CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dihalang Jumpa Anak, Lelaki Ugut Isteri Dengan Parang & Bom

28-9-2018 10:19 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2104| Komen: 13

Description: Akibat dihalang bertemu dengan anak, seorang bekas kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bertindak mengamuk di garaj depan rumah sambil memegang parang dan sebutir bom dipercayai jenis mortar ...
Akibat dihalang bertemu dengan anak, seorang bekas kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bertindak mengamuk di garaj depan rumah sambil memegang parang dan sebutir bom dipercayai jenis mortar.


Kredit foto: www.kosmo.com.my

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Abduh Ismail berkata, isteri suspek terpaksa menghubungi pihak polis akibat suspek dikatakan mengugut untuk meletupkan bom terbabit.

Hasil laporan itu, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kluang dikejarkan ke lokasi kejadian yang bertempat di Taman Kluang Indah, Kluang, tambah ACP Mohd Abduh.

"Usaha untuk memujuk suspek berlanjutan sehingga tiga jam berikutan suspek berdegil dan enggan menyerah diri."


"Suspek kemudiannya berjaya ditahan setelah beberapa anggota polis berjaya menyerbu masuk ke kawasan garaj itu pada pukul 10.45 pagi."

"Siasatan awal mendapati suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau membabitkan kes jenayah."

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971, Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor turut dipanggil untuk menjalankan pemeriksaan di rumah berkenaan.

Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret hari ini.- CARI
1

Bagus
10

Marah
14

Terkejut
7

Sedih
11

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ^CUN_GILA~. 28-9-2018 10:42 AM
Mana dia dapat bom?
Quote tri-max 28-9-2018 10:47 AM
mental ni dowh...
Quote prettyuglybabe 28-9-2018 10:52 AM
masalah korang laki bini, boleh tak jangan babitkan anak?
Quote buapakperut 28-9-2018 11:32 AM
bom ape tu ? kecik je
Quote matkpop 28-9-2018 11:39 AM
sampai bawak bom tu
Quote abangadek 28-9-2018 11:56 AM
bahaya org mental ni kalau dapat hak jagaan anak
Quote Foxey 28-9-2018 01:10 PM
dasat betul ugutan sampai nak bom segala... is he high on something?
Quote arm_band 28-9-2018 01:19 PM
lagi sekor gilaaaaa.......

selayaknya la bini tu tak bagi jumpa anak. siap bawak parang & mortar bagai
Quote putericahaya999 28-9-2018 01:27 PM
report jela polis
dosa pisahkan kasih seorang anak dengan ayahnye
Quote sarahmirza 28-9-2018 01:35 PM
Syaitannya perangai bapak...
Bapak macam ni entah2 anak pun tak hingin nak jumpa..
Dia je terhegeh2... itupun sebab biar anak tak lupa dia bila dah besar senang nak tumpang senang.
Quote minguk 28-9-2018 01:52 PM
ada rekod jenayah lampau.. patut la jadi BEKAS pegawai
Quote zon13 28-9-2018 08:36 PM

smpai bom dia bwk

Quote cupacapi80 28-9-2018 08:48 PM
mujur exwife tu bijak call polis..kot dpt jenih exwife feeling hebat tu..mmg brtebaran laaa cebisan...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.063685 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top