CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Wanita Baru Hilang Kaki Suka Melawak, Netizen Pula Sebak..

1-10-2018 11:52 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 6113| Komen: 39|Original author: Oleh: Whitney


Tiada siapa yang mahu dilahirkan dalam keadaan cacat atau kekurangan anggota badan tetapi jika itu sudah ditakdirkan, seseorang itu terpaksa menerimanya. Lebih menyayat hati apabila dilahirkan dalam keadaan sempurna tetapi mengalami nasib malang sehingga menyebabkan kehilangan anggota badan. Pasti terasa dunia gelap seketika dan pergerakan menjadi semakin terbatas. 

Itulah yang berlaku ke atas seorang wanita yang kehilangan sebelah kakinya akibat kemalangan motorsikal baru-baru ini. Seorang rakannya terasa begitu sebak dan kagum dengan semangat yang dimiliki oleh rakannya dan dia telah memuat naik status di akaun twitter miliknya. Status tersebut mendapat banyak respon daripada netizen kerana wanita yang baru kehilangan kaki itu dilihat begitu reda dan mampu bergelak ketawa dan membuat lawak bagi menghiburkan hatinya.   


Senyum je..seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Sebelum kakinya dipotong sehingga paras betis. 

Wanita ini menceritakan bagaimana berlakunya kejadian malang yang menimpa dirinya sehingga kehilangan sebelah kaki. 


Baru lepas pembedahan potong kaki dah boleh melawak ajak kawan-kawan yang nak ke Mall supaya senang dapat parking OKU. 



Netizen yang sebak dan menangis

Ramai netizen yang membaca status twitter lelaki ini berasa sebak dan ada yang mengalirkan air mata melihat semangat wanita yang masih muda ini. Bagaimana wanita itu begitu mudah untuk reda atas nasib yang menimpa dirinya sedangkan dia kini sudah bergelar seorang OKU? 

Macam mana wanita itu begitu reda dengan nasibnya?

Rata-rata netizen berasa kagum dengan semangat kental yang dimiliki oleh wanita ini. Dia masih mampu tersenyum, bergelak ketawa dengan rakan-rakannya malah membuat lawak di media sosial. Mungkin itu sikap dan perangai wanita ini yang suka berfikiran positif dan menghiburkan orang disekeliling mereka. Netizen turut mengambil semangat wanita ini untuk disematkan dalam kehidupan masing-masing agar turut kuat menghadapi cabaran dan dugaan hidup. 


Antara kata-kata yang ditulis di akaun Instagramnya

Bukan senang nak 'move on' dan reda

Beberapa orang netizen yang pernah mengalami kemalangan, kesakitan dan kesukaran dalam hidup juga mengakui yang bukan mudah untuk mereka menerima takdir tersebut. Mereka pernah berasa putus asa dan lemah semangat tetapi terpaksa bangkit demi meneruskan kehidupan seperti biasa. 

Inilah dinamakan kehidupan. Kita tidak dapat meramal apa yang akan berlaku dan menimpa diri kita pada masa akan datang tetapi kita boleh bersedia dan melatih diri untuk menerima dan reda dengan apa yang berlaku. Setuju tak?- CARI  

18

Bagus
25

Marah
30

Terkejut
30

Sedih
29

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (155 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 1-10-2018 12:09 PM
Kuat adik ni....
Sepupu iols pn bru je eksiden motor... kaki kena msuk besi.. dpt cuti 3 bulan ... seram nengoknye
Quote Foxey 1-10-2018 12:27 PM
dia ni tabahnya... dan redha... semoga Allah permudahkan segala urusannya
salute dia nih
Quote haryatie 1-10-2018 12:47 PM
smoga Allah permudahkan segala urusannya
bukan senang nak bersemangat dn tabah
bgus adik ni dpt terima dgn redha...
sesuatu yg bukan senang nk dibuat
Quote diss69 1-10-2018 12:48 PM
Semoga terus kuat n tabah menjalani kehidupan seterusnya.. Bangga dngn kamu dik..
Quote Veneer 1-10-2018 12:53 PM
Queen. Kekalkan pma anda.
Quote gummiebear 1-10-2018 01:21 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan awak Elia. Youre such a strong woman! Iols pulak yang sedih
Quote Bilissey 1-10-2018 01:23 PM
kita pulak yang ngeri. Semoga adik tetap kuat, tabah, cepat sihat dan menjadi inspirasi buat semua yang sedang diuji
Quote myakayina 1-10-2018 01:34 PM
semoga kamu terus kuat adik..
Quote tikusmontok 1-10-2018 02:33 PM
kesiannya adik ni. semoga Allah permudahkan kehidupannya.
Quote serawadurian 1-10-2018 03:37 PM
Semoga Allah permudahkan hidup adik ni. #sissebak
Quote pai.kacang 1-10-2018 03:44 PM
mintak pinjam semangat adik ni sikit
Quote rifaa 1-10-2018 04:27 PM
Kuatnya awak dik
Quote Elle_mujigae 1-10-2018 04:37 PM
Yes she is...kuatnya semangat beliau..woww...

