CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PAU 2018: Najib Menangis Ketika Nyanyian Lagu 'Teman Sejati'

1-10-2018 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2538| Komen: 13

Description: Bekas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang hadir ke Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2018 semalam dilaporkan tidak tahan sebak ketika semua perwakilan diminta berdiri untuk menyanyikan Teman Sejati.
Bekas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang hadir ke Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2018 semalam dilaporkan tidak tahan sebak sehingga mengalir air mata ketika semua perwakilan diminta berdiri untuk menyanyikan Teman Sejati - lagu yang dipopularkan kumpulan nasyid Brothers.


Kredit foto: carian internet

Memetik laporan Malaysiakini, Najib yang kini hanya berjawatan ketua bahagian dalam parti berkongsi di laman Facebook bahawa dirinya redha dan sedia menerima ujian yang diberikan padanya.

"Saya sabar, saya redha. Ini semua ujian oleh Allah. Maafkan saya tak dapat nak tahan sebak dan air mata tadi."

Dan beliau turut menegaskan tekadnya untuk terus bersama Umno kerana dirinya tidak keseorangan. 

Di samping itu, kehadiran beliau disambut hangat selepas speaker Tan Sri Badruddin Amiruldin menyebut namanya, hadirin berdiri dan memberi tepukan penghormatan kepada beliau.

Biarpun diatur duduk di barisan ketiga bersama para perwakilan lain di bawah pentas utama, beliau tetap berwajah ceria dan beramah mesra dengan para perwakilan yang minta untuk berswafoto bersama-samanya.

Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dalam ucapan penggulungan memberi penghormatan kepada Najib yang menurutnya berjiwa besar untuk hadir ke perhimpunan kali ini.

"Beliau sanggup duduk di barisan ketiga bersama-sama wakil bahagian Pekan. Inilah semangat bekas pemimpin yang berjiwa besar dan tetap bersama Umno," katanya disambut tepukan gemuruh perwakilan.- CARI
8

Bagus
9

Marah
12

Terkejut
13

Sedih
24

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote R2D2 1-10-2018 11:20 AM
[youtube]WyIYU3OjtBE[/youtube]
Quote JohnnySins 1-10-2018 11:23 AM
[youtube]jEuYVkorGDc[/youtube]

alang2...wakakakakkaakkakaka
Quote sexyspin 1-10-2018 11:37 AM
[youtube]DTrpLjWMrd0[/youtube]
Ini suma beg Birkin punye salah..
Quote skinsandstars 1-10-2018 11:38 AM
Sian dia.{:cryrun
Quote surwanis 1-10-2018 11:50 AM
dh ade jawatan tgi sok mule la blagak
Quote Maideen. 1-10-2018 12:16 PM
Bila dia nyanyi lagu gumbira dia tak nangis. Itu namanya penghayatan lagu....

Wallahualam.

[youtube]TJDl-prDsWk[/youtube]
Quote kelana36 1-10-2018 12:18 PM
najib menangis sebab harga minyak tak turun, tol tak hapus, gaji minimum belum naik ke rm1500 lagi ker?
Quote biozipstar 1-10-2018 01:11 PM
betul ke dia tahu lagu tu. hehehe.. okay lah. dia terkedu kot... ramai masih sayang
Quote True-X 1-10-2018 01:25 PM
mane rembau most wanted?.. nyanti gak ke?
Quote BoLapciOus 1-10-2018 03:27 PM
tahun ni xbnyk post gambo mokcik pokcik nangis,maka dia menjadi pokcik ptama yg menitiskan ayor mato di pau..heheh..cute!
Quote dizekni 1-10-2018 03:31 PM
FITNAH amat berbahaya

seseorang pemimpin hebat boleh jatuh akibat fitnah

sesebuah negara juga boleh runtuh akibat fitnah

berhati2 lah buat semua, jangan kita termasuk dalam golongan
pencipta, penyebar mahupun bersekongkol dengan FITNAH
Quote samasam90 1-10-2018 07:15 PM
biozipstar replied at 1-10-2018 05:11 AM
betul ke dia tahu lagu tu. hehehe.. okay lah. dia terkedu kot... ramai masih sayang

kannnnn, tahu pula dia lagu tu..
Quote Yahudi_Bisex 1-10-2018 07:21 PM
Najib acah2 teman sejati demi kuasa dan ringgit je nyahhh

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.061359 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top