan di alam maya berpesan kepadanya supaya tidak terlalu menonjolkan kemesraan di media sosial kerana bimbang ada yang akan mengambil kesempatan. Maklumlah suaminya boleh dikategorikan sebagai kacak, jadi mungkin rakan ini sebenarnya berniat baik, sekadar menasihati.

Kredit foto: Facebook
Namun begitu, bagi Astiey dia mengambil pesanan itu dari segi positif. Antaranya sebagai isteri adalah tidak elok berkata negatif di saat marah. Ini kerana kata-kata yang diucap akan membina imaginasi si suami. Antara kata-kata negatif ialah

"Haaa...sukalah tu tengok perempuan cantik!"
"Ntah-ntah kat luar abang ada orang lain tak?"
"Seronoklah makan luar, ada janda layan."


Foto : FB

Mungkin ramai yang mengatakan Astiey beruntung kerana memiliki suami yang bukan sahaja elok rupa paras tetapi juga setia dan rajin memanjakan isterinya. Tetapi sebenarnya, ramai juga pasangan bahagia lain yang tidak menceritakan di laman media sosial, hanya untuk tatapan peribadi sahaja. Jadi, ayuh kita jadi lebih positif demi perhubungan yang dirahmati. - CARI 
26

Bagus
30

Marah
21

Terkejut
26

Sedih
34

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (157 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chandrahusin 3-10-2018 11:35 AM
InshaaAllah.. till jannah Kak As & laki sheolss!!
Quote annehuda 3-10-2018 11:38 AM
realitinye susah kot nak carik laki mcm tu. yg pandai ugama ada title ustaz pun leh ada thinking merancang keluarga tu haram
Quote manehnya 3-10-2018 11:43 AM
pastu nk ckp dia power la dpt laki hensem...

tgu sat 5 tahun lg ada lg dak masih berlaki ke idok

mcm kakak ngan adik dah aku tengok
Quote moonbug 3-10-2018 11:51 AM
Doa yg baik baik aje. Gituu
Quote potpetpotpet 3-10-2018 11:59 AM
Berani nya dia canang macam ni.
Tak takut kena caras ke?  {:spot
Quote Rainrein 3-10-2018 12:08 PM
Kemain laki jaga, sk2 la, spa la, beli barang branded lagi tapi kak as maintain kepam pastu bangga dok canang kat socmed, kena caras satgi baru terlopong. Hati ni kalu tuhan nak bolak balik kejap je kak as oi. X kira la ko cakap baik tara mana laki tu.
Quote kucingitam 3-10-2018 12:11 PM
As ni singkatan hASanah ke?
Quote chicozinn 3-10-2018 12:15 PM
manehnya replied at 3-10-2018 11:43 AM
pastu nk ckp dia power la dpt laki hensem...

tgu sat 5 tahun lg ada lg dak masih berlaki ke idok  ...

amboi kaka @manehnya punya statement..ahahahahahhahaha
Quote bintangterang 3-10-2018 12:17 PM
canang2 nanti kena caras{:run
Quote myakayina 3-10-2018 12:18 PM
lelaki spt suami beliau hampir pupus ya..  semoga berkekalan hendaknya..
Quote chicozinn 3-10-2018 12:20 PM
Rainrein replied at 3-10-2018 12:08 PM
Kemain laki jaga, sk2 la, spa la, beli barang branded lagi tapi kak as maintain kepam pastu bangga d ...

baru nak cakap bnde yg sama..xkan la da pergi spa sana sini pastu da tepek produk mahal2 skit kepam??akak ni cam kurang effort just tadah je tunggu laki dia ni support..ujung2 laki da stat fedap sebab da beribu perabih tapi still kepam baru si laki tu menyesal n angkat kaki..org laki ni nak kn perubahan lagi2 yg jnis da spend duit kat bini..dah memang lumrah manusia nak tgok yg indah2 je
Quote puccafan 3-10-2018 12:21 PM
Doa yg baik2 jela utk kak As ni. Yg dok kecam tu sebab dapat laki tak sedap ke
Quote diss69 3-10-2018 12:33 PM
Semoga berjodohan hingga akhir hayat..
Quote misc 3-10-2018 12:38 PM
Langit tidak selalu cerah, kak. Apa pun kami tumpang happy.
Quote kikuri 3-10-2018 12:50 PM
laki kak as beli mekap mahai mahai tak pakai ke.. tak pakai meh la bagi aku... membazir betoi...
Quote Shayang 3-10-2018 12:55 PM
Berapa umur kak as ni sap tau? Suami dia mmg nmpk cam muda tapi tahlah kot sebaya kotnya.
Quote matkpop 3-10-2018 01:06 PM
tahniah. semoga kekal
Quote Zumbajunkie 3-10-2018 01:10 PM
hahahah sesuatu sungguh suami kak As.
Quote indenial 3-10-2018 01:21 PM
Mekap and skincare beriban tak pakai ke kak as. Sayangnyaaa. Bak sini kt i. Takdela asyik menepek hada labo je. Nk jugak merasa skII bagai

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.062880 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top