Kita pun baru accident last week,motor langgar kereta kita... kita down 2 hari..taknak cakap dgn orang....lepas pergi hammam spa dan thai body massage baru ceria balik...pastu sambung buat facial, pedicure medicure..hari Khamis ni nanti nak pergi sauna bunga dan mandi bunga utk pulihkan semangat lagi...
Quote manjalara_01 1-10-2018 05:28 PM
Elle_mujigae replied at 1-10-2018 04:37 PM
Yes she is...kuatnya semangat beliau..woww...

Kita pun baru accident last week,motor langgar kere ...

owh yea ke u? u x ape2?
mcm i jek dulu..motor pernah langgar kreta i..i pernah langgar org naik motor...
teksi pernah langgar kreta i sampai bumper tertanggal..
pernah skali tu rim tayar i tertanggal org tepi jalan tu gelakkan je...
Quote Elle_mujigae 1-10-2018 05:43 PM
manjalara_01 replied at 1-10-2018 05:28 PM
owh yea ke u? u x ape2?
mcm i jek dulu..motor pernah langgar kreta i..i pernah langgar org naik m ...


Hi manja... Alhamdulillah kita okay sekarang..kereta je la part sisi depan kiri teruk kemek, kena masuk bengkel..sob sob

Omg...banyak kali juga you accident..kita yg sekali ni je dah terkejut teruk..rasa taknak drive dah..haha...tapi tak suka naik Grab,so nanti dah dpt blk kereta still terpaksa drive juga ..

Haha...sampai tertanggal rim..lawak la..hehe
Quote cupacapi80 1-10-2018 05:48 PM
kuat iman dia ni..tengok gmba dia jaga aurat dia tau da jalinan inner peace dia  dgn allah tiptop..kawan2 n family jgn leka lak tgk dia okey je..
Quote L211 1-10-2018 06:02 PM
kuatnya semangat dia.. semoga dia dibawah lindungan Allah.. org mcm ni sgt2 diperlukan redha dgn ketentuan yg Allah berikan.. tak mcm bks kawan aku bangga sgt dgn mix melayu cina, xpnh puasa, minum arak mcm air masak.. jmpa tok sami sbb ramal nasib, bila Allah turun bala sikit kejap je insaf.. sminggu je OK.. beritau aku nk bljr solat bagai..end up gi bar minum arak, salahkan parents sbb xajar hal agama..(dah tua kot 35 xkn nk ajar kot)..aku xkawan dgn dia sbb toxic, abis difitnah ttg aku kat kwn2 aku yg aku knlkn kt dia.. end up she's a loser bsendirian dkt kuantan tu..
Quote manjalara_01 1-10-2018 07:14 PM
Elle_mujigae replied at 1-10-2018 05:43 PM
Hi manja...  Alhamdulillah kita okay sekarang..kereta je la part sisi depan kiri ter ...

Alhamdulillah...hope everything goes well lepas ni..

tu la masa tu i lesen P..so mmg byk kali la minor accident..
young & reckless bukan nk fikir pjg masa tu
even pernah terlanggar divider yg batu tu bukan yg besi..sbb masa tu x tau nk belok ke kiri ke kanan
kat roundabout..tau2 je lepas terlanggar tu tayar terus flat nasib xde org...& ade petrol station dekat sana..
Quote giyomi 1-10-2018 08:08 PM
Tp...percayalah...bila dia bersendirian, she cries ...apapon, takziah dan semoga tabah menghadapi dugaanNya...suka dgn sikapnya yg tak menunjuk kesedihan di mata org

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.059404 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